Header Ads

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Resepi Kek Coklat Moist Kukus | Buat peminat kek coklat, inilah masa untuk korang cuba kek Coklat moist hasil air tangan sendiri. Kekadang kalau beli qualitinya tidak sesedap hasil air tangan sendiri. Jadi buat newbies yang ingin mencuba Resepi Kek Coklat Mosit Kukus boleh gunakan resepi di bawah. Resepi ini diambil dari myresepi.net. 😁😁

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist 

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Bahan-bahan Untuk Topping

  • 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas
Cara buat kek coklat kukus:
  1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
  2. Bila dah sebati, sejukkan.
  3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
  5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
  7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
  9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.

Cara buat topping kek coklat kukus:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.

**Selamat mencuba. 😇😇😇

No comments

Powered by Blogger.