Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Aug 12, 2014

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah.Pernah dengar pantang larang ini?Kenapa kita ditegah upload gambar bayi yang baru lahir?Mungkin ada sebabnya yang tersendiri mengapa perbuatan ini ditegah.InshaaAllah hari ini satu perkongsian dengan anda semua mengapa kita ditegah mengupload gambar-gambar bayi yang baru lahir dimana umur mereka kurang daripada 40 hari.Secara mudahnya dalam tempoh pantang seorang ibu yang baru lepas melahirkan bayi mereka.

Menurut apa yang telah aku baca bayi yang baru dilahirkan yang umurnya kurang daripada 40 hari akan berhadapan dengan 4 permasalahan, 2 permasalahan Rohani dan 2 lagi permasalahan fizikal.Permasalah Rohani melibatkan Ummu Sibyan dan al-Ain.Apa maksud semua ini?Ini sekadar perkongsian sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu.

UMMU SIBYAN-MERUJUK KEPADA JIN

Ianya merupakan daripada kalangan jin yang suka mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi yang baru dilahirkan.Oleh sebab inilah Rasulullah saw telah memberi garis panduan kepada umat-umatnya.Dimana Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). “

Selain itu digalakkan juga diazankan secara perlahan setiap kali masuk waktu solat fardu 5 kali pada telinga kanan bayi tersebut.

AL-AIN:PERMASALAHAN ROHANI  

Permasalahan al-Ain ini banyak yang dapat dibincangkan.Kerana ianya juga terkenal dengan sihir tanpa Jin dan ianya mungkin lebih serius berbanding permainan sihir yang lain.Terdapat hadis-hadis yang menyentuh berkaitan al-Ain ini.Antaranya ialah:

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi saw bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim)

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)” (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit yang disebab oleh pengaruh buruk pandangan mata.Ianya disebabkan oleh pandangan yang terlalu taakjub dan pandangan yang disertai dengan sikap iri dan dengki dengan apa yang dilihatnya.Ianya terbahagi kepada 2 jenis:-

1-Ain insi(berunsur manusia)
2-Ain Jinni(berunsur Jin)

Antara kesan yang dapat dilihat daripada kesan permasalahan ini ialah:-

1-Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2- Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SAW) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SAW) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Jun 27, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Anak itu amanah untuk dijaga
Anak sebagai anugerah,amanah dan ujian

Alhamdulillah.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian Alam.Anak,satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambarkan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan.Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan.Hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan penderaan yang melibatkan kanak-kanak.Dari segi penderaan mental,fizikal dan tak kurang juga penderaan seksual.Apa yang menyedihkan penderaan ini ada juga dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.Dimana hilangan Amanah yang dipertanggungjawabkan?

ANAK ANUGERAH KEPADA IBU BAPA

Anak sebagai satu Anugerah
Anak sebagai satu Anugerah

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt.Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya.Mengapa satu anugerah?Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.Firman Allah dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu.Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar."[Surah al-israa' 17:31]
Jadi anugerah pemberian rezeki telah dijanjikan setiap anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini.Bahkan setiap anak yang dilahirkan dibahagi bahagian rezeki mereka masing-masing sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.Sabda Nabi Muhammad saw:

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]
ANAK MENJADI AMANAH KEPADA IBU BAPA

Anak adalah pinjaman daripada Allah swt.Jadi ianya merupakan salah satu amanah yang dipegang oleh ibu bapa sebelum kembali kepada penciptanya.Ibu bapa perlulah mendidik,menyayangi anak-anak dengan penuh perhatian.Bekalan ilmu agama perlulah diterapkan untuk menjadikan 'amanah' ini dapat mengenal penciptanya.Mengikuti segala perkara yang disuruh dan meninggalkan setiap perbuatan buruk yang ditegah oleh Allah swt.Sabda Rasulullah saw:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

ANAK SEBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH


Kelahiran cahaya mata juga merupakan ujian yang besar kepada setiap ibu bapa.Mereka perlulah mendidik anak-anak mereka dengan memberi pendedahan agama yang sempurna.Ini kerana,persekitaran luar mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama apabila memasuki era remaja.Allah berfirman:

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Memiliki anak-anak yang istimewa juga merupakan ujian daripada-Nya.Dugaan yang diberikan untuk melihat sejauh mana kita mampu menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan oleh-Nya itu.Ibu Bapa perlulah memastikan anak-anak menjaga batas-batas yang telah ditetapkan.Contohnya batasan dalam pergaulan dan menutup aurat.InshaaAllah pengakhiran yang baik untuk ibu bapa yang mampu memagang amanah yang dipertanggungjawabkan ini.



Rujukan:

-Al-Quran terjemahan Pustaka Darul Iman [Surah Al-Anfal 8:28][Surah Al-Israa' 17:31]



Jun 22, 2014

Assalamualaikum w.b.t

makanan Rohani
Makanan Rohani untuk mendidik jiwa yang kosong
Kita memang sering disajikan dengan pelbagai jenis,pelbagai rasa makanan untuk fizikal.Namun barang kali kita terlupa untuk memberi servis berupa makanan untuk jiwa yang mungkin dah lama berkarat tanpa sedikit pun disentuh.Bukan hanya makanan fizikal yang mampu meransang akal fikiran tetapi peranan jiwa juga tidak patut direndahkan.Jiwa yang mendidik kita untuk menjadi seorang yang baik.Jadi apa yang sesuai untuk jiwa?Cukupkah dengan sekadar memberi makanan untuk fizikal sahaja?Mungkin ianya mampu untuk memberi kesihatan dan tenaga kepada luaran badan namun bagaimana dalamannya?Jadi ubatnya adalah makanan berupa rohani.Makanan Rohani patut disajikan selari dengan makanan fizikal.Apa itu Rohani?Rohani secara mudahnya merujuk kepada spiritual yang ada dalam jiwa dalaman kita.Jadi apa itu makanan Rohani?

Makanan Rohani memberi gambaran kepada kita berkenaan sesuatu perkara yang mampu melembut jiwa,nafsu dan sebagainya.Ianya merupakan pengisian agama yang mampu menyerap dalam hati dan sanubari kita.Memberi makanan Rohani seperti zikir-zikir,membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu mampu menjadi makanan terbaik untuk jiwa kita supaya tidak menjadi kosong.Ianya ibarat air  yang mampu menyegarkan pokok-pokok daripada menjadi layu.Itulah pentingnya peranan makanan Rohani ini.

INSTITUSI KEKELUARGAAN BERPERANAN MEMBERI SAJIAN ROHANI


Institusi kekeluargaan
Institusi Kekeluargaan berperanan memberi santapan rohani

Institusi kekeluarga berperanan besar memberi pengisian Rohani kepada setiap ahli keluarga.Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik ataupun merangka sesuatu aktiviti yang mampu dimanfaatkan untuk memperkukuhkan lagi nilai Rohani anak-anak.Ini kerana untuk melahirkan modal insan yang baik luaran mahupun dalamannya ianya perlu bermula dari akar umbinya.Jadi setiap ibu bapa berperanan besar untuk menghasilkan sebuah keluarga yang bahagia.Bahagia itu bukan daripada luaran sahaja tetapi dalaman itu sendiri.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Sabda Rasulullah saw:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim).  Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Bukhari)