Header Ads

Perbezaan Antara Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6 (Pra-Universiti)

Assalamualaikum w.b.t

Perbezaan Antara Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6 (Pra-Universiti)


Sedikit perkongsian dengan adik-adik sekalian. Memandangkan keputusan SPM bakal diketahuan dalam masa terdekat, mungkin ada yang keliru untuk menyambung pelajaran di peringkat Asasi, Matrikulasi, dan tingkatan 6 (PraU). Mana yang terbaik untuk korang pilih sebelum melangkah ke peringkat seterus. Entri ini bukan untuk membanding mana-mana Institusi kerana belajar di mana-mana adalah sama. Yang membezakan hanyalah semangat kita untuk belajar. 

PUSAT ASASI

Biasanya dikendalikan di bawah universiti awam/swasta. Apa yang menarik mengenai program Asasi, pelajarnya sudah bernaung di bawah Universiti tersebut. Senang kata, sebelah kaki dah confirm ke universit tersebut. Antara Universiti awam yang memilik program Asasi meraka adalah:

1- Universiti Malaya (UM)
2- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3- Universiti Putra Malaysia (UPM)
4- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Yuran untuk setiap sem mengikut universiti masing-masing. Tempoh pembelajaran pula, ada 1 tahun, 1 setengah tahun dan paling lama 2 tahun. Biasanya, setiap semester kementerian Pelajaran Tinggi akan memperuntukkan elaun sebanyak RM1,250. Dan setiap Sem tempoh masa 4-5 bulan. Yuran pengajian dan penginapan bergantung kepada universiti masing-masing. Syarat-syarat kelayakan akan diambil kira berdasarkan keputusan SPM. 

Bermula tahun 2016, sijil Asasi telah diiktiraf untuk memohon perkerjaan di dalam negara.


Program Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta. 

Biasanya tempoh pembelajaran ini Matrikulasi terbahagi kepada dua; satu tahun dan 2 tahun. 

Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakauanan dan Jurusan Meknikal. Berkenaan dengan yuran pengajian.

Jurusan Sains
  1. Program Satu Tahun : RM580
  2. Kolej MARA : RM500
  3. Program Dua Tahun : RM580
Jurusan Perakaunan
  1. Program Satu Tahun : RM530
  2. Kolej MARA : RM500
Aliran Teknikal
  • Program Satu Tahun : RM580

Mereka yang berjaya score berpeluang cerah untuk memohon course yang diminati, akan tetapi pelajar yang 'sederhana' berkemungkinan sukar untuk mendapatkan course yang diminati biasanya disebut 'dilelong'.

Program Tingkatan 6 (Pra-Universiti)

Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan perlu memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik. Pelajar tidak perlu memohon. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh membuarayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh KPM. Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan. 


Kelebihan Tingkatan 6


Berikut diantara kelebihan memasuki Tingkatan 6 :- 
  • Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Ada yang berpendapat, pelajar tingkatan 6 mudah diterima masuk ke universiti awam berbanding dengan Matrikulasi.

4 comments:

  1. semoga lepasan spm dapat membuat keputusan yang tepat

    ReplyDelete
  2. saya dulu terus ambik diploma sebab tak minat nak belajar asasi, matriks, or tingkatan 6 sebab dah malas nak belajar subjek2 kat sekolah

    ReplyDelete
  3. Moga membantu buat mereka yg sedang memikirkan pilihan terbaik, in shaa Allah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.