Sep 15, 2017

Novel Online : Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Karya Siti Rosmizah [Bab 1 - Bab 85]

Assalamualaikum w.b.t

Novel Online : Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Karya Siti Rosmizah

Novel Online : Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Karya Siti Rosmizah  | Karya Siti Rosmizah Lafazkan Kalimah Cintamu bakal diadaptasi menjadi drama. Baca Online Novel Lafazkan Kalimah Cintamu pada pautan di bawah:

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Bab 01   Bab 02   Bab 03   Bab 04   Bab 05
Bab 11   Bab 12   Bab 13   Bab 14   Bab 15
Bab 16   Bab 17   Bab 18   Bab 19   Bab 20

Bab 21   Bab 22   Bab 23   Bab 24   Bab 25
Bab 26   Bab 27   Bab 28   Bab 29   Bab 30
Bab 31   Bab 32   Bab 33   Bab 34   Bab 35
Bab 36   Bab 37   Bab 38   Bab 39   Bab 40

Bab 41   Bab 42   Bab 43   Bab 44   Bab 45
Bab 51   Bab 52   Bab 53   Bab 54   Bab 55
Bab 56   Bab 57   Bab 58   Bab 59   Bab 60

Bab 61   Bab 62   Bab 63   Bab 64   Bab 65
Bab 71   Bab 72   Bab 73   Bab 74   Bab 75
Bab 76   Bab 77   Bab 78   Bab 79   Bab 80

Bab 81   Bab 82   Bab 83   Bab 84   Bab 85

No comments:

Post a Comment