Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Dec 3, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Permohonan Dana Bakti Remaja TTB @ TOM bagi tahun 2018


DANA BAKTI REMAJA @ TOM

1. KOM - KOMUNITI ORANG MUDA
2. SOM - SUKAN ORANG MUDA
3. COM - CYBER ORANG MUDA
4. PROM - PERANTAU ORANG MUDA

DANA AKAN DIAGIHKAN BERSKALA KECIL (PDM)

Permohonan Dana Bakti Remaja TTB @ TOM bagi tahun 2018 akan mula dibuka bermula *4 DISEMBER 2017 dan akan berakhir pada *4 JANUARI 2018 yang dibuat secara online dan ia diwajibkan kepada semua pemohon lama serta pemohon baru.

Antara syarat-syarat permohonan ini adalah:

1 – Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu 
2 – DIWAJIBKAN mendaftar sebagai pengundi dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) 
3 – Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin 
4 – Gaji kurang atau tidak melebihi RM1500 (GAJI POKOK) 
5 – *Permohonan boleh dibuat di laman web Dana Bakti Remaja TTB
6 – Print borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing

Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB membuat permohonan baru

Selepas siap semua borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi J3K untuk pengesahan dan tindakan seterusnya dihantar ke Penyelaras DUN masing-masing.



Jul 17, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Permohonan Zakat Maidam Untuk Anak Terengganu 2016


Beritu baik untuk anak-anak Terengganu yang masih belajar di mana-mana IPT dalam negara. Alhamdulillah, pihak MAIDAM Terengganu membuka peluang untuk anak-anak Terengganu dalam sumber kewangan unuk membantu meringankan kos pengajian Khas untuk anak-anak Terengganu. Berikut adalah syarat-syarat memboleh seseorang itu memohon Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM.

SYARAT UNTUK DIPLOMA DAN DEGREE


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu Melebihi 3 Tahun
  • Boleh memohon walaupun mempunyai pinjaman atau pembiayaan
  • Pointer GPA semester pertama (Tahun Semasa) 2.5 ke atas
  • Tiada sumber pendapatan/tidak bekerja. 

SYARAT UNTUK SIJIL/MASTER/PHD


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu melebihi 3 Tahun
  • Tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/Mybrain
  • Tiada sumber pendapatan/Tidak bekerja 

Permohonan Zakat MAIDAM untuk pelajar IPT

  • Tempoh permohonan : 15 Julai-31 Ogos 2016
  • Permohonan perlu di hantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing
  • Cara untuk memohon : Maidam Terengganu



Jul 4, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Masjid Kristal Terengganu
Tersergam Indah Masjid Kristal Terengganu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah.'Kembara puasa' diteruskan dengan menziarahi satu lagi mercu tanda kebanggaan Negeri Terengganu iaitu Masjid Kristal.Sebelum ini aku telah publish satu post berkenaan Muzium Negeri Terengganu.Mungkin korang juga patut masukkan melawat masjid kristal sebagai 'menu' wajib bila berkunjung ke Terengganu.Masjid kristal juga terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam(TTI) yang terletak di Pulau Wan Man,Terengganu.Dalam kawasan Taman Tamadun Islam ni korang boleh melihat replika-replika masjid-masjid di seluruh dunia seperti Masjid Al-Aqsa etc.Sedikit perkongsian,Mantan Perdana Menteri-Tun Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan pembukaan masjid ini pada 8 Febuari 2008.Dan untuk pengetahuan korang semua masjid dibina daripada keluli dan kaca dan merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Taman Tamadun Islam Map.jpg
Peta Bergambar taman Tamadun Islam

Masjid kristal Terengganu
Permandangan dari bahagian hadapan Masjid Kristal

Untuk memasuki kawasan Taman tamadun Islam(replika-replika masjid) korang dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak dan warga emas.Dan RM20.00 untuk pengunjung yang bukan warganegara Malaysia(tak tahu kalau dah berubah).Kali ini aku tak berpeluang nak masuk dalam kawasan replika-replika sebab ditutup kepada semua pengujung pada bulan puasa.Jadi tak dapatlah nak kasi post gambar banyak-banyak.


Masjid Kristal Terengganu..Keseuruhan masjid

Gambaran dari arah pintu Masuk
Jadi mungkin korang boleh rangka satu plan untuk melawat ke sini.Memang menarik dan semestinya tidak merugikan mana-mana pihak.Menteliti kehebatan yang Allah ilhamkan kepada manusia dalam bentuk seni bina.Kepada yang nak kahwin tu ambik outdoor picture kat sini pon cantik!Sekian.Selamat meneruskan ibadah berpuasa.Alhamdulillah dah masuk seminggu kita berada dalam bulan Ramadan.






Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah.Siapa pernah sampai ke Muzium Terengganu?Salah satu tempat yang wajib dilawat bagi yang merancang untuk melancong ke Terengganu.Sedikit fakta dan keunikan mengenai Muzium Terengganu-Muzium Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai pelbagai tinggalan zaman purba di dalamnya.Alhamdulillah,semalam berkesempatan untuk melawat lagi ke muzium Terengganu ini setelah lebih kurang 2 tahun tak ke sana.Banyak juga perubahan yang berlaku dan kerja-kerja renovate juga dalam proses untuk menambahbaikkan mutu perkhidmatan.





Terdapat banyak galeri-galeri pameran tinggalan sejarah yang korang semua boleh tengok.Reka bentuk muzium yang bagi aku sememangnya unik dan menarik kerana memperlihatkan suasana zaman dulu kala.Untuk membolehkan korang meneroki semua galeri-galeri yang disedianya,ianya mengambil masa berjam-jam.Kali ini aku tak sempat untuk teroka semua galeri disebabkan ada geleri yang diasingkan.Maklumlah bulan puasa,cuaca pulak bukan main lagi panas.Antara galeri yang terdapat di Muzium Terengganu:

  • Galeri tekstil
  • Galeri Diraja
  • Galeri Kraf
  • Galeri Senjata
  • Galeri Sejarah
  • Galeri Petroleum
  • Galeri Islam
  • Galeri Ilmu kejadian
  • Galeri Perdagangan & Pelayaran
  • Galeri Perikanan & Taman Laut





Di luar muzium korang juga dapat tengok pelbagai jenis replika-replika perahu tradisional Terengganu dan kapal-kapal besar macam dalam gambar kat atas.Siap boleh naik dan snap gambar ala-ala jack&rose dalam filim Titanic.Tambahan pulak kapal ni memang menghadap laut(muara).Dan salah datu benda yang menarik korang boleh lihat sendiri batu bersurat yang asli di Muzium Terengganu.Malangnya pihak muzium tidak membenarkan mana-mana pengunjung untuk 'bergambar' dengan barang-barang pameran yang berada di dalam muzium(curi-curi ambik bolehlah tapi tak boleh upload dalam blog.Kena Saman!hihih).