Header Ads

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada | Lauk favorite yang selalu menjadi pilihan seorang Ikhwan Yusuff. Sebelum menjadi lauk kegemaran aku memang pantang dengan ikan keli. Maksudnya tak makan. Tapi bila perkena sekali terus melekat. Jadi dalam slot resepi kali ni, 'chef' nak share Resepi Ikan Keli Goreng Berlada yang simple dan sedap! Selamat mencuba. Sumber daripada Resepi Mudah


Resepi Keli Goreng Berlada.

Bahan-Bahan
  • Ikan Keli (Bilangan mengikut Saiz Hidangan (5 ekor)
  • Air Asam Jawa
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak Masak
  • Bahan Perasa secukupnya
Bahan-Bahan Kisar (Ikut Saiz Hidangan)
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 5 biji cili merah + Cili padi (bagi mereka yang suka pedas)

Cara Penyediaan Keli Goreng Berlada.

  • Siang Ikan keli dan cuci sebersihnya. 
  • Gaulkan ikan keli dengan serbuk kunyit bersama garam secukup rasa. Biarkan seketika.
  • Goreng ikan keli tersebut sehingga garing dan toskan minyak
  • Guna minyak yang sama. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan naik bau.
  • Masukkan sedikit air asam jawa dan tambah air jika perlu.
  • Masukkan bahan perasa secukupnya dan gaul rata
  • Masukkan keli yang telah digoreng dan gaul bersama dengan tumisan lada sehingga rata
  • Angkat dan siap untuk dihidang. :D

3 comments:

  1. suka kalo sambal lada tu cili hidup.. kalo cili kering sedap gak tapi kureng uuumph..

    ReplyDelete