Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Apr 19, 2016


Assalamualaikum w.b.t

3 Soalan

Sebelum melakukan sesuatu perkara, tanya tiga soalan kepada diri sendiri:

  1. Adakah niat aku baik?
  2. Adakah cara yang aku lakukan betul dan Allah reda?
  3. Adakah hasil tindakan aku ini baik?
Kalau  jawapannya positif, bertindaklah dengan ikhlas dan lakukan sehabis baik. 


Oct 10, 2015

Assalamualaikum w.b.t

OUR APPLE TREE

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, and took a nap under the shadow.

He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by, the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.
One day, the boy came back to the tree and he looked sad.
“Come and play with me”, the tree asked the boy.
“I am no longer a kid, I do not play around trees any more” the boy replied.
“I want toys. I need money to buy them.”
“Sorry, but I do not have money, but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.”
The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.
One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited.
“Come and play with me” the tree said.
“I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?”
“Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.
One hot summer day, the man returned and the tree was delighted.
“Come and play with me!” the tree said.
“I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man.
“Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.”
So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.
Finally, the man returned after many years. “Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you”, the tree said. “No problem, I do not have any teeth to bite” the
man replied.

“No more trunk for you to climb on.” “I am too old for that now” the man said. “I really cannot give you anything, the only thing left is my dying roots,” the tree said with tears.
“I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years,” the man replied.
“Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, come sit down with me and rest.” The man sat down and the tree was glad and smiled with tєαяs.
This is a story of everyone. The tree is like our parents. When we were young, we loved to play with our Mum and Dad. When we grow up, we leave them; only come to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could just to make you happy.
You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted; we don’t appreciate all they do for us, until it’s too late.
~ Moral:
Treat your parents with loving care…. For you will know their value, when you see their empty chair…We never know the love of our parents for us; till we have become parents 

Mar 2, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin ada yang menganggap berjaya itu umpama satu permainan dalam hidup. Ada orang yang malas belajar berjaya menjadi jutawan tapi sebaliknya berlaku kepada orang yang berpelajaran. Teringat aku akan satu pesanan seorang insan kepada diri ini. Belajar itu perlukan permulaan yang baik. Permulaan itu adalah niat iaitu menuntut ilmu hanya kerana Allah semata-mata tanpa mempunyai sebarang niat yang menentang arus yang betul. Jadi hari ini ingin aku kongsi beberapa pesanan Luqman al-hakim untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Moga membawa manfaat dan dikongsikan bersama kita semua.InshaaAllah.

1] Menyentuh soal akidah kita semua. Tidak terlibat dalam mana-mana perbuatan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Orang yang menyekutukan Allah ini merupakan mereka yang hilang kebergantungan kepada Allah. Tidak memohon sesuatu daripada Allah tetapi mempercayai perkara yang bertanangan dengan akidah yang diajar orang Rasulullah saw. Dan ingatlah perbuatan ini merupakan dosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah swt.

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya:"Wahai anakku kesayanganku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Luqman :31) 

2] Dalam surah luqman menyentuh juga perihal solat. Untuk menjadi seorang yang berjaya solat mestilah dilaksanakan 5 kali dalam sehari. Solat merupakan medium untuk kita berhubung dengan Allah swt. Mengakui diri ini adalah hamba kepada Yang Maha Berkuasa. InshaaAllah Allah menolong insan-insan yang menjaga solatnya.

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya , ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, kepadaKu jua tempatmu kembali." (Luqman:41)

3]Dalam surah luqman juga ada memperkatakan perihal berbuat baik kepada ibu dan bapa. Untuk mendapat keberkatan hidup restu daripada mereka perlu dipinta. Mengikut segala suruh mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah. 

RELEKSI DIRI KITA SEMUA

Jadi berjaya bukanlah hanya diukur dari luar sahaja. Aspek dalaman rohaniah perlulah selari dengan luaran. Menjaga hubungan dengan dengan Allah sebagai pencipta dan Tuhan yang mentadbir sekalian alam. InshaaAllah bersama-sama kita memperbaiki kekurangan yang ada kerana diri kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. InshaaAllah. 

Feb 14, 2015

Assalamualaikum w.b.t





"Dunia ini terlalu luas untuk kita berjalan. Jadi teruskan berjalan hinggalah sampai pada satu persimpangan pengakhiran."

Carilah cahaya itu. Cahaya yang mampu untuk menerangi kehidupan dunia dan yang pasti mampu dibawa ke sana nanti. Adakalanya kita lebih suka meninggalkan sesuatu yang kecil untuk memcari sesuatu habuan yang lebih besar. Saat jiwa dikit demi dikit menjadi papa kedana. Sehingga menelanjangkan  keseluruhannya. Naluri kecil berbisik halus "Kenapa dengan aku?". Tapi ego tetap membatasi segalanya. Norma kebaikan dibusukkan. Menyanjung segala norma kedajjalan. Ini bukan lumrah kehidupan. Ianya pentas lakonan dunia yang dicipta oleh diri sendiri.

Segala kesilapan sukar untuk diakukan. Jadi didiklah jiwa. Balutilah dengan corak warna yang indah. Sebabnya? Dunia ini tempat untuk kita menuai. Pungutlah hasil itu disana kelak. Bidas jauh segala kerosakkan. Hilangkan segala bau hanyir yang meracun hati. Tiada istillah kita keseorangan. Disebabnya Yang Maha Pencipta sentiasa bersama dengan setiap jiwa yang hidup. Megharap, meminta dan mengadulah kepada-Nya.

Dec 1, 2014

Assalamualaikum w.b.t


animasi bunga sakura
Nikmat menghirup pinjaman gas bernyawa dari Pencipta. Alhamdulillah. Hari bersilih ganti. Yang lama bertukar baharu. Itulah kitaran kehidupan sang Makhluk. Yang hidup ada matinya. Yang tegang pasti akan merasai kedutnya. Tapi pengorbanan tetap akan terus menerpa setiap inci celah-celah kehidupan. Ada antara kamu semua sampai nyawa berada di hujung kali masih perlu berkorban. Mungkin itu yang sudah  tertulis oleh-Nya untuk kamu. Setiap bentuk pengorbanan yang kamu lakukan pasti ada sebab mengapa kamu tegar melakukannya. Mungkin kekadang hati berbisik halus mempersoalkan mengapa perlu kamu berkorban. Berkorban bukan untuk manfaat diri tapi manfaat orang sekeliling. 

Lenyapkan dengusan halus ini. Suara ganjil yang selalu menghasut diri. Buang jauh-jauh. Kerana aku percaya setiap hidupan perlu untuk berkorban. Walaupun bukan untuk diri. Biarlah pengorbanan itu untuk wajah-wajah keliling kita. Sebabnya. Kita semua adalah suadara. Ya! Bukan kita semua bersaudara? Itulah jawapan yang telus dari hati. Walaupun mungkin hati ini sendiri punyai titik hitamnya. Tapi mungkin dengan pengorbanan ini menjadi tukaran untuk memutihnya kembali. Ya, aku sunggup.



Nov 25, 2014

Assalamualaikum w.b.t
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kadangkala manusia sibuk mencari wali Allah sehinggakan wali yang Allah utusankan di depan mereka tidak disedari. Wali yang sentiasa bertatap muka. Sentiasa bersengkang mata menjaga dan membesarkan mereka sehingga dewasa. Dari umur berangka sa sehinggalah ke angka puluh. Tapi sayangnya kekadang diri alpa dengan semua ini. Mungkin salah diri sendiri kerana tidak mengetahui semua ini. Ataupun perasaan malu yang menebal di dalam hati untuk mengucapkan kalimah "tolong doakan saya ya emak/ayah".Tidaklah salah untuk mencari wali Allah tapi ingatlah wali yang Allah utuskan untuk kita sentiasa ada disetiap inci kehidupan.

Jadi carilah wali Allah disamping tidak mengabaikan wali yang telah kita ada. Kerana anugerah mereka berdua adalah satu anugerah yang tidak terhingga kepada setiap manusia. Bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan ini. Jangan sampai bila kita kehilangan mereka baru terasa nikmat itu ditarik oleh Yang Maha Berkuasa. Sebabnya, apabila nikmat ini ditarik maka hilanglah satu anugerah keatas diri ini iaitu doa seorang ibu/ayah.


Aug 7, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Mengakui kesalahan yang kita lakukan.Masa untuk berubah

SENTIASA BELAJAR MENGAKUI KESALAHAN
Sebelum tutup lampu!Sentiasa mengakui kesalahan diri sendiri.Dan jangan cuba untuk mencari dan letakkan kesalahan kepada orang lain.Kadangkala inilah putaran kehidupan yang sememangnya kita patut dan perlu amalkan.Sebab mengalah itu bukan bererti kita tewas.Mengaku kalah jika sememangnya itu adalah kesalahan yang salah.Ramai sahaja yang berusaha menegakkan benang yang basah,sedangkan pada hakikatnya terang benderang perbuatan ataupun kenyataannya itu salah.Kita sememangnya ego untuk mempertahankan diri masing-masing sehinggakan yang benar itu dikatakan salah,yang baik itu dikatakan sesat.Adakah itu adat resam yang patut kita amalkan?Tepuk dada tanya selesa.Padam lampu.



Jul 29, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Melangkah ke alam pekerjaan merupakan salah satu cabang yang mencabar bagi setiap orang yang baru pertama kali masuk ke alam pekerjaan ini.Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh setiap graduan yang baru memasuki alam pekerjaan ini.Oleh sebab inilah setiap graduan perlulah mempersiapkan diri samaada daripada segi mental dan fizikal bagi membolehkan kita semua bersedia menghadapi cabaran yang berliku ini.InshaaAllah hari ini aku nak bincangkan dilema yang dihadapi oleh para graduan secara santai tetapi berilmiah.InshaaAllah.

Jul 16, 2014

Assalamualaikum w.b.t

dalam sekolah kehidupan

Kehidupan menjadi satu medan untuk mengenal sebuah kehidupan.Dalam sebuah sekolah kehidupan kita terpaksa dan semestinya memerlukan kekuatan untuk merempuh segala cabaran dan dugaan yang ada.Mungkin ada yang mengatakan "kehidupan itu tidak adil".Persoalannya mengapa kehidupan itu tidak adil?Suasana tindas menindas di sana-sini.Perkataan kaya bertambah kaya,miskin bertambah miskin kekadang itu jika difikirkan ianya sangat-sangat relevant untuk kita gunakan.Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui mengapa semua ini berlaku.Jadi kita perlu bijak untuk bermain dengan mainan kehidupan ini.Pandai mengatur segala strategi yang ada untuk terus berada dalam arus kehidupan yang sebenar.

KAYA TERUS KAYA,MISKIN TERUS MISKIN

Kekadang itu aku sering perhatikan suasana ini sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.Apabila punyai kuasa terus dapat memonopoli segalanya.Akibatnya yang tidak berada itu terus tersepit dalam kehidupan mereka sendiri.Namun hakikatnya mereka yang mempunyai kuasa dan kebendaan ini patut menolong memberi sinar kehidupan kepada yang memerlukan.Persoalannya adakah ini yang berlaku?Mungkin ada sebahagian yang berhati basah dan mungkin sebahagian terus keras membatu untuk menghulurkan pertolongan.Kuasa dan harta itu sebahagian daripada ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.Macam mana mereka yang punyai kedudukan dan kuasa menolong orang bawahan yang memerlukan bantuan.Segala apa yang kita ada sekarang ini bakal dipersoalkan oleh Allah pada akhirat kelak.Kekayaan itu mungkin boleh menjadi penyelamat dan bencana kepada kita.

Adakalanya ramai antara kita lebih mengira status seseorang.Kalau orang itu kaya-raya semuanya dipandang mulia.Namun mereka yang tiada apa-apa dipandang sebaliknya.Mungkin inilah sebuah hakikat yang sering berlaku dalam hidup kita.Samaada ianya berlaku terang-terangan dipersekitaran kita atau pun sebaliknya.Mungkin mulai sekarang yang 'ditindas' perlu terus untuk membuka serapang empat mata untuk terus bertindak.Biar kita miskin dengan harta tapi kaya dan ilmu agama di dada.Jangan kita menjadi kaya dengan harta tapi hati kelam tidak bermaya ataupun miskin dengan harta dan miskin pula dengan nilai kerohanian dalam diri.Alangkah ruginya.

Apa yang penting kuatkan berusaha dan pasti dengan pertolongan Allah.Kekayaan itu boleh dicari selagi kita punyai usaha dan harapan hanyalah kepada Allah.Janganlah hanya berdoa dan berikhtiar sedangan usaha tidak diselarikan.Harta itu bukanlah datang bergolek kepada kita.Kalaulah konsep ini terus di mainkan dalam sekolah kehidupan perkataan sikaya terus kaya dan si miskin terus miskin akan terus berkuasa.Masa untuk semuanya bangkit.Sesungguhnya Allah telah aturkan segala rezeki buat hamba-hambanya!Buka lampu hati untuk memadam segala kegelapan itu.

Apr 27, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Salam ceria pagi dan selamat menikmati hujung minggu anda semua.Hanya satu perkongsian ringkas untuk hari yang indah.Mula hidup  dengan menyebut Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk hari ini setelah dimatikan buat seketika.Dan mulakan permulaan hidup dengan minda yang positif dan senyuman yang menawan!Kata-kata motivasi khas untuk anda semua:

 jadilah seorang yang bersyukur

usaha dan doa

Apr 10, 2014

Assalamualaikum w.b.t


SEBARIS PELANGI

Alhamdulillah.Masih dikurniakan kenikmatan untuk terus bernafas.Walaupun diri masih tercari-cari sebaris pelangi.Susah untuk dapatkan sesuatu yang indah.Sebab kita terlebih dahulu dicabar dengan kelam dan kesuraman sebuah halangan.Ya,memang semua mendambarkan sebuah keindahan.Tapi kenapa susah untuk kita berusaha mencipta keindahan itu?Itu adalah kerana sikap.Sikap yang ada dalam diri sendiri.Aku juga pernah tertanya.Mengapa susah untuk lakukan sebuah kebaikkan?Jawapanya kerana nikmat syurga Allah itu tinggi nilainya.Nikmat yang pastinya kekal abadi.Kerana sesuatu yang indah mesti diduga dengan sebuah cabaran yang perit.Itu semua bergantung kepada kita.Samaada inginkan akhirat mahupun dunia.Tapi islam mengajar kita untuk seimbangkan kedua-duanya.Itulah sikap seorang muslim.

Dunia dan Akhirat

Dunia & akhirat umpama rumput dan padi.Tanam padi rumput pasti akan tumbuh jua,namun tanam rumput,takkan tertumbuhnya padi.Begitulah dunia dan akhirat.Kejar Akhirat dunia akan dapat bersama.Namun kejar dunia,hanyalah dunia semata-mata.

Cantikkan dan bermakna kata-kata ini.Mana pilihan kita?Ingin dapatkan kedua-duanya ataupun ingin sesuatu yang pastinya sementara?Dalam menanti sebaris pelangi berusahalah untuk mendapatkan apa yang kita perlukan.Bukan hanya menanti dan terus menanti.Tapi berusahalah sehingga munculnya sebaris pelangi yang kita nantikan itu.Memang susah untuk mencari kesempurnaan dalam hidup.Namun cukuplah sekadar bersyukur dengan kesempurnaan yang kita miliki sekarang.

Apr 3, 2014

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah.Hari ini banyak aku membicarakan soal "BERFIKIR".Munkin sebab kita suka melakukan perkara yang tak boleh diterima dek akal.Kekadang manusia itu sendiri lebih suka untuk mengikut perasaan dan berfikiran singkat tanpa menggunakan anugerah akal yang Allah kurniakan.Apa yang penting bagi mereka kebahagian sementara berbanding berfikir apa yang akan berlaku untuk jangka panjang.Hari ini aku terbaca satu berita mengenai seorang wanita Malaysia yang sanggup mengikut suaminya ke negara asal iaitu Nepal.Bila sampai kat sana sang suami tinggalkan mangsa bersama ibu mentua untuk bekerja ke Qatar.Dari situ bermulalah sebuah penderitaan di mana dia terpaksa bekerja sebagai pemecah batu.Boleh korang bayangkan?

Ya,memang telah tertulis begitu kisah hidupnya,tapi Allah telah memberi nikmat akal untuk berfikir.Buat pertimbangan sebaik-baiknya.Ibu bapa jangan diketepikan saat bahagia menjelma tapi bila dah susah diorang tempat untuk meminta tolong.Sebenarnya kes macam ini banyak berlaku.Persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku.Tidakkah pernah dia terfikir macam mana negara Nepal itu?Nak bandingkan dengan Malaysia jauh lebih baik dengan nikmat Allah kurniakan.Tiadakah rasa bersyukur sedikit pun bila berada di bumi tanah tumpah darah sendiri?Mungkin inilah penangan cinta berapi kot.

Apa-apa pun,buatlah keputusan dengan berfikir secara waras.Jika susah untuk membuat keputusan berpeganglah dengan ajaran agama islam.Dimana islam telah ajaran untuk melaksanakan Solat istikarah bagi memohon petunjuk terbaik daripada Yang Maha Berkuasa.Agama itu penting.Jangan letakkan agama itu dibawah dan gunalah akal selari dengan ajaran agama yang telah kita praktikkan dalam hidup.

KEKADANG SESUATU YANG KITA RASA BAIK UNTUK KITA ADALAH SATU MIMPI NGERI UNTUK KITA HADAPI.DAN SESUATU YANG KITA RASA BURUK UNTUK KITA ADALAH PENEMAN MIMPI INDAH UNTUK KITA.MOHONLAH DENGAN YANG MAHA PENCIPTA.ALLAH SENTIASA ADA UNTUK HAMBA-HAMBANYA.WALAUPUN KEKADANG KITA JAUH DARINYA.
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah.Salam Rabu buat semua silent readers yang berkunjung tiba.Badan yang selama ini kering dapat juga dibasahkan dengan mutiara jernih.Alhamdulillah catuan bekalan air memenuhi ruang tangki.Jadi banyaklah aktiviti yang perlu dilakukan untuk 2 hari ini.Cuci baju yang kian bertimbun.Dan aktiviti kumpul air banyak-banyak untuk dijadikan simpanan.Itulah yang perlu aku hadap dalam masa 2 bulan sebelum sisa perjuangan mengejar cita-cita ini berakhir.Sebenarnya hari ini baru aku betul-betul menikmat suasana mandi yang menyamankan.Bukan apa sebelum ini hanya berbekal 2 botol air untuk mandi dan bersiap ke kelas.Itu pun nasib baiklah ada daripada takde.

Daripada pemerhatian aku,keadaan catu air ini boleh menampakkan seseorang itu pandai untuk berdikari ataupun tidak.Sebab apa?Seseorang yang pandai berdikari akan berusaha untuk mencari apa jenis bekas untuk dijadikan tempat simpanan air.Jenis yang tak pandai nak berdikari pula,bila air ada buat 'bodoh' je.Tapi bila air dah habis mulalah bersusah payah nak cari.Susah jugakan kalau macam gini?Kata orang sediakan payung sebelum hujan.Ambillah langkah tersendiri.Perah keringat akal untuk berfikir untuk masa akan datang.Bukan setakat untuk berfikir apa yang berlaku hari ini.Berfikirlah umpama kita akan hidup lebih lama.

Jadi,ubah dan didik minda untuk berfikir di luar kotak pemikiran kita.Walaupun kekadang sesuatu itu tidak logik namun hakikatnya itulah realiti yang berlaku.Teruskan berusaha untuk menjadikan hidup kita lebih bererti dalam mendapat redha Allah.Jadilah seorang yang mampu menjaga diri sendiri jangan selalu mengharap ihsan dan pertolongan orang.Sebab kita mampu mengubah semua itu.


Mar 20, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Mencari motivasi untuk diri sendiri.Walaupun kekadang semangat nak belajar turun tiba-tiba.Secara jujurnya belajar memerlu satu pengorbanan.Untuk 'adik-adik' yang dapat keputusan SPM tahniah diucapkan.Walaupun result kurang menyenangkan teruskan belajar kerana tiada orang yang mampu menyekat bila kita betul-betul ingin berjaya.Keputusan itu cuma satu kertas.Jika tidak berjaya bukan bermakna kita akan gagal selamanya.Sebab apa?Motivasi tu penting untuk terus bangkit!Ada je orang yang dapat score dalam SPM tapi bila masuk ke  alam universiti/matrik diorang kurang menyerlah!Teruskan berusaha.

Jadi teruskan berusaha kerana usaha itu adalah milik kita selagi kita berusaha.Terus pasang matlamat dan cuba untuk menggapai segala impian yang kita impikan selama ini.Bukan mudah untuk berjaya.Tapi ianya mudah bila kita berusaha untuk mencari kejayaan itu.Banyak jalan untuk yang boleh dilalui untuk menggapai sebuah kejayaan.Teruskan berusaha.Carilah erti sebuah kejayaan itu!

Feb 15, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Sedikit perkongsian agar dapat menjadi renungan buat semua.Sesungguhnya carilah ilmu itu dan sampaikanlah kepada semua untuk kebaikkan bersama.Amin.Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Feb 14, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah sedikit perkongsian untuk hari ini.Moga bermanfaat untuk dijadikan teladan buat kita semua.Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

SANG ABID DAN PENYESELAIANNYA
Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina .Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya.Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.Maka secara tidak sedar Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA
Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.
CC:HERE
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Jadi ilmu agama itu penting untuk memberi kefahaman kepada kita semua.Bukan setakat tahu beribadah tetapi ilmu langsung takde dalam diri.Sebab itulah kita semua dituntut untuk mempelajari ilmu agama sebagai benteng dan pelindungi kepada segala keraguan.Moga post kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Feb 7, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar

Salam jumaat semua.Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kewarasan akal dan kesihatan tubuh badan.Masih lagi hidupan dalam dua nikmat yang terbesar iman dan Islam.Semoga kita menjadi antara manusia yang bersyukur dengan semua nikmat yang kita dapat.Bercakap pasal nikmat.Apa yang korang dapat katakan nikmat itu?Ya,sememangnya sukar untuk membilang nikmat yang telah kita dapat kerana begitu banyak yang kita rasa dan kecapi sepanjang kehidupan ini.Jadi sedikit perkongsian pada jumaat penghulu sekalian hari.Moga korang dan aku sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah.InshaaAllah.Wahai manusia:

1-Ingatlah matlamat dan tujuan mengapa kita hidup| Adakah hanya untuk suka-suka mengapa kita dicipta untuk hidup?Menjadi khalifah dan untuk beribadat/menyembah Allah S.W.T.Allah ada berfirman:"Tidak aku ciptakan manusia dan jin hanyalah untuk beribadah kepada ku.Jadi jalankan tugas utama kita kepada Sang Pencipta.

2-Dunia ini hanya sedikit dibandingkan dengan akhirat| Ingatlah dunia ini hanya tempat persinggahan sementara buat kita semua.Kerana akhirat itu segalanya.Hidup ini umpama seorang pengembara yang bermusafir dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Bilamana sampai ke sesebuah tempat kutip dan carilah segala bekalan untuk perjalanan yang masih lagi panjang.Itulah kehidupan kutiplah sebanyak mana kebaikan/pahala untuk kesenangan akhirat.

3-Ingatlah tiada siapa yang kekal| Tiada siapa yang kekal diatas muka bumi ini kecuali Allah S.W.T.Kerana setiap yang bernyawa semuanya akan merasai mati.Mati itu wajib dan pasti terjadi kepada semua.Walaupun harta kita bertimbun-timbun.Rumah semewah-mewahnya.Tapi itu hanyalah sementara kerana pemisahnya bakal menjelma.

Feb 5, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Patutkah kita mengangkat bendera putih sedangkan peluang itu masih rapuh berdiri untuk diri kita?Satu persoalan aku suka lontarkan bila mana terasa semangat yang berkobar-kobar seakan-akan lenyap untuk selamanya.Kekadang kita semua suka untuk melepaskan peluang yang sememangnya khas untuk kita.Katanya "Rela berkorban untuk kebahagian orang lain.Ya,itu definisi bahagia bagi diorang.Sebenarnya jangan terlalu mudah untuk menyerah bila kita sudah di landasan kemenangan.Jangan biarkan kemenangan itu diragut dengan mudah kerana kita berhak untuk mendapatkannya.kita perlu berfikir dan merancang percaturan untuk hidup kita sendiri.Itu bukan pentingkan diri tapi untuk terus survive dalam percaturan seterusnya.Sebab hidup ini ibarat permainan catur siapa yang fikir kedepan dengan strategi yang kemas dialah pemenangnya.

Kalah itu biarlah kalah bermaruah.Maksudnya walaupun kita gagal itu bukan bermakna kita gagal selamanya.Gagal itu mungkin menjadi ubat dan penawar yang mujarab untuk memberi rawatan buat rohani mahupun jasmani.Gagal itu mengajar kita supaya lebih bersedia untuk mengharungi cabaran yang mendatang.Secara harusnya mungkin kegagalan itu rupakan ujian yang telah Allah berikan buat kita hamba-hamba yang disayangi-Nya.Kembali untuk merenung salah dan dosa yang pernah kita lakukan.Mungkin ada sesetengah orang sukar untuk menerima kekalahan.Kerana mereka menganggapkan diri mereka sempurna untuk ditewaskan.Itulah konsep yang salah untuk kita fahami.Buka mata hati untuk merenung di mana silapnya kita.

Jadi jangan mudah mengalah sebelum penamatnya berakhir.Bersedia untuk terus bertempur dalam medam perperangan itu.Menang atau kalah asalkan kita telah memberikan yang terbaik untuk kita kita.Jangan malu untuk kalah kerana kalah kita adalah kalah yang bermaruah.Terus berusaha memperbaiki diri dari sudut kelemahan kita.Teruskan perjuangan!InshaaAllah Allah membantu.^-^



Feb 4, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Apa yang menuju bahagia tu.Ayat macam orang dah nak kawinkan.Menuju bahagia.Bahagia itu banyak yang boleh kita perkatakan.Kalau korang bahagia macam mana yang sering didambakan?Ada orang cukuplah bahagia baginya bila melihat orang yang mereka sayang gembira.Ada orang lain cukuplah bahagia bagi mereka bila memiliki harta bertimbun-timbun.Ya!Itu merupakan aku kebahagiaan.Tapi persoalannya cukupkah hanya memiliki kebahagian duniawi?Dunia ini hanya sementara.Kekadang kita selalu leka dengan kebahagian dunia.Memang tak salah untuk mencari kebahagian itu tapi seimbangkanlah kebahagian dunia disamping mencari kebahagian akhirat.

Cukup mudah macam mana nak cari kebahagian akhirat itu.Setiap yang kita lakukan perlulah difahami konsep dan matlamatnya.Sebab apa?Sebab mencari kebahagian akhirat itu berkait rapat dengan apa yang diajarkan oleh agama yang suci yakni Islam.Islam itu syumul yakni menyeluruh.Islam telah menerangkan segala mengenai kehidupan manusia.Bermula daripada kecil hinggalah matinya seseorang itu.Dengan hanya berpandukan dua asas yang telah ditinggalkan kepada kita semua iaitu Al-Quran dan sunnah.Begitu indahnya Islam dalam memandu kita menuju sebuah kebahagiaan itu.Mengapa kita mampu untuk mencapai kebahagian akhirat?Kerana kita telah dikurniakan Allah akal yang mampu mencari ilmu untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Bercakap pasal akal dan ilmu,sebab inilah manusia adalah makhluk yang dicipta sebaik-baik kejadian.Membandingkan ilmu manusia dengan malaikat.Ilmu manusia jauh lebih luas berbanding malaikat.Buktinya melalui peristiwa penciptaan Nabi Adam.Bilamana Allah menyatakan kepada Malaikat untuk menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.Malaikat terkejut dan bertanya mengapa ingin ciptakan makhluk yang akan membuat kerosakkan dan saling berbunuh-bunuhan sedangkan mereka sentiasa bersujud kepada Allah.Dan Allah Maha Mengetahui akan sesuatu itu.Bila Adam dicipta Allah telah mengajarnya tentang segala-galanya lalu dipinta Adam untuk menyebut segala nama benda yang berada didepannya.Nabi Adam berjaya menjawab segala soalan itu.Dan Allah bertanya perkara yang sama kepada Malaikat dan sesungguhnya Malaikat  tidak mampu menjawab persoalan itu.Jadi berusahalah mencari jalan menuju bahagia itu.


Feb 1, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Satu lagi renungan untuk diri sendiri yang selalu alpa.Keampunan dan rahmat Allah itu takkan putus kepada hamba-hambaNya.Janganlah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah kepada kita.Taubat pintu utama bila diri terleka dengan kenikmatan duniawi yang sementara ini.Semoga kita semua berusaha untuk terus memperbaiki diri kearah kebaikkan.Berusha untuk menjadi seorang yang terbaik dalam membentuk sifat-sifat yang terpuji.Ingat aku akan satu ayat dalam sebuah buku yang aku baca.

"Jangan berhenti memohon sesuatu daripada Allah.Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang akan hamba-hambaNya.Walaupun kita sering terjatuh bilamana kata taubat telah dipateri.Bangunlah kembali memperbaharui taubat itu.Mohonlah sekeping hati baru untuk kita."