Kisah Si Pemburu Jodoh - IIUMC

Assalamualaikum w.b.t


Kisah ni diambil daripada IIUM Confessions

Kisah Si Pemburu Jodoh

Kisah Si Pemburu Jodoh 

Raya-raya ni ramai jugak yang bercerita pasal jodoh. Biasalah kalau umo dah lebih 26 tahun tu asal beraya je makcik-makcik suka tanya "bila nak kawen?". Makcik dulu umur ko dah anak 2. Anggap je makcik ambil berat bukan nak membanding. Positif.
Untuk yang berumur kurang 25, ahkak rasa takyah nak menggelupur sangat. Relek, baru 20-an. Sampai umur 27-30 pun etceli boleh menten relek lagi sebab korang kena percaya. Jodoh itu di tangan Allah. Yang penting kita ikhtiar.
Ahkak ni nak kata takda rupa, adalah jugak. Tapi cuma berat sikit kat jodoh ja. Masa mula-mula bercinta tapi last-last ditinggalkan, ahkak susah sangat nak move on. Adalah dalam 2 tahun camtu sedar-sedar dah 26. Bukan taknak kahwin tapi hati susah nak bukak. Yelah, tak move on lagi. Padahal ada ja orang nak kenal tapi ahkak tolak.
Sampaila umo 26 tu ahkak macam tekanan jugak sebab orang kata rupa ada, tapi calon xda. Ramaila jejaka serta suami orang duk mengayat ahkak. Tapi dalam hati still ingat kat ex. Tah kenapa susah sangat nk buang perasaan kt dia pun ahkak tak tahu. Mungkin still mengharap ada jodoh dengan dia lagi kot. Padahal, dia dah taknak kat ahkak dah. Dia yang tiba-tiba hilang tak dapat contact ape sume. Mungkin ahkak menanti jawapan kenapa dia pergi tanpa ucapkan sebarang kata-kata putus.
Dipendekkan cerita, ahkak nekad nak cuba buka hati untuk orang lain. Tapi biarlah yang ada kerja, bukan laki orang. Selagi boleh memilih, mestila ahkak memilih untuk yang terbaik. Ahkak mengaku ahkak memang demand sikit. Prinsip ahkak, biar kawen lewat, alang-alang dah lewat takkan nak sebat je sesapa, perlu cari yang berkualiti jugak. Paling kurang sembahyang cukup. Rupa tu taklah hensem gila tapi biarlah sedap mata memandang. Gitu. Hak2
So ahkak pun cuba isi 'baitulmuslim'. Ni langkah pertama ahkak. Sebab ada dengar kisah-kisah yang bertemu jodoh melalui portal tu. Ahkak tak kisah pasal bayaran, yang penting cuba, ikhtiar. Kalau ada, adalah. Kalau takda, mungkin jodoh kita tu melalui cara lain. Yang penting, doa-usaha-tawakal. Niat ahkak memang nak usaha nak move on, cuba buka hati, ikhtiar, ahkak tawakal. Setiap langkah kita tu Allah tengok sejauh mana kita betul-betul NAK kat apa yang kita mohon itu.
Ramai juga yang pm ahkak nak taaruf. Adalah dalam 20 orang sehari. Tapi diingatkan, bukan semua dalam tu kita boleh percaya. Kena tapis jugak. Ahkak cuma pilih sorang je dalam ramai-ramai calon tu. Taknak tamak, taknak terburu-buru. Sebab niat ahkak nak mencuba je dulu. Dipendekkan cerita, dengan calon yang pertama, ahkak berkenalan sehinggalah kami bertemu ibu bapa masing-masing.
Mesti korang ingat jodoh ahkak dengan dia kan? Ahkak pun ingat camtu mula-mula, sebab macam smooth je hubungan kitorang. Semuanya terasa dipermudahkan. Dua-dua family pun macam okay je. Tapi, Allah uji ahkak sekali lagi bila mana sampai satu tahap ahkak ditinggalkan lagi. Orang kalau dah tak sudi, dia mulalah nak menjauhkan diri, tiba-tiba menyepi. Contact pun senyap je. Sampailah satu hari tu check fb dia dah berkahwin. Kahwin okay, langsung tak bagitaw. K fine. Ahkak rasa tindakan dia macam kejam gila. Malu nak jawab kat family. Habis 1 family sampai sedara mara dah kenal dia kot. Tapi ahkak redha. So, ahkak move on lagi. Masatu umur dah 27 tahun. So beraya pun orang duk tanya bila-bila. Ahkak jawab "insyaAllah". Hehe
Sebabkan dah ada pengalaman jatuh bangun, ahkak gandakan usaha ahkak untuk cari jodoh lagi, buka pintu hati lagi. Selagi kita tak cuba to open our heart, susah nak cari pengganti. Ramai kawan-kawan sebaya ahkak bila putus masa lanjut usia ni, dorang terus give up. Biarlah andartu daripada disakiti. Baik hidup sorang-sorang. Ahkak ikhtiar ni bukan apa, 1 je ahkak niat nak kahwin sebab nak elak fitnah. Bila ada rupa, ramai lelaki cuba nak amik kesempatan. Sampai ada tuduh macam-macam. Tapi semua yang terjadi ada hikmah. Sampailah putus kali ni membuatkan ahkak tergerak hati untuk berubat secara islam.
