Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Apr 22, 2016

Apr 19, 2016


Assalamualaikum w.b.t

3 Soalan

Sebelum melakukan sesuatu perkara, tanya tiga soalan kepada diri sendiri:

  1. Adakah niat aku baik?
  2. Adakah cara yang aku lakukan betul dan Allah reda?
  3. Adakah hasil tindakan aku ini baik?
Kalau  jawapannya positif, bertindaklah dengan ikhlas dan lakukan sehabis baik. 


Feb 12, 2016


Assalamualaikum w.b.t

SATU HARI SATU SUNNAH



Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Ucapan salam dihulurkan buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, buat sahabat Baginda dan kaum keluarga Baginda saw. InshaaAllah untuk yang seterusnya seperti yang dicatat pada tajuk entri ini "satu Hari satu Sunnah". Aku akan cuba untuk merealisasikan dengan berkongsi sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw untuk menjadi ikutan kita semua. Moga ianya dipermudahkan oleh Yang Maha Berkuasa. 

Jan 14, 2016

Assalamualaikum w.b.t

KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP
KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP 

Isu jenayah rokok seludup ni rasanya dah lama berpanjangan. Pelbagai cara nak cegah telah dipergiatan oleh pihak-pihak berwajib untuk membendung gejala ini. Bagi aku sendiri rokok seludup ni kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita hari ini lebih-lebih lagi dengan pengumuman yang telah dibuat iaitu kenaikkan harga rokok "halal" yang jauh lebih murah. Kekadang aku sendiri pun terfikir dengan pengharaman rokok seludup tapi bila difikirkan sejenak macam mana pula status rokok yang "Halal" dibeli ini. Malas nak kupas panjang pasal isu ini kerana ianya diluar bidang kuasa aku.

Tertarik dengan artikel kesan buruk rokok seludup ni. Jadi terdetik nak kongsikan dengan kalian semua. Semoga bermanfaat. Manalah tahu ada perokok seludup tegar membaca artikel ni. 

KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP
1. Remaja dan golongan muda lebih mudah terjebak dalam gejala merokok disebabkan harga rokok seludup yang lebih murah

Seperti yang aku katakan, harga rokok seludup ni jauh lebih murah. Dan tak salah untuk kita katakan harga mampu milik. Dengan faktor ni lebih ramai golongan muda yang akan terpengaruh untuk menjadi perokok tegar. Akhirnya lebih ramailah perokok yang dilahirkan di negara kebanggaan kita ini.

2.Rasuah dan korupsi semakin berleluasa, dari peringkat rakyat jelata sehingga ke pegawai penguatkuasa.

Di samping itu, pertumbuhan rangkaian penyeludupan ini meningkatkan gejala rasuah dalam negara, kedua-dua di kalangan rakyat yang membeli rokok diblack market dan di kalangan pegawai-pegawai awam yang memudahkan aktiviti undergroundKehadiran rangkaian jenayah terancang di pasaran juga boleh meletakkan tekanan tambahan ke atas pengedar dan peruncit sah, mengurangkan keuntungan, sekaligus mendorong mereka untuk menyertai dalam pasaran gelap.Jelas sekali perkara ini tidak akan berlaku jika tiada amalan rasuah dijalankan oleh pegawai-pegawai di agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Ramai yang sedar perkara sebegini terjadi tapi masing-masing tidak mengambil tindakan.





Oct 11, 2015

Assalamualaikum w.b.t


KUNCI MASJID JALAN TERBAIK?



Terpanggil untuk berkongsi buah fikiran dan pendapat bilamana membaca satu entri yang ditulis oleh Kak Aiza(Pencuri punya pasal). Bila dilihat hari ini, kes-kes kehilangan tabung masjid, masjid dipecah masuk pencuri tidak lekang menjadi topik-topik perbualan dalam kalangan masyarakat kita. Hingga aku dan mungkin korang juga terfikir, tidak takutkah golongan-golongan sebegitu hinggakan dalam masjid sanggup mencuri? Memang betul, bia hati dah diselubungi titik-titik hitam perasaan takut tu berubah menjadi satu kegembiraan dalam hati.

