Header Ads

Zaman Kau Dah Berlalu. Raya Dulu Vs Raya Sekarang

Assalamualaikum w.b.t



Sempat Throwback kisah raya dengan member aku. Bagaimana meriahnya malam raya, pusing-pusing satu kampung meraikan penat lelah berpuasa sebulan. Itu dulu. Macam mana aku define perkataan raya itu. Tapi ada betulnya kan? Bila member aku cakap dah tak semangat nak raya weh! Tak sama dah macam kecil-kecil dulu. Aku mencelah. 

Dahlah tu. Zaman kita berlalu. Dah masuk 20an, bagilah budak-budak bawah kita yang rasa perkara sama yang kita rasa pulak.

Itu kata aku. Tapi jauh tersorok dalam hati rindu raya dulu-dulu. Daripada pemerhatian raya-raya yang lepas memang jauh beza. Dulu takdenya budak-budak (sekolah rendah) beraya dengan  motosikal, semuanya guna kaki. Pusing satu kampung lagi tak abis takkan balik. Itu dulu, inilah masa sekarang, Realiti yang perlu kita terima. 

Untuk diri aku pon sama, banyak yang berubah. Tapi ada satu benda tak berubah untuk selalunya. Malam raya! Hihihih. Sekeluarga masuk dapur tolong mak masak menu untuk pagi raya. Biasanya, mak aku tiap raya menu wajib nasi dagang. Bau aroma dia waktu malam tu betul-betul menusuk! Hihihihi. Tapi tahun ni tukar menu pulak. Kata mak aku, buat benda yang simple je tahun ni. Busy nak buat persedian kakak sulong aku nak kahwin! Jadi aku request "Nasi Minyak" dan "Laksa Terengganu Penang". Tengoklah macam mana. 

Raya tahun ni takdelah sakan sangat, 4 hari cuti. Boss masih tak bagi kata putus untuk extend cuti satu hari. Harap dapatlah. Intern je kot boss.. Hahahaha. Apa yang korang rindu time nak raya ni? Saja nak tahu. hihi


6 comments:

  1. betul....raya dah xsama...zaman dah berubah,manusia dah berubah, kita juga dah berubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Memang sngt2 brubah.. Sampai saya pernah pk nasiblah berpeluang merasai raya zaman dulu.. Hihih

      Delete
  2. Betul tu.. kecik2 dulu seronok. Dpt jln2 ngan member kumpul duit raya.. haha.. sekarang ni msg2 dh ada keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakat serbu rmh org kampung.. Hihihi.. Lagi xdpt duit raya lagi tu xbalik.. Hihih

      Delete
  3. Sally rindu kazen..hahaha...sebabnya semua dah kahwin, ada yg dah pergi menghadap penciptanya kembali...dan ada yg dah tak dapat nak blk... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumpah rindu... Sekarang dh besar xdelah baik2 mcm dulu lagi...

      Alfatihah untuk sepupu sally yg menemui pencipta

      Delete