Header Ads

Study.. Study.. Final Exam

Assalamualaikum w.b.t



Dah lama tak update pasal diri sendiri. Malas.. Idea kurang... semuanya bercampur dan hasilnya aku banyak up post berkaitan drama je. kihkih. Jangan marah okay. Malam ni luangkan masa lepas penat menghadap buku + Slides yang bersepah untuk tukar template dan tulis post ni. Hahahaha. Final Exam dah dekat sangat dah. Tapi aku still macam ni dan routine harian tetap sama. Tapi yang penting study jugalah. Sekurang-kurangnya kan.



Banyak juga benda yang nak aku kisahkan tapi malas. Memang akan ada satu tahap dah malas nak tulis pape. Biarlah dia kosong je. Berbalik ke kisah Final exam. Sebabnya tajuk berkisarkan tentang alah benda ni. Pejam cilik dah sampai penghujung tahun ke-3 semester 1 untuk tahun ni. Masih lagi berbaki 1 tahun setengah untuk dapatkan segulung ijazah tuh. Exam bermula 30/12/2016 sampai 7/1/2017 awal bulan satu. Jadi tahun baru kat sini jelah. Moga perjalanan aku dipermudahkan oleh-Nya dan dapat jawab segala ujian di dunia ni walaupun ramai adik-adik PT3 berdendam dengan subject science! Hahaa 🙏🙏


4 comments:

Powered by Blogger.