Baiklah, berbalik pasal tajuk aku hari ini, kunci masjid jalan terbaik? Apa yang korang fikir? Ini adalah pendapat aku, mungkin setiap orang lain pendapat. Seperti yang kita sedia maklum, masjid ni salah satu pusat kemasyarakatan. Setiap orang yang hadir, mungkin mempunyai tujuan yang berbeza. Ada yang datang untuk menunaikan kewajipan lima waktu. Ada yang sekadar untuk bertafakkur kepada Allah dengan merendahkan dan menyerahkan diri hanya untuk Allah. Jadi pendapat aku, tindakkan mengunci pintu masjid setiap kali selesai solat fardu adalah tidak patut. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mengelak kes-kes kecurian. Bila difikirkan, hanya kerana takut duit/tabung hilang fungsi masjid dalam Islam itu juga lenyap bersama-sama. 

Jadi, bagi aku; mungkin AJK masjid kat sesebuah tempat patut juga fikirkan jalan lain berbanding mengunci pintu pagar masjid. Pencuri ni kalau diorang nak mencuri, pagar pun sanggup dipanjat. Apa yang aku fikirkan, tabung bergerak patut diperkenalkan. Dalam kata mudah, tabung boleh diangkat dengan senang-senang. Bila selesai waktu solat, AJK masjid nilah yang berperanan simpan tabung tu elok-elok. Jangan dibiarlah diam dalam masjid. Lagi? Mungkin untuk tabung utama masjid, duit derma bolehlah diambil terus. Tak payah simpan lama-lama dalam tu. Yang selebihnya, berserahlah pada Allah. Moga pencuri-pencuri tabung masjid ni mendapat hidayah daripada-Nya. 


Oct 10, 2015

Assalamualaikum w.b.t

OUR APPLE TREE

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, and took a nap under the shadow.

He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by, the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.
One day, the boy came back to the tree and he looked sad.
“Come and play with me”, the tree asked the boy.
“I am no longer a kid, I do not play around trees any more” the boy replied.
“I want toys. I need money to buy them.”
“Sorry, but I do not have money, but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.”
The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.
One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited.
“Come and play with me” the tree said.
“I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?”
“Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.
One hot summer day, the man returned and the tree was delighted.
“Come and play with me!” the tree said.
“I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man.
“Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.”
So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.
Finally, the man returned after many years. “Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you”, the tree said. “No problem, I do not have any teeth to bite” the
man replied.

“No more trunk for you to climb on.” “I am too old for that now” the man said. “I really cannot give you anything, the only thing left is my dying roots,” the tree said with tears.
“I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years,” the man replied.
“Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, come sit down with me and rest.” The man sat down and the tree was glad and smiled with tєαяs.
This is a story of everyone. The tree is like our parents. When we were young, we loved to play with our Mum and Dad. When we grow up, we leave them; only come to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could just to make you happy.
You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted; we don’t appreciate all they do for us, until it’s too late.
~ Moral:
Treat your parents with loving care…. For you will know their value, when you see their empty chair…We never know the love of our parents for us; till we have become parents 

Sep 30, 2015

Assalamualaikum w.b.t


MENGAPA ALLAH MENGUJI MANUSIA?



Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita "Mengapa engkau berikan ujian ini Ya Allah?" bilamana mendapat dugaan yang dirasa tak tertanggung oleh badan. Mulut sentiasa ringan untuk mengeluh panjang. Terasa lemahnya diri. Ada yang lebih dasyat apabila menyalahkan takdir Allah kerana menghantar dugaan tersebut tanpa memikirkan hikmah disebalik musibah melanda. Apa yang pasti, perlu sama-sama kita ingat bahawa setiap musibah yang melanda itu bakal digantikan dengan baris-baris pelangi yang indah. Pernahkah kita memikirkan mengapa Allah menghantar ujian kepada kita?

Langit tak selalu cerah, pasti akan ada hari mendungnya. Tetapi disebalik mendung itu berakhir dengan titisan rahmat yang tidak terhenti untuk sekalian makhluk. Begitu juga ujian yang diberikan oleh Yang Maha Pencipta untuk hamba-hambanya. kita diuji kerana kita adalah orang yang terpilih. Terpilih untuk menjadi orang yang disayangi Allah. Macam mana? Dengan adanya sikap sabar dalam diri. Sesungguhnya, Allah menyayangi orang yang bersabar. 


وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ ......
Dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersabar.
[Surah Ali imran 3:146]

Itulah manisnya bersabar. Bertapa beruntung orang yang menerima ujian dan memujuk hati bersabar untuk menerima takdir yang telah tertulis. Hasil daripada sikap sabar kita inilah Allah memberi ganjaran yang tidak terhingga. Subhanallah, Maha Suci Tuhan sekalian Alam. Jadi bersama-samalah kita memuhasabah diri, belajar menyemai benih kesabaran dalam hati. Tukarkan hati yang kering kontang dengan membasahkannya walaupun dengan secebis kesabaran. InshaaAllah akan memperoleh kejayaan. Dan ingatlah potongan ayat al-quran yang tercatat dalam surah al-baqarah ayat 286. Maksudnya:

".... Allah tidak membebani Seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Surah al-baqarah 1:286]

Sep 23, 2015

Assalamualaikum w.b.t



IY art

Bila mood study kelaut, terfikir nak buat sesuatu yang meringan otak untuk berfikir. Adakalanya, bab-bab study kena letak tepi dulu untuk memberi ruang kepada otak untuk berehat setelah berpenat lelah membanting keringat untuk berfikir. Itulah aku. Prinsip aku senang, mood study kelaut carilah sesuatu perkara yang aku suka. Kalau memang takde idea langsung; the good decision is taking a sleep. Settle.

IY art


Jadi, hari ini terhasillah art yang merapu ciptaan aku sendiri. Walaupun tak berbakat, melukis adalah salah satu hobi aku. Tapi sejak masuk alam universiti hobi ni kian terpinggir. Dulu time sekolah rendah selalu juga dapat nombor satu bilamana pihak sekolah menganjurkan pertandingan melukis poster. Tapi setakat juara kampung jelah. Bagi aku sendiri, melukis salah satu medium untuk korang meluahkan permasalahan dalam hidup. Luahkan dalam bentuk sebuah lukisan. 

Aug 19, 2015

Assalamualaikum w.b.t


SINDIKET PENCULIKAN KANAK-KANAK SEMAKIN BERLELUASA



Dunia hari ini semakin membimbangkan kita. Sekarang depan rumah kita sendiri pun kena sentiasa pantau pergerakkan anak-anak terutamanya mereka yang masih berada di peringkat sekolah rendah. Walaupun kita belum lagi berumah tangga, aspek ini keselamatan ini perlu kita titikberatkan samaada untuk adik,saudara-mara mahupun budak-budak sekampung. Pernah menjadi viral di Facebook bilamana seorang kanak-kanak hampir diculik semasa membuang sampah di depan rumahnya. Nasiblah gate rumah mangsa beroperasi secara automatik mampu menghalang daripada diculik.

Tadi  mak aku cakap rakan sekerjanya ada kasi tahu sebuah van putih yang berdaftar dengan nombor plat siam (Thailand) sibuk jalankan operasi penculikan kanak-kanak. Mungkin mahu di seludup ke thailand untuk sindiket penjualan organ. Nauzubillah. Moga keluarga kita dan seluruh masyarakat kita dilindungi. Jadi ibu bapa selalulah pantau kanak-kanak anda. Jangan biarkan mereka sorang-sorang pergi ke kedai mahupun kemana saja. Biarlah ada orang dewasa yang menjadi peneman. Terutamanya masa tamat sesi persekolahan. Jangan biarlah anak-anak anda tunggu terlalu lama dan sentiasalah berada di dalam kawasan sekolah semasa menunggu ibu bapa.


MASYARAKAT PERLU LEBIH PRIHATIN

MASYARAKAT PRIHATIN

Masyarakat juga perlulah memainkan peranan mereka semua. Jadilah masyarakat prihatin. Sentiasalah berkerjasama dengan pihak-pihak berwajib dengan menyalurkan sebarang maklumat bagi membendung permasalahan ini. Sentiasalah peka dengan kanak-kanak sekeliling kita. Sayangi dan kasihi mereka kerana mereka berhak untuk hidup dalam keadaan aman.

p/s: Sekali lagi, ibu bapa kat luar sana, jika anda membaca ambillah langkah yang drastik untuk membendung kejadian yang tak diingini ini. Moga kita dilindungi. Amin.