Dari dulu, ahkak tiap malam nak tido je pasti ada gangguan. Mimpi ular, mimpi jin, macam-macam. Kadang-kadang pintu bilik kena ketuk, siling kena hentak, macam-macam bunyi dan gangguan ahkak kena. Ahkak fikir biasalah tinggal sorang-sorang, rumah keras apala. So macam x kesah sangat, macam dah lali dengan gangguan. Dan ahkak memang type yang independent, berani, berdikari. Tu jodoh lambat sikit tu kot sebab boleh hidup tak bergantung kt lelaki sangat. Ahah.
Dipendekkan cerita lagi, ada 2 ustaz 1 ustazah ahkak jumpa. Termasuklah rawatan as-syifaa. InsyaAllah bukan bomoh2 ke apa, nama pun ikhtiar. Dan ahkak disahkan terkena sihir. Pastu ada beberapa ekor jin dalam badan ni dalam 3 tahun camtu. Patutla badan makin lama makin berat. Every relationship ahkak akan hancur. Mula-mula yela lelaki beriya nak kenal. Lepas 2 mingu lebih, ada je sebab nak menghilang. "Awak ni baik sangat". "Awak ni cantik sangat". "Awak ada kerjaya, gaji besar saya ni kerja biasa2". Since ahkak memang dalam proses untuk berkenalan je dengan mana-mana calon yang ahkak pilih, adalah dalam belas-belas camtu. Tapi bukan serentak, i am not playgurl okay. Means lepas sorang, tak jadi, move on, next next next. Camtu. Penat? Takdelah, nama pun ikhtiar. Habis semua portal cari jodoh ahkak daftar dan calon ahkak tapis. Dalam hati tu rasa macam redha tahap ke-4. Kalau ada, ada. Kalau takde, takdelah. Yang penting ada kriteria yang ahkak nak.
Nak dihabiskan cerita, sambil-sambil ahkak cari jodoh. Ahkak amalkan rawatan islam. Ustazah perawat kata, setiap usaha kita, langkah kita, Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Walaupun terkena duri daun bidara pun, Allah kira usaha kita. Kalau jodoh tertutup, kita sendiri kena usaha untuk membukaknya. Amalan-amalan jangan tinggal. Solat tahajud, taubat, hajat, istikharah, doa, istiqamah. Ada 1 buku rawatan yang penuh dengan doa syifaa, ahkak amalkan setiap hari disamping amalan-amalan sunat lain. Ibarat kata ustaz yusuf mansur, kita nakkan sesuatu pada Allah, kita kena berusaha minta dengan kesungguhan. Nak lagi cepat, usaha kena lebih-lebih berganda kesungguhan. Sebab yang mempertemukan kita dengan jodoh kita, adalah Allah. Cara tu tu asbab je.
Klimaksnya, bulan ramadhan tahun lepas. Besday ahkak jatuh pada bulan puasa. Ahkak tak masuk kerja. Ahkak iktikaf kat masjid. Ustaz kata waktu hari kita dilahirkan, puasa sunat, hajat, doa kita insyaAllah dimakbulkan. Dah bulan baik, hari baik. Ahkak taknak lepaskan peluang. Lepas tu, malam lailatulqadar (malam ganjil) ahkak iktikaf lagi kat masjid. Tidur sekejap je, ahkak memang nak tunjukkan kesungguhan pada Allah. Yang ahkak taknak hidup membujang sampai tua. Ahkak nak seorang suami yang ahkak sebutkan setiap satu ciri-ciri lelaki idaman ahkak. Walaupun rasa macam tak wujud je lelaki macamtu tapi berdoa biar spesifik. Yakin yang doa kita akan dimakbulkan. Cara bagaimana, kita berserah.
Alhamdulillah, raya tahun lepas ada seorang lelaki yang ahkak penah minat dulu tapi tak pernah contact. Ajaibnya doa kita, dia tanya ahkak dah berpunya belum. Ahkak jawab belum, terus dia lamar ahkak raya tu jugak. Suami ahkak yang sekarang, jodoh ahkak, ialah seorang lelaki idaman ahkak. Nak banding dengan ex2 lepas memang jauh sekali. My secret admire is now my husband. Rasa macam tak percaya pun ada. Now i am happily married. Tapi nak cerita yang jangan putus asa untuk mencari jodoh. Kalau bukan orang ke-99, mungkin orang yang ke-100. Terus melangkah dan berdoa. Mintak dengan bersungguh-sungguh. Sebab kita tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita. Dia bagi hujan, sebab Dia nak bagi pelangi untuk kita.
– -kak long-
Kisah Si Pemburu Jodoh - IIUMC Kisah Si Pemburu Jodoh - IIUMC Reviewed by ikhwan yusuff on 14:39:00 Rating: 5

3 comments:

  1. alhamdulillah finally kaklong wuhuw! thanks share ni! :D Lama dh tak on pesbuk huhuhu.

    ReplyDelete
  2. nice sharing..sy pn tkena sihir..jodoh berat sikit,,huhu

    ReplyDelete