Soalan Lazim Temuduga Penolong Jurutera Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Assalamualaikum w.b.t

Soalan Lazim Temuduga Penolong Jurutera Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Sedikit perkongsian dengan sahabat sekalian khas untuk kalian yang bakal menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Jurutera SPA. Aku berkesempatan teman seorang kawan yang menghadiri temuduga Penolong Jurutera SPA. Jadi, alang-alang dah ikut aku tanyalah soalan apa yang ditanya oleh penemuduga. Sebelum tu, nk share sikit, lama tak kita di interview?? Apa yang aku perhatikan, minimum masa yang diambil calon dalam 15minit. Ada juga lebih 30minit dalam bilik interview tu. Jadi, ianya bergantung pada korang semua. Kalau yang jenis banyak cakap memang lama lah. Kalau jenis sepatah penemuduga tanya, sepatah dia jawab memang kurang daripada 15minit. 

  • Penemuduga suruh kenalkan diri : Jadi korang kenalkan diri korang. Ceritalah latar belakang korang dan masukkan terus pengalaman yang korang ada.
  • Untuk kawan aku, masa SPM dia ada memohon jawatan Pembantu perubatan. Dan penemuduga tu tanya, "boleh ke masuk dalam bidang kejuruteraan sebab tengok daripada list permohonan ni awak banyak minta dalam bidang perubatan? " Biasanya, akan ada seorang wakil daripada SPA sendiri yang menemuduga calon. Jadi, segala maklumat yang korang apply akan ada dalam tangan wakil ni. Jadi pandai-pandailah korang jawab.
  • Seterusnya, soalan perkaitan dengan pengalaman korang. Contohnya, korang tulis kat Resume selalu handle projek pembinaan jalan raya. Jadi, berkemungkinan penemuduga akan tanya pasal jenis-jenis premix jalan etc. Jadi, pastikan korang bersedia menjawab soalan sebegini.
  • Last, sebelum sesi interview tu tamat, korang akan diberi peluang untuk tanyakan sebarang soalan. Jadi, korang bolehlah sediakan soalan-soalan yang korang nak tanya. Jangan dibiarkan tak bertanya.
Ini antara soalan yang ditanya kepada kawan aku. Pastikan korang betul-betul prepare untuk soalan yang mungkin diluar jangkaan korang. Korang boleh baca Tips dan Panduan Temuduga ni. Akhir kata, selamat maju jaya! ^^

Soalan Lazim Temuduga Penolong Jurutera Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Soalan Lazim Temuduga Penolong Jurutera Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Reviewed by ikhwan yusuff on 22:11:00 Rating: 5

1 comment: