Showing posts with label Nabi Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Nabi Muhammad. Show all posts

Jul 10, 2014

Asssalamualaikum w.b.t

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.Segala pujian bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam kepada  Nabi Muhammad saw,keluarga seta sahabat Baginda.Semoga kita menjadi sebahagian umat baginda yang mendapat syafaat di akhirat kelak.InshaaAllah.Sebelum ini kita mengenali Riwayat hidup/Biodata Rasulullah saw.InshaaAllah hari ini sedikit perkongsian mengenai pandangan-pandangan orang yang berpengaruh terhadap Nabi Muhammad saw.

PANDANGAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW

Mahatma Gandi-Pandangan Terhadap Nabi Muhammad saw 
Sir George Bernard Shaw-Pandangan terhadap Nabi Muhammad saw
Thomas Carlyle-Pandangan terhadap Rasulullah saw
W.Montgomery Watt-Pandangan terhadap Nabi Muhammad
Dr.William Draper-Pandangan Terhadap Nabi Muhmmad saw

KEHEBATAN RASULULLAH TERSERLAH DAN DIPERAKUI

Kehebatan dan kepimpinan Rasulullah saw telah diperakui dunia.Itulah hebatnya kekasih Allah swt yang memiliki keelokkan budi pekerti dalam segenap aspek kehidupan Baginda saw.Mungkin ada yang menyoalkan persoalan.Mengapa mereka yang berpengaruh ini yang mengakui segala kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah saw tidak menerima Islam?Jawapannya adalah sesungguhnya Hidayah itu milik Allah.Allah yang berhak menanam cahaya keimanan dan keislaman dalam diri seseorang hambaNya. 










Jul 9, 2014

Assalamualaikum w.b.t

riwayat hidup nabi Muhammad saw

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Selawat dan pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.Alhamdulillah.Masih lagi dipinjamkan gas oksigen oleh Allah swt untuk terus hidup pada saat dan ketika ini.InshaaAllah sedikit perkongsian mengenai Biodata/riwayat hidup Rasulullah saw insan yang mulia.Mungkin kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengenali insan yang terulung dan kekasih Allah swt.InshaaAllah segala perbuatan yang kita buat bakal mendapat pahala di sisi Allah.InshaaAllah.

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS KEHIDUPAN RASULULLAH SAW
  • USIA 5 TAHUN
    Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
  • USIA 6 TAHUN
    Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
  • USIA 8 TAHUN
    Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
  • USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
  • USIA 25 TAHUN
    Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
  • USIA 35 TAHUN
    Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
  • USIA 40 TAHUNMenerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
  • USIA 53 TAHUNBerhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 SEPTEMBER 622M.
  • USIA 63 TAHUNKewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam’ah
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  •  Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Umi Kalthum
  • Fatimah Az-zahra

SUMBER:-
www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html