Geografi PT3 2016 : Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan

Assalamualaikum w.b.t

Geografi PT3 2016 : Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan


Khas untuk adik-adik yang terlibat dalam PT3 Geografi 2016. Kerangka Perlaksaan Tugasan Pengangkutan PT3 untuk subjek Geografi. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat maju jaya buat adik-adik yang terlibat dalam kerja ini.

1] Perancangan (10 Markah)


  • Pelajar dikehendaki menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapat markah penuh
  • Perancangan merangkumi:
  1. Tajuk
  2. Jadual Kerja
  3. Objektif Kajian
  4. Kaedah Kajian

2] Proses Awal (20 Markah)

  • Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang releven dan menyatakan sumber rujukan
  • Proses Awal Merangkumi:
  1. Borang Soal Selidik/Temubual (10-20 responden)
  2. Data
  3. Masalah
  4. Cadangan Penambahbaikan
3] Proses Akhir [70 Markah]


  • Jadual (5 markah) : Mempunyai data, tajuk & sumber
  • Konsep (5 markah) : Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan beserta contoh.
  • Graf/Carta pai (15 markah) : Graf/Carta pai dibina lengkap dan tepat. Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran.
  • Masalah (20 markah) : Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat
  • Cadangan penambahbaikan (20 markah) : Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
  • Penilaian umum (2 markah) : Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. 
  • Geografi PT3 2016 : Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan Geografi PT3 2016 : Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan Reviewed by ikhwan yusuff on 20:29:00 Rating: 5

    No comments: