Header Ads

Seminggu Berdiet Atkins Berat Badan Turun !

Assalamualaikum w.b.t

Seminggu Berdiet Atkins Berat Badan Turun !


Dah lama tak bersiaran. Alhamdulillah, 7/Ogos/2016 cukup seminggu aku amalkan diet Atkins. Hasilnya? Nilah nak cerita disebalik angka 7 hari berdiet Atkins. Dalam 7 hari ni aku memang langsung tak sentuh nasi. Tapi sehari aku off Diet atas sebab-sebab tertentu. Jadi hasilnya, dalam masa tujuh hari aku berjaya kurangkan 4-kg berat badan. Rasanya, pencapaian yang boleh dikatakan okay. Kita tengok sebulan ni berapa berat badan yang dapat aku turunkan. 

Banyak juga godaan nak hadap Diet ni. Tengah berdiet nilah kaum kerabat sibuk nak bakar satay. Nak tak nak kenalah rasa jugakan?? Hahaha. Hilang motivasi nak berdiet tu. Jadi harapan aku moga hati terus kuat dan lebih bermotivasi untuk turunkan berat badan ni. Hehehe. Sekian. 


2 comments:

  1. tahniah....banyak penurunannya tu....

    ReplyDelete
  2. salam, wah jelesnya , kita ni jenis tak boleh tak makan nasi, naik ke kepala lah jawab nya

    ReplyDelete