Golongan Hawa Berwaspada Dalam LRT

Assalamualaikum w.b.t



Incident yang berlaku dengan mata aku. Lepas balik kerja (Intern) janji dengan akak aku nak jumpa. Macam biasa memang duduk kat KL ni kitaorang fully utilize public transport. Nak jalan mana-mana memang akan guna public je. Lepas tunai hajat nak makan ayam goreng McD, kitaorang jalan-jalan kat area jalan TAR dan sekitar masjid Jamek. 

Tengok jam dah nak dekat pukul 6 pergi KLCC kejap nak singgah solat. Dalam LRT dari Masjid Jamek ke KLCC memang ramai gila orang kat dalam tu. Sebabnya time tu LRT yang 2 koc, jadi memang berhimpitlah laki pempuan dalam tu. Nak sampai stesen KLCC dah macam lega sikit. Ada sorang Pak cik ni (Tengok Muka Macam Melayu) bukan main nak bertempek dengan Sister sorang ni. Fisrt, aku ingat ayah dia sebab memang dan berusia. Tapi, bila sister ni beralih tempat, pak cik ni pon makin rapat. Sumpah kesian kat perempaun ni. Aku sempat tengok pak cik ni, senyum melerek dia. 

Jadi, ini salah satu gangguan yang mungkin dihadapi oleh golongan Hawa samaada secara sedar atau tak sedar. Jadi buat, adik-adik, akak-akak, mak cik-mak cik tolong perhatian jarak anda dengan golongan yang suka mengambil kesempatan. Jangan jadikan diri anda semua mangsa keaadaan yang senang-senang lelaki dajjal diluar sana untuk amik kesempatan. Jadi, Golongan Hawa Tolong Berwapada Dalam LRT. 
Golongan Hawa Berwaspada Dalam LRT Golongan Hawa Berwaspada Dalam LRT Reviewed by ikhwan yusuff on 20:46:00 Rating: 5

No comments: