Mencari Suatu Jawapan

Assalamualaikum w.b.t



Mungkin terlalu banyak ada baiknya buangkan sedikit. Yang rapat tak selalu rapat adakalanya baik untuk mencari yang renggang. Jangan terlalu mencari kesempurnaan sebab hakikatnya semua punya kelemahan. Sakit, lemah, lelah, penat, gagah mungkin fizikal tapi di dalam menjadi rahsia. Sebab itu, jangan terlalu letak setinggi langit jika tanah yang dipijat belum teroka semuanya.



Banyak yang aku digali, dicari, dikoyak dan diluah. Biar hati bertambah jelas. Biar debar terus beredar pergi. Usah ditangkap yang sudah jauh bila yang didepan sentiasa ada untuk menemani. Moga dia belajar daripada yang lalu. Jangan pernah hidup untuk mengenang masa lalu yang takkan kembali. 

Teruskan memburu, mengejar dan berlari untuk ke destinasi yang ditujui. Moga bertemu suatu hari nanti dengan hati yang patah bersambung kembali. 


Mencari Suatu Jawapan Mencari Suatu Jawapan Reviewed by ikhwan yusuff on 16:39:00 Rating: 5

2 comments: