Header Ads

Giveaway Tak Dapat Sambutan? Faktor Kegagalan Sesebuah Giveaway

Assalamualaikum w.b.t

faktor kegagalan sesebuah GA


Pertamanya penulisan ni takde kena mengena dengan mana-mana giveaway/segmen yang dianjurkan oleh sahabat blogger sekalian. Entri kali ini adalah sekadar untuk aku coretan apa yang ada dalam benak fikiran aku. Jadi apa yang menyebabkan aku tertarik untuk join Giveaway dan segmen yang dianjurkan?

  • Perkara pertama yang aku lihat adalah syarat-syarat yang ditetapkan penganjur. Jujur aku katakan kalau syarat yang terlampau banyak, aku takkan join giveaway/segmen tu walaupun hadiahnya menarik. Sebab itu aku suka join sesuatu yang simple; Contoh, kena follow blog dan like page.
  • Kedua, aku akan tengok 'sejauh' mana entri tersebut boleh memberi trafik kepada blog ni. Untuk kes macam gini aku suka untuk join segmen seperti "Segmen Blogwalking" "Follow-mollow". Segmen jenis ini memang mudah nak kasi trafik tambahan biasanya syarat takdelah menggunung. 
  • Support sahabat blogger. Nak-nak blogger yang memang suka bertandang kat blog aku ni. Dengan niat nak memeriahkan giveaway/segmen diorang.
  • Aku suka join segmen/giveaway blogger yang handle GA/Segmen secara solo. Rasanya ini disebab perkara nombor 1 kat atas. Sebabnya, semakin ramai Sponsor semakin banyaklah syarat.Kahkah


Ini antara faktor penarik untuk aku join Giveaway/Segmen. Sedikit nasihat buat blogger yang mungkin merancang nak buat 1st giveaway/segmen, pertama pasti syarat yang mudah dan langsung tak menyusahkan orang lain untuk turut serta. Seriously, faktor syarat sesebuah Giveaway/segmen tu sangat penting. Ada orang syarat berlambak-lambak dia letak. Sekali lagi entri ini tidak ada kena mengena dengan blogger di luar sana. Sekian. 


No comments