Header Ads

Kenapa tak ada domain sendiri?


Assalamualaikum w.b.t




"eh.. nak tukar domain blogspot ke domain sendiri. Nampaklah arah sikit nak berblog..."

Suatu yang pernah. Korang pernah merancang nak ada domain sendiri? Dulu aku pernah 'pasang impian' nak berdomainkan blog ni dengan domain aku sendiri. Rasanya takdelah terbeban sangat sebabnya boleh je cari domain yan murah. Tambah pulak, bila aku baca banyak kelebihan bila kita ada domain sendiri. Baca daripada penulisan blogger lain, bila tukar domain senang je cik nuffnang nak bagi CPUV. Antara sebab mengapa aku nak tukar domain satu ketika DULU. SEKARANG dah kurang dan makin hilang "impian" nak berdomainkan dengan domain sendiri.

Ada beberapa faktor yang buat aku fikir balik dan buat keputusan nak guna domain free blogspot je. Berblog ini satu hobi, kekadang hobi korang boleh berubah. Manalah tahu untuk kehadapan tersangatlah sibuk hingga takde masa nak up apa-apa entri + memang tak layan terus nak renew domain ni. Jadi berenanglah blog aku ni macam sampah berenang-renang dalam sungai gombak. kalau yang berenang ni oklah lagi kalau dah sampai tahap domain untuk dilelong?? Habis semua 'perkara-perkara' baik yang aku share.

At least, adalah juga saham yang masuk bila kita share benda yang baik untuk kesedaran orang lain. Betul, ianya nampak simple tapi manalah tahu dengan cerita yang korang share ni menjadi sebab korang bahagia di sana kelak. Kedua, bagi aku bila seseorang tu dah decide nak gunakan domain sendiri diorang memang bersedia untuk terus menulis dan menulis. Ini apa yang keluar dari benak fikiran aku. Dan aku masih belum pastikan adakah aku akan terus menulis. Mungkin lagi 3 tahun dan aku rasa ianya perlu, aku akan ada domain sendiri. 








21 comments:

  1. Same here. Akak pun belum ke arah nak tukar domain sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sekarang rasanya blogger yg berdomainkan blogspot pon dah boleh terdiri teguh.. kan..

      Delete
  2. A'ah betul. Bila pakai domain sendiri bermakna kita mmg nak menulis dan menulis terus menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah yang saya pk.. ada tgk rakan blogger yang domainnya dah tak hidup.. sayangkan..

      Delete
  3. salam, saya sendiri tak pernah terfikir pun nak berdomain sendiri. even hampair 5-6 tahun berblogging sebab sepanjang berblog berbekal minat dalam penulis tiada niat selain tu.

    dulu selalu fikir orang yang ada domain sendiri ni mesti blog nya power, lagi pun kena bayar so niat memang mati terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih.. sebab tulah saya tolak tepi dulu.. kalau betul2 hari-hari boleh menulis rasanya tak kisah walaupon berbayar..

      Delete
  4. Betul...bagi PC...buat sementara waktu ini biarlah dengan apa yang ada...syukur...yang penting niat berkongsi cerita dan sampai apa yang dikongsikan..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC.. yang penting niat nak kongsikan dan apa yg kita kongsikan sampai kat pembaca.. :D

      Delete
  5. Betul tu Ikhwan. Saya pun rasa kalau nak ada domain sendiri, orang tu kena komited la untuk menulis. Kalau macam saya ni, tak payah ada domain pun takpelah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. komited dlm menulis.. samalah kita.. sekrg rasanya tak berdomain dulu takpelah.. hihihih

      Delete
  6. Fida baru saja tukar domain sendiri..sengaja nak cuba pakai.Alhamdulillah..setakat ni ada la rezeki sikit..nak tukar pun boleh..tak nak tukar pun boleh...m:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak masing2 kan. Alhamdulillah rezeki berblog kan.. :D

      Delete
  7. Sebenarnya segala yg baik terletak pada pilihan diri sendiri... klu berdomain sendiri tapi jadi terbeban pula apalah gunanya... kita shj yg tahu pilihan yg hati kita rasa selesa dan itulah yg terbaik. Semoga sukses semuanya Ikhwan... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejutu dgn En.khir.. terima kasih En.khir.. :D

      Delete
  8. 3 tahun lagi pasti kau x ada masa sgt nak berblog.. heuheuheu..
    ;P

    ReplyDelete
  9. Hmm... sama dgn kathy. update entri pun jarang-jarang so macam belum sedia guna domain sendiri... tunggu konsisten berblog dulu baru kathy berdomain sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak kathy.. nak tukar domain mmg kena bagi komitmen pada penulisan tu..

      Delete
  10. saya pun guna domain blgospot...belum ada masa nak menulis..ini pun jarang2 menulis. sibuk sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk mmg membataskan kita untuk menuliskan... tulah sebab saya masih setia dgn domain blogspot ni En.Khairuddin..

      Delete
  11. saya cadangkan bro ada domain sendiri..saya ada 3 domain berbayar dan fikir logik tak untung sangat pun ..namun balik modal adalah..

    kalau domain sendiri ada jenama juga ...misalnya ikhwanyusuf.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.