Tahukan Anda? Kelebihan dan Manfaat Berjogging

Assalamualaikum w.b.t

Tahukan Anda? Kelebihan dan Manfaat Berjogging



Tahukah Anda? Berjogging merupakan salah satu aktiviti yang sihat untuk badan. Merupakan senaman yang banyak manfaatnya untuk tubuh badan manusia. Apa yang penting, aktivti berjogging tidak memerlukan banyak peralatan yang khusus. Hanya dengan memiliki 'Kasut Jogging' dan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti ni. 

Rasanya tak susah untuk kita luangkan masa sekejap untuk memberi makanan yang sihat untuk tubuh badan kita. Tanda menghargai pemberian tubuh badan yang sihat daripada Yang Maha Berkuasa. Jadi jom tengok kelebihan dan manfaat aktiviti berjogging ni. 

😉 Manfaat untuk Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.

😇 Mengurang Berat Badan
Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.

😁 Kualiti Tidur
Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.

😊 Manfaat Untuk Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simtom kemurungan.

😆 Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat. 
Tahukan Anda? Kelebihan dan Manfaat Berjogging Tahukan Anda? Kelebihan dan Manfaat Berjogging Reviewed by ikhwan yusuff on 00:21:00 Rating: 5

6 comments:

  1. nak start jogging tu yang payah =(

    ReplyDelete
  2. Lama dah AM tak berjonging mahupun melakukan senaman..
    Bertabahlah wahai hati..Masih berbaki 6 bulan je lagi untuk bebas..

    Posting terbaru AM
    Endometriosis - Apa itu Endometriosis


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. suka gak jogging ni..byk kebaikan jogging..

    ReplyDelete
  4. banyak manfaatnya... cuma malas atau rajin je yang membezakannya :-)

    ReplyDelete