Header Ads

Tonton Wanita Terindah Full Movie 2017

Assalamualaikum w.b.t

Tonton Wanita Terindah Full Movie 2017


Tonton Wanita Terindah Full Movie 2017 | Movie yang menggandingkan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura. Mengisahkan Fahim (Fattah Amin), seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah yang memiliki perwatakan yang panas baran, kurang penyabar dan degil. Namun begitu, beliau yang merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya (Liza Othman), sehingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’-nya dan tiada wanita lain yang mungkin mampu menandingi ibunya.

Mungkin kerana begitu menghargai pengorbanan ibunya selama ini yang membesarkan beliau secara bersendirian, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dari pusat jagaan yang mana ibunya berkhidmat sebagai seorang sukarelawan. Fahim tidak dapat menerima kehadiran Fikri (Adam Mika) dan mula memberontak di awal kemunculan anak ini di rumahnya.


Namun begitu, rakan sekerja Fahim yang juga merupakan seorang wartawan, Nuryn (Nur Fazura) berjaya mengubah persepsi Fahim akan Fikri dan beliau kemudiannya mula menerima anak kecil ini.Namun begitu, tatkala mereka mula meniti kebahagiaan sebagai sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang. Bagaimanakah Fahim menerima ketentuan ini? Adakah beliau semakin memberontak sehingga melukakan hati mereka yang selama ini sentiasa berada di sisinya? Atau beliau redha dan menerima ini sebagai satu ujian dari Yang Maha Esa. Tonton Wanita Terindah Full Movie 2017 pada pautan di bawah: 



Kelasifikasi: P13
Channel:  Astro First Eksklusif 480
Tayangan: 2 November 2017
Running Time: 93 Minit
Pengedar: Red Films Sdn Bhd & FastyleAsia
Pelakon:  Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Samantha Kay, Ridzuan Hashim, Abu Bakar Juah





No comments