Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Jul 9, 2014

Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT DAUN PEGAGA



Alhamdulillah.Untuk hari ini jom kita sama-sama baca mengenai satu ulam-ulaman yang mungkin kita pernah makan iaitu pegaga.Seperti yang kita tahu, negara kita sememangnya kata dengan hasil semulajadinya.Salah satunya ialah daun pegaga.Nama saintifiknya ialah Hydrocotyle asiatica Linn.Masyarakat melayu telah menjadikan pegaga sebagai ulam-ulaman dan kekal hingga ke hari ini.Disebalik daunnya itu tersembunyi pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

KHASIAT DAUN PEGAGA/HYDROCOTYLE ASIATICA LINN

1] Pegaga dapat menyerikan wajah


  • Rebuskan pegaga dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.
2]Pegaga boleh mengecutkan peranakan
  • Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
3]Pegaga mampu mengubati Sakit Kepala
  • Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.
4] Pegaga mampu mengubati penyakit sengal-sengal badan
  • Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

SUMBER:-
1-www.resepisaya.com/6-khasiat-pegaga/

Apr 27, 2014

Assalamualaikum w.b.t

KESAN NEGATIF ROKOK

Bercakap pasal rokok mesti semua dah tahu keburukkannya tetapi masih ramai yang memandang enteng tentang perkara ini.Adakah kurangnya pendedahan yang diberikan?Atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?Kalau nak diikutkan pendedahan aku yakin dan percaya sebgitu banyak pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak berwajib sampai pada kotak rokok itu sendiri dipaparkan penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok.Hari ini aku tertarik untuk berbicarakan pasal rokok kerana kita yang bukan daripada golongan merokok juga boleh dikategorikan sebagai perokok.Macam mana tu?Secara umumnya perokok dibahagikan kepada dua kumpulan.Yang pertama Perokok tegar merujuk kepada mereka yang telah biasa merokok yang akan menanggung akibatnya sendiri.Yang kedua Perokok pasif merujuk kepada seseorang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghirup asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok tegar.

KENAPA MEROKOK BERBAHAYA?

Mungkin semua dah tahu kenapa rokok itu membahayakan kesihatan.Yang pertama rokok mengandungi Nakotin.Nakotin merupakan sejenis bahan kimia yang terdiri daripada 3 element utama iaitu hydrogen, carbon dan Nitrogen.Bahan-bahan ini boleh menyebabkan seseorang perokok itu ketagih dan membawa kesan yang buruk kepada tubuh badan antara mengeraskan dinding artery.

Rokok juga mengandungi Tar.Tar merupakan sejenis bahan yang boleh melemahkan badan seseorang bilamana bermaharajalela dalam badan seseorang.Antara kesannya ialah, boleh membunuh sel dalam saluran darah dan menyebab kepada berlakunya kanser paru-paru.

Rokok juga mengandungi karbon monoksida.Sejenis gas yang boleh melemahkan paru-paru dan juga penyebab kepada kurangnya oksigen dalam badan seseorang.Karbon monoksida boleh menyebabkan seseorang kekurang oksigen kerana menghalang proses homoglobin untuk membahagikan oksigen kepada bahagian-bahagian dalam badan.Ianya juga boleh menghalang proses penghantaran darah keseruluh anggota badan.

ROKOK SELUDUP


rokok seludup

Masalah serius yang dihadapi sekarang ialah gejala roko seludup.Rokok yang dikatakan lebih bahaya daripada rokok yang sedia ada yang sememangnya berbahaya.Dikatakan rokok seludup ini mengandungi bahan-bahan kimia yang lain seperti najis serangga dan tikus.Boleh cuba baca di---->SINI.Sanggupkah kita membiar bahan-bahan yang berbahaya ini masuk kedalam sistem dalaman badan kita?