Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal

Assalamualaikum w.b.t



Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal | Sekarang aku dalam usaha mengamalkan pengambilan cuka epal disebabkan kelebihan dan khasiat cuka epal ini. Mungkin ramai yang dah tahu Kelebihan cuka epal terutamanya untuk membantu menurunkan berat badan. Jadi, jom kaji sikit kelebihan dan Khasiat cuka Epal untuk Tubuh Badan.  


1) Mampu membantu pesakit Kencing Manis untuk mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu meningkatkan sensitiviti reseptor insulin.
  • Satu Kajian menunjukkan Asid asetik dalam Cuka Epal mampu merencatkan aktiviti enzim-enzim pencernaan karbohidrat iaitu maltase, sucrase, lactase dan amalase. Kesannya, tidak banyak karbohridrat yang dapat diserap oleh usus sekali gus mengurangkan peningkatan paras gula dalam darah.
2) Membantu mengurangkan kadar Kolestrol
  • Peningkatan rembesan hempedu dan metabolisme lemak di dalam hati mampu mengurangkan kolestrol dalam badan.
3) Membantu menurunkan Berat Badan
  • Asid asetik terkandung dalam cuka epal mampu membuatkan seseorang merasa kenyang walaupun hanya mengambil kuantiti makanan yang sedikit. 
  • Membantu melambatkan pengumpulan lemak dalam badan.
4) Membantu membuang toksik dalam badan
  • Melancarkan fungsi hati untuk mendetokfikasikan toksik
  • Asid asetik dalam cuka epal mampu bergabung dengan toksin dalam darah untuk menyahtoksinkannya. 
5) Membantu melegakan batuk dan resdung
  • Kandungan Asid Asetik dapat membantu mencairkan mukus dan bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria yang terkandung dalam saluran pernafasan. 





Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal Reviewed by ikhwan yusuff on 20:47:00 Rating: 5

No comments: