Header Ads

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t



Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson | Pertamanya terima kasih kat PM untuk program 'Bonding 1.25', Popo. Kau memang terbaik!(Kot-kot terjumpa post ni kan. hehe). Program yang tak tersengaja dirancang. Sehari sebelum pergi masih lagi tak nampak bayang-bayang nak sampai sini sebabnya ramai yang tak boleh join. Kitaorang bertolak dari UIAM pukul 6.30 pagi, mengikut plan pukul 6 dah siap sedia nak bertolak. Sampai awal taklah panas sangat nak sampai puncak bukit ni. Sebelum sampai kat sini boleh pula tersesat. Masuk jalan mana entah! Kanan kiri pokok kelapa sawit. Jadi, pusing balik cari jalan. Dekat 30 minit baru jumpa jalan yang lurus! Kahkah 


Ahli-ahli jemaah yang available! Yang lain busy buat lab report! Hahahaha. Parking pon boleh tahan penuhnya tapi takdelah padat sangat. Sebelum masuk, bayaran RM1.00 dikenakan. Sehinggit je kot. Murah kan?? Tapi bila sampai puncak view memang baik! Sebelum naik memang semua excited! Nak sampai puncak adalah cerita disebaliknya. Ada yang nak muntah, pening, tapi duduk relax kejap semua dah kecoh balik. Untuk mendaki, lebih kurang 40 minit kot. Nak ke puncak, korang boleh pilih nak ikut mana. Ada 3 jalan. Yang mencabar siap turun cerum pastu panjat batu untuk ke puncak. Yang paling senang, tak perlu nak bersusah-payah. Panjat kejap terus sampai ke puncak. 



Jadi, kitorang semua nak try yang paling susah. Bajet ingatkan taklah susah sangat. Turun punya turun tak sampai-sampai. Hahahaha. Sampai satu point korang boleh pilih nak pegi kiri atau kanan. Yang kanan boleh lepak tepi pantai. Yang kiri tulah korang kena panjat batu untuk ke puncak. Boleh tahan tinggi jugak. Aku? Aku bedal yang jalan kiri. Serius, aku taklah bayang kena panjat batu tu. Kihkih.



Sebelum naik dah fikir "nak naik ke tak". Takpe akal aku kata try dulu. Boleh punya. Sampai satu point aku dah tak tahu nak letak kaki kat mana. Serious! Turun baliklah. Tengok bawah. Aiyoyoyo. Kalau aku turun lagilah sakit. Nasiblah ada pak cik kat belakang tu support sikit. Aku tengok steps anak buah dia jelah. First time aku mendaki. Dulu nak buat 'Wall Climbing' pon takut. Hahahaha. Nak tak nak redah jugalah. 





Dah berpuluh satu baju + Seluar sampai juga. Aku pon macam tak caya boleh panjat. Alhamdulillah takde perkara yang buruk berlaku semuanya selamat. Lepas ni nak panjat kena fikir dua kita kali juga. Hari ni satu badan sakit. Nak Jalan+Turun naik tangga seksa. Urat-urat dah macam tegang semua. Biasalah beginner! #JanganKecam. #TeamBelahanJiwa #Bonding1.25 #Materials141




5 comments:

  1. Amboi lebarnya senyuman sebelum naik.
    Dah selesai satu badan sakit-sakit.
    Kahhhhhh..
    #jelestakdapatnaik
    #huhu

    Cantik betul pemandangannya. Patutlah hangpa sanggup daki tinggi-tinggi gitu. Kalau kak Gee, dah lama surrender. Hehehe. >,<

    ReplyDelete
  2. Tahniah sbb berjaya mendaki.. hebat2

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya... saya suka aktiviti mcm ni cuma lama dah tak terlibat... seronok. Pic ramai2 yg last tu mcm bahaye je... baik2 jatuh hehee :) :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.