Header Ads

Resepi Cheese Kek Meleleh - Mudah dan Sedap

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Cheese Kek Meleleh - Mudah dan Sedap


Seperti biasa, resepi ini diambil daripada Resepi Snow Cake myresepi. Jadi, buat mereka yang masih mencari-cari resepi Cheese Kek Meleleh ni bolehlah cuba. Resepi Mudah Cheese Kek Meleleh.


Resepi Cheese Kek Meleleh


Bahan-bahan
  • 100 gram gula halus
  • 2 sudu makan ovelet
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram tepung hong kong
  • 60 gram tepung jagung
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • 1 sdt esen vanilla
  • UNTUK CREAM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)
  • UNTUK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara
  1. 1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. 8. Akhir sekali taburkan chedar cheese yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

3 comments: