Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Jun 19, 2018


Novel Sejambak Bakti : Watak  dan Perwatakan (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Watak  dan Perwatakan (Novel Tingkatan 1)
WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
Watak Utama :  Razali
– Anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
– Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan amanah.
– Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.
– Razali suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran.
– Razali sayang dan hormat kepada ibunya. Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.
– Razali bersikap sedia memaafkan. Contohnya ketika Munir meminta maaf kepadanya, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya.
– Razali bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.
WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN
1. Munir
– Munir berasal daripada keluarga yang berada.
– Munir ialah salah seorang ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
– Munir bersikap sombong dan angkuh.
– Munir suka memacu motosikal di jalan raya.
– Munir ialah ahli lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang.
– Munir bersikap pendendam dan iri hati. Contohnya dia cemburu apabila melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi. Bagaimanapun Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali.
2. Mak Sopiah
– Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria.
– Bekas isteri kepada Pak Ramli. Dia telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu semasa Razali baru berumur satu tahun.
– Mak Sopiah bersikap penyayang. Dia sangat sayang akan anaknya Razali. Sebagai contoh, dia sangat membela Razali malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah kandung Razali kepada Razali kerana tidak mahu Razali meninggalkannya.
– Mak Sopiah seorang yang mesra. Contohnya dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka.
3. Cikgu Zulkifli
– Cikgu Zulkifli ialah guru yang bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah.
– Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa memberikan perhatian dan bantuan untuk memajukan kegiatan koperasi sekolah.
– Cikgu Zulkifli ialah seorang guru yang dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan perniagaan kedai koperasi dan projek ternakan ayam telur di sekolah itu.
– Cikgu Zulkifli ialah seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajar. Contohnya dia sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam koperasi sekolah.
4. Cikgu Syamsudin
– Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
– Cikgu Syamsudin bersikap tegas dan sentiasa mengambil berat akan disiplin pelajar. Oleh itu beliau sanggup mengambil keputusan untuk merotan dan merotan di hadapan perhimpunan pelajar terhadap   Munir yang sering melanggar peraturan sekolah. Beliau berbuat demikian demi meningkatkan disiplin pelajar.
– Cikgu Syamsudin sentiasa prihatin terhadap kokurikulum pelajar. Contohnya, beliau memberikan sokongan yang sepenuh terhadap kegiatan koperasi sekolah dan penyertaan Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
5. Pak Zakaria
– Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah.
– Pak Zakaria bersikap prejudis. Contohnya, dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap sombong dan angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain. Apabila diberitahu oleh Munir dan Leong, Pak Zakaria terus mempercayai kata-kata mereka, iaitu Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang di dalam kedai koperasi itu. Tanpa usul periksa, Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah.
– Pak Zakaria bersifat pemaaf. Dia terus memaafkan Munir apabila Munir meminta maaf atas kesalahannya yang memfitnah Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas.
6. Ramlah
– Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah memikat hati Munir. –
– Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.
– Ramlah ialah seorang pelajar yang suka membantu orang. Contohnya dia telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah.
– Ramlah ialah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat mengulang kaji pelajaran yang tidak difahami.
– Ramlah bersikap setia kawan. Contohnya dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.



Novel Sejambak Bakti : Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1) 
PENGAJARAN :
1.  Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang
  • contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan tentang ayahnya.
2. Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama ketika melakukan sesuatu pekerjaan
  • contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan. Di samping itu kita sewajarnya bersikap baik hati terhadap orang lain, contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.
3.Kita hendaklah bersikap rasional dalam bertindak
  • contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.





Novel Sejambak Bakti : Nilai Murni (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1) 
NILAI MURNI :         
1. Kasih sayang
  • contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan tentang ayahnya.
2. Kerjasama
  • contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan.
  1. Baik hati
  • contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.
  1. Rasional
  • contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.






LATAR TEMPAT :     
1. Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
  • iaitu sebuah bilik yang menjual beraneka barang untuk kegunaan murid. Di tempat itulah Razali dan rakan-rakan bertugas menjaga dan menguruskan kedai sehinggalah koperasi tersebut terpilih sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.
2. Rumah di pinggir sawah
  • iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.
3. Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya
  • iaitu sebuah tempat yang dikunjungi oleh Razali selama seminggu untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan koperasi.
4. Sebuah pondok di tengah sawah
  • iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh Razali untuk mengulang kaji pelajaran secara sendirian atau bersama dengan rakan-rakannya.
LATAR MASA
  1. Masa Pagi
– Ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli.
– Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu.
– Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu pagi.
  1. Masa Petang
– Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah.
– Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong.
  1. Masa Malam 
Satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang.

Baca Pautan Lain:



Assalamualaikum w.b.t


Novel Sejambak Bakti : Tema dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)
TEMA :
Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah. Hal in dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha. Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.
PERSOALAN :
1. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja
  • contoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
2. Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal
  • contohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.
3. Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi
  • contohnya Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah kandungnya yang sebenar.
4. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja
  • contohnya Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.
Dwonload : Tema dan Persoalan Novel Sejambak Bakti 

Baca Pautan Lain:

  • Tema dan Persoalan
  • Latar Tempat | Latar Tempat | Latar Masyarakat
  • Nilai Murni
  • Pengajaran
  • Sinopsis mengikut Bab [Bab 1 - Bab 26]
  • Watak dan Perwatakan
  • Sinopsis

Credit to : https://www.usahapadu.com/novel-sejambak-bakti-tema-persoalan-latar-tempat-novel-bahasa-melayu-tingkatan-1/



Permulaan cerita menggambarkan keadaan fizikal Sekolah Menengah Seri Kayangan yang disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah di dalam kawasan yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok bunga. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha mengemukakan usul.
Yang pertama ialah melatih ahli-ahli koperasi untuk memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Yang kedua ialah koperasi dicadangkan menjual makanan dan barang- barang keperluan untuk kemudahan ahi-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Yang ketiga ialah menubuhkan bilik bacaan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan usul yang dikemukakan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama dalam pertandingan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira.
DOWNLOAD SINOPSIS : SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1
Baca Pautan Lain:
  • Tema dan Persoalan
  • Latar Tempat | Latar Tempat | Latar Masyarakat
  • Nilai Murni
  • Pengajaran
  • Sinopsis mengikut Bab [Bab 1 - Bab 26]
  • Watak dan Perwatakan
  • Sinopsis


Feb 19, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Perbezaan Antara Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6 (Pra-Universiti)


Sedikit perkongsian dengan adik-adik sekalian. Memandangkan keputusan SPM bakal diketahuan dalam masa terdekat, mungkin ada yang keliru untuk menyambung pelajaran di peringkat Asasi, Matrikulasi, dan tingkatan 6 (PraU). Mana yang terbaik untuk korang pilih sebelum melangkah ke peringkat seterus. Entri ini bukan untuk membanding mana-mana Institusi kerana belajar di mana-mana adalah sama. Yang membezakan hanyalah semangat kita untuk belajar. 

PUSAT ASASI

Biasanya dikendalikan di bawah universiti awam/swasta. Apa yang menarik mengenai program Asasi, pelajarnya sudah bernaung di bawah Universiti tersebut. Senang kata, sebelah kaki dah confirm ke universit tersebut. Antara Universiti awam yang memilik program Asasi meraka adalah:

1- Universiti Malaya (UM)
2- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3- Universiti Putra Malaysia (UPM)
4- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Yuran untuk setiap sem mengikut universiti masing-masing. Tempoh pembelajaran pula, ada 1 tahun, 1 setengah tahun dan paling lama 2 tahun. Biasanya, setiap semester kementerian Pelajaran Tinggi akan memperuntukkan elaun sebanyak RM1,250. Dan setiap Sem tempoh masa 4-5 bulan. Yuran pengajian dan penginapan bergantung kepada universiti masing-masing. Syarat-syarat kelayakan akan diambil kira berdasarkan keputusan SPM. 

Bermula tahun 2016, sijil Asasi telah diiktiraf untuk memohon perkerjaan di dalam negara.


Program Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta. 

Biasanya tempoh pembelajaran ini Matrikulasi terbahagi kepada dua; satu tahun dan 2 tahun. 

Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakauanan dan Jurusan Meknikal. Berkenaan dengan yuran pengajian.

Jurusan Sains
  1. Program Satu Tahun : RM580
  2. Kolej MARA : RM500
  3. Program Dua Tahun : RM580
Jurusan Perakaunan
  1. Program Satu Tahun : RM530
  2. Kolej MARA : RM500
Aliran Teknikal
  • Program Satu Tahun : RM580

Mereka yang berjaya score berpeluang cerah untuk memohon course yang diminati, akan tetapi pelajar yang 'sederhana' berkemungkinan sukar untuk mendapatkan course yang diminati biasanya disebut 'dilelong'.

Program Tingkatan 6 (Pra-Universiti)

Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan perlu memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik. Pelajar tidak perlu memohon. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh membuarayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh KPM. Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan. 


Kelebihan Tingkatan 6


Berikut diantara kelebihan memasuki Tingkatan 6 :- 
  • Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Ada yang berpendapat, pelajar tingkatan 6 mudah diterima masuk ke universiti awam berbanding dengan Matrikulasi.