Aug 3, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin tidak asing bagi kita gejala generasi menunduk ini. Dan adakah kita sebahagian daripada golongan generasi menunduk?? Memang tidak dapat dinafikan perkembangan dunia dalam bidang teknologi membuat sesuatu tamadun itu berkembang maju. Namun, kegagalan kita mengawal teknologi ini mampu memberi kesan kepada diri sendiri. Generasi Menunduk ini lahir daripada perkembangan kecanggihan penggunaan telefon bimbit dalam bahasa mudahnya handset. Tidak dapat dinafikan pengguna gadget ini adalah sesuatu yang penting untuk mengikut perkembangan-perkembangan terkini. Namun disebabkan terlalu terikut dengan kecanggihan dan kemudahan yang disediakan kita secara tidak langsung termasuk dalam golongan generasi menunduk.

Bila diperhatikan golongan ini bukan sahaja daripada kalangan remaja, malahan golongan dewasa dan mereka yang berusia juga termasuk dalam golongan generasi menunduk. Bilamana seusia 2 tahun pendedahan penggunaan handset dipraktikkan oleh ibu bapa. Hasilnya bertambahlah generasi menunduk. Bila diimbau kembali zaman dahulu kanak-kanak sibuk bermain diluar rumah bersama kawan-kawan namun era masa kini cukuplah handset menjadi peneman mereka. Dengan pelbagai aplikasi yang diperkenalkan, kebanjiran generasi menunduk semakin meluaskan kuasa di serata dunia.

KEWUJUDAN GENERASI MENUNDUK MAMPU MERUNTUHKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN??


Satu persoalan yang patut dijawab. Adakah kewujudan generasi menunduk ini mampu meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan? Bilamana ahli keluarga sudah tidak semeja. Masa makan bersama keluarga digunakan untuk menghadap handset bertujuan melayari mana-mana laman sosial. Tiada lagi perbualan antara ahli keluarga. Mungkin tidak mustahil suatu hari nanti perbualan akan berlaku melalu telefon pintar. Jadi dimanakah utuhnya sebuah institusi kekeluargaan itu?

PENDAPAT PENULIS BERKAITAN "GENERASI MENUNDUK"

Sememangnya tidak dapat disangkal kewujudan teknologi telefon pintar amatlah penting untuk kegunaan manusia. Tetapi perlu dihadkan penggunaannya. Setiap orang patut membezakan kepentingan dan tidak terlebih sehingga melampaui batas. Ibu bapa juga berperanan bagi menyingkirkan budaya melahirkan generasi menunduk. Jangan terlalu memberi pendedahan awal kepada anak-anak kecil untuk termasuk dalam golongan sebegini. Kata orang biarlah ketinggalan zaman jangan sampai kita tertinggal dibelakang oleh mereka kelak. 

Aug 2, 2015

Assalamualaikum w.b.t





Mungkin tak salah untuk dikatakan amalan merokok menjadi suatu kebiasaan oleh masyarakat dunia begitu juga negara kita. Tanpa kita sedari masyarakat negara kita sendiri semakin mencabar kedudukkan di mata dunia bukan dalam arena sukan mahupun pendidikan tetapi dalam jumlah penggunaan rokok dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mungkin ada yang berpendapat dengan adanya peningkatan pada harga rokok mampu memberi nafas baru untuk kurangkan sikap ketagihan rokok dalam kalangan masyarakat. Tapi, kebanjiran rokok-rokok seludup mula mendapat tempat dalam hati perokok untuk melepaskan gian. Menurut statistik dikeluarkan seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari di Malaysia. Dan pada tahun 2011 dianggarkan terdapat 4.7 juta orang perokok berbanding 3.1 juta pada tahun 2007. Apabila dicongak dalam masa empat tahun berlaku penambahan sebanyak 1.6 juta. Ini baru tahun 2011, macam mana 2015. Mungkin boleh kita bayang sendiri.



Apa yang mengejutkan, bilangan perokok remaja kian bertambah parah dan dijangkakan bertambah pada setiap tahun. Mengikut satu statistik yang diperoleh daripada The Tobacco Atlas, 36.3 peratus remaja lelaki dan 4.2 peratus remaja perempuan Malaysia yang berusia antara 13-15 tahun adalah perokok. Mungkin lebih ramai generasi perokok bakal dilahirkan dalam negara kita. Mungkin susah untuk menghalang daripada pertambahan bilangan perokok tetapi bagi aku sendiri pendedahan daripada ibu bapa itu penting. Ada segenlintir bapa bersenang hati merokok depan anak-anak tanpa memikir kesannya kelak. Aspek memilih kawan juga penting. Pergaulan anak-anak perlulah sentiasa dipantau. Bukan tindakkan mengongkong pergerakkan tetapi cukup tahu dengan siapa mereka berkawan. Sebabnya, Sebahagian besar perokok yang mula berjinak dengan rokok adalah purata umur 19 tahun.

MENTALITI MASYARAKAT PERLU DIUBAH??

Aspek mentaliti masyarakat perlu diubah? Bukan senang untuk diubahkan. Bila tempat zon bebas merokok mahu diwartakan bermacam-macam alasan diberikan. Merokok untuk menghilangkan mengantuk. Apa-apa pun alasan yang diberikan jangan sampai merokok menganggu orang lain dengan hembusan asap yang beracun itu.

SUMBER: Statistik moral remaja -Harian Metro

Jul 30, 2015

Assalamualaikum w.b.t



Satu hari, aku berlari anak ke arah mak,
Sambil tangan melambai dan mulut laju memanggil mak,
Satu perasaan yang muncul 'BAHAGIA',

"Mok pokok epa ni buleh tanang ke dok?"
Siap gali tanah sambil letak biji epal tersebut,
"Tanang lah,kot-kot nok tumboh"
Semangat, "BAHAGIA" terasa.

Itulah, Bahagia ini sangat luas,
Cuma kita perlu kenal apa itu bahagia,
Tak semua orang menghargai bahagia,
Mungkin apabila derita mereka rindu akan BAHAGIA.


Jul 29, 2015

Assalamualaikum w.b.t





Pernah kesusahan, kekecewaan melanda diri korang? Rasa macam dunia nak berputar 360 darjah. Bila percintaan putus dipertengahan jalan rasa hidup dah takde makna. Mulalah hati berbisik "Baik mati lebih senang". Senang benar hati berbicara. Hakikatnya tahukan kita macam mana mati itu. Cukupkah bekalan amal yang akan dibawa. Itulah kita bila satu masalah yang datang macam-macam idea dan hasutan jahat yang diterima oleh hati. Tapi pernah tak kita terfikir, "mengapa aku tak cari hikmah dalam kepayahan, penderitaan dan kekecewaan itu?". Sebabnya hidup ini satu anugerah untuk kita, tempat untuk menanam sebanyak mana pokok bagi mendapat dan memungut hasil kelak.

Hikmah itu senang konsepnya. Bila dalam diri dah ditanam kemas-kemas setiap yang berlaku ada sebab mengapa ianya berlaku. Mungkin adakala kita memang mudah naik hantu, terlalu beremosi sehingga konsep untuk mencari hikmah ini kita lupanya. Sebabnya kita lalai dari mengingat kita hanya seorang manusia. Kita cuma merancang dan hanya Allah yang menentukannya. Perancangan Allah itu teliti dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Dalam al-quran ada menyebut:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Itulah kasihnya Allah akan hamba-hambaNya. Setiap beban,kepayahan yang kita dapat itu mampu untuk kita hadapinya. Tapi bila diri dah lalai dari mengingati tuhan yang satu, akal tak akan dapat berfikir dengan rasional. Rasa, diri kita yang paling malang. Jiwa berkata macam mana nak hadap semua benda ini. Susah, hati gundah. Mengapa? Sebabya, kita lupa untuk meminta pertolongan dari Allah. 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kata kuncinya mudah. Berbalik kembali kepada landasan yang betul. Cari hikmah pada setiap yang berlaku. Susah-senang kita jangan lupa untuk kita kembali kepada Allah iaitu Tuhan Yang Maha Perkasa. Kerana Dialah tempat kita berharap dan bergantung. Dinyatakan dalam al-Quran:

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Jul 10, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Pernah korang baca mana-mana artikel mengenai ayat kat atas,
Subhanallah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,
 walaupun sebelum pernah aku alaminya sendiri pengalaman ini,
Sudah cukup membaca kisah-kisah mereka diluar sana bagaimana mencurahnya rezeki yang datang, Itulah hebat Tuhan Yang Maha Esa,
Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya,

Sedikit perkongsian untuk hari ini. Doa untuk dilapangkan rezeki oleh Allah kepada kita semua. Berdoalah dan berharaplah kepada Allah kerna dia sebaik-baik tempat kembali. Subhanallah.



Sebuah renungan ini aku tinggalkan kepada korang semua. Betulkan jika aku salah:


Aku pernah mendengar, kita berdoa bukan meminta kepada keajaiban mana-mana ayat maksud aku di sini bukanlah ayat itu yang memberi sesuatu keajaiban kepda kita, Tapi bersandarkan doa itu kepada Allah s.w.t kerana dialah yang menurunkan dan memberi sesuatu itu. Analogi yang mudah, pernah korang menggantung mana-mana ayat Al-Quran dengan harapan ayat tu dapat melindungi korang semua. Itulah salahnya konsep kita. Perlindungan hanyalah diminta dan dirayu pada Allah. Dan sesuatu ayat dari Al-Quran itu salah satu bentuk doa kepada Allah. Sebenarnya banyak konsep yang masyarakat pada hari ini mereka sendiri tidak betul-betul fahami. Ada juga yang bertemu ustaz untuk mengubati sesuatu penyakit. Bila diberi mana-mana ayat dalam Al-Quran mereka amal dengan harapan ayat tersebut dapat pulihkan mereka. Sedangkan Solat entah kemana. Yang wajib tak dilakukan. Mereka hanya percaya dengan ayat tersebut dan tanpa berharap kepada Allah.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini: Beramal dengan sesuatu doa adalah sesuatu yang baik. Tapi betulkan niat kita semua, bukan ayat tersebut yang memberikan kita rezeki, memberi perlindungan tetapi Allah yang memberi kita semua itu dengan dizahirkan melalui doakan dan ayat-ayat dari Al-Quran. Betulkan jika aku salah.




Jun 22, 2015

Assalamualaikum w.b.t




InshaaAllah Sedikit peringatan untuk dijadikan renungan kepada diri dan pembaca sekalian. Seperti yang kita semua ketahui, Hati adalah satu element yang tersangatlah penting untuk kita jaga daripada setiap virus yang menyerang. Jika baik Hati seseorang maka baiklah setiap perlakuannya dan jika busuk hati seseorang maka busuklah jua setiap perbuatannya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Dosa itu adalah sesuatu yang mendatangkan resah dalam hati.

Jadi hari ini ingin dikongsikan bersama dengan kalian semua Peringkat Dosa yang Merosakkan Hati. Mungkin kita sebelum ini sukar untuk menjaga hati. Jadi ketahui bagaimana virus dosa itu mampu melumpuhkan hati kita semua.

  1. Rasa bersalah dengan dosa
  • Secara fitrah apabila kita melakukan dosa buat kali pertama, terasa gesah,gelisah dan bersalah melanda hati. Kita seolah-olah berperang dengan diri kita sendiri. Rasa menyesal timbul menebal dalam hati. Pada peringkat ini kita masih sedar untuk berubah mencari jalan yang lurus kerna masih ada iman dalam diri. 

   2. Rasa biasa dengan Dosa
  • Apabila dosa yang dilakukan diulang lagi, kita akan rasa biasa dengan dosa tersebut. Rasa bersalah itu beransur-ansur hilang menyebabkan tiada lagi sekumit bersalah bila dosa dilakukan. Seterus-menerus menjadi tabiat dalam diri jika tidak diubati.
   3. Rasa seronok dengan Dosa
  • Jika peringkat kedua tidak terus diubati, mulai kita akan rasa seronok dengan melakukan dosa tersebut. Dosa itu racun yang manisnya digambarkan diluar tapi hakikat membusuk di dalam. Rasa ketagih melakukan dosa dan sentiasa berikhtiar dan berusaha untuk melakukan dosa tersebut. 
   4. Jadi pembela kepada dosa
  • Bila melepasi peringkat ketiga, seseorang itu terasa seolah-olah janggal bila sehari tidak melakukan dosa tersebut. Si pendosa akan berusaha untuk 'mempromosikan' dosa ini kepada yang lain dengan meletakkan kemanisan dan kesedapan sementara. Bila datang seseorang menegur, si pembela dosa ini akan bermatian-matian memangkah kebenaran. Pada tahap ini hati menjadi kelam, tiada lagi kebenaran yang diterima.