Feb 9, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Aug 27, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Berikut beberapa Poster Hari Kemerdekaan 2016 yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti mewarna sempena Bulan Kemerdekaan ini. Seperti yang sedia maklum, rasanya tak lengkap jika aktiviti melukis dan mewarna tidak dipertandingkan. Jadi di bawah merupakan contoh poster yang boleh digunakan oleh guru-guru mahupun agensi-agensi luar sebagai bahan pertandingan.

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Ini merupakan beberapa contoh poster kemerdekaan untuk pertandingan mewarna.Jadi, bagi memudahkan anda semua, download poster di atas pada pautan di bawah. Download Poster Mewarna Hari Kemerdekaan 2016.

Jul 24, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Soalan Lazim Temuduga Penolong Jurutera Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Sedikit perkongsian dengan sahabat sekalian khas untuk kalian yang bakal menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Jurutera SPA. Aku berkesempatan teman seorang kawan yang menghadiri temuduga Penolong Jurutera SPA. Jadi, alang-alang dah ikut aku tanyalah soalan apa yang ditanya oleh penemuduga. Sebelum tu, nk share sikit, lama tak kita di interview?? Apa yang aku perhatikan, minimum masa yang diambil calon dalam 15minit. Ada juga lebih 30minit dalam bilik interview tu. Jadi, ianya bergantung pada korang semua. Kalau yang jenis banyak cakap memang lama lah. Kalau jenis sepatah penemuduga tanya, sepatah dia jawab memang kurang daripada 15minit. 

  • Penemuduga suruh kenalkan diri : Jadi korang kenalkan diri korang. Ceritalah latar belakang korang dan masukkan terus pengalaman yang korang ada.
  • Untuk kawan aku, masa SPM dia ada memohon jawatan Pembantu perubatan. Dan penemuduga tu tanya, "boleh ke masuk dalam bidang kejuruteraan sebab tengok daripada list permohonan ni awak banyak minta dalam bidang perubatan? " Biasanya, akan ada seorang wakil daripada SPA sendiri yang menemuduga calon. Jadi, segala maklumat yang korang apply akan ada dalam tangan wakil ni. Jadi pandai-pandailah korang jawab.
  • Seterusnya, soalan perkaitan dengan pengalaman korang. Contohnya, korang tulis kat Resume selalu handle projek pembinaan jalan raya. Jadi, berkemungkinan penemuduga akan tanya pasal jenis-jenis premix jalan etc. Jadi, pastikan korang bersedia menjawab soalan sebegini.
  • Last, sebelum sesi interview tu tamat, korang akan diberi peluang untuk tanyakan sebarang soalan. Jadi, korang bolehlah sediakan soalan-soalan yang korang nak tanya. Jangan dibiarkan tak bertanya.
Ini antara soalan yang ditanya kepada kawan aku. Pastikan korang betul-betul prepare untuk soalan yang mungkin diluar jangkaan korang. Korang boleh baca Tips dan Panduan Temuduga ni. Akhir kata, selamat maju jaya! ^^

Jul 17, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Permohonan Zakat Maidam Untuk Anak Terengganu 2016


Beritu baik untuk anak-anak Terengganu yang masih belajar di mana-mana IPT dalam negara. Alhamdulillah, pihak MAIDAM Terengganu membuka peluang untuk anak-anak Terengganu dalam sumber kewangan unuk membantu meringankan kos pengajian Khas untuk anak-anak Terengganu. Berikut adalah syarat-syarat memboleh seseorang itu memohon Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM.

SYARAT UNTUK DIPLOMA DAN DEGREE


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu Melebihi 3 Tahun
  • Boleh memohon walaupun mempunyai pinjaman atau pembiayaan
  • Pointer GPA semester pertama (Tahun Semasa) 2.5 ke atas
  • Tiada sumber pendapatan/tidak bekerja. 

SYARAT UNTUK SIJIL/MASTER/PHD


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu melebihi 3 Tahun
  • Tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/Mybrain
  • Tiada sumber pendapatan/Tidak bekerja 

Permohonan Zakat MAIDAM untuk pelajar IPT

  • Tempoh permohonan : 15 Julai-31 Ogos 2016
  • Permohonan perlu di hantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing
  • Cara untuk memohon : Maidam Terengganu



Jul 16, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Contoh Soalan Bahasa Melayu PT3 Seluruh Negeri 2016 [Download]


Khas untuk adik-adik yang bakal berdepan dengan Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Berikut adalah contoh Soalan Percubaan PT3 bagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Semoga Bahan ini mampu membantu anda semua untuk mencapai keputusan cemerlang. Selamat maju jaya.