REFLEKSI DIRI UNTUK KITA SEMUA

Sentiasalah kita menjaga hati daripada dikotori dengan hasutan dan bisikan syaitan. Sesungguhnya, hati ini amanah yang perlu kita jaga. Sentiasa rajin memohon untuk ditenteramkan hati ini daripada permasalahan dosa. Jika mersakan hati sudah kelam, berdoakan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan moga dikurniakan hati baharu oleh Yang Maha Berkuasa.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Dan sesiapa di dunia ini buta (hatinya),maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)." [Surah al-isra' 17:72]

sumber:

  • terjemahan Al-Quran pustaka darul iman-surah  al-isra' ayat 72

Jun 2, 2015

Assalamualaikum w.b.t


wind photo:  WindBlowing.gif

Kangen sama angin senja. Angin yang damai menyapa setiap liang kulit. Dulu aku senang dengan angin senja. Suka aku bila disapa olehnya. Dirasa seolah masalah ditarik bersama pergi dengan angin senja. Mak cakap jangan duduk kat luar masa senja. Tapi aku suka dengan nyaman angin senja. Bayu sejuk dari pemberian Tuhan untuk hamba-Nya. Angin senja itu kenangan kecilku. Menyimpan memori bersama teman sekampung. Tempat kami berlari, berkelahi, dan bergembira semuanya disaksikan angin senja. Walaupun kini semua sepi tapi angin senja tetap bertiup bersama sisa kenangan itu. Mungkin dia rindu untuk melihat senyum tawa kami. Tapi itu yang pasti. Sesuatu yang mungkin tak bisa untuk aku dan mereka ulangi. Tapi aku akan tetap menanti angin senja. Menanti bertiup singgah menggamit kenangan lalu. Terima kasih angin senja.



May 29, 2015

Assalamualaikum w.b.t





Alhamdulillah. Masih mempunyai 2 paper yang berbaki. Moga segalanya dipermudahkan. Post yang lepas aku ada menulis mengenai 'Isu Rohingya: Negara bersalah?". Jadi hari ini ingin aku kongsikan pengalaman sendiri melihat dan menziarahi anak-anak Rohingya ini. Sebagai mukadmimahnya, program ini merupakan salah satu 'rutin' wajib untuk satu course aku untuk semester ini. Semua program boleh dilakukan dan mestilah mengikut niche yang telah diberikan iaitu program khidmat komuniti. Jadi group aku memilih untuk menziarah sebuah madrasah yang terletak di Batu cave. Sebelum sampai aku masih tak dapat barangkan tempat tersebut. Apa yang digambarkan mereka ini tinggal di sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat. Mungkin ianya agak sempit untuk menempatkan sejumlah penghuni yang ramai dan ruang hanyalah terhad. Dan kami hanya menjalankan aktiviti yang sesuai dengan ruang tersebut kerana pergerakkannya terbatas.




Kebanyakkan daripada penghuni di sini tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi setiap aktiviti yang kami jalankan banyak menggunakan non-verbal. Tapi ada yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Dan bahasa utama perantaraan mereka adalah myanmar. Bagi penghuni yang fasih berbahasa mereka menjadi perantaraan kami dengan penghuni yang lain. Tengok dari luar mereka ini memang hebat. Semangat mereka kuat sehingga tampak tiada sebarang pengalaman yang ngeri mereka lalui di sini. Kagum aku melihatnya. Sebaik sahaja kami tiba kat sana, adik-adik ini menyambut kami dengan salam. Inilah hasil daripada didikan untuk mereka. 

Bersesuaian dengan umur penghuni yang mengikuti program kami ( kurang dari 12 tahun) aktiviti yang kami rancang juga bertepatan dengan umur mereka. Mengeja dan menulis berdasar gambar rajah dan mewarna. Dan atas permintaan trainer program kitaorang kami selitkan satu pendidikkan untuk kegunaan mereka kelak "First aid". Rata-rata mereka gembira dengan ilmu ini mungkin salah satu ilmu baharu untuk mereka semua. 






Bagi yang berminat untuk memberi sumbangan korang boleh ke laman utama facebook madrasah (Madrasah Hashimiah) dan kunjungi official blog Madrasah Hashimiah sebabnya sekarang pihak madrasah sedang mencari sebarang penajaan untuk menghadapi bulan Ramadan. Mungkin ada yang ingin menolong.

PENGAJARAN DARI HATI NURANI


  • Bersyukur dengan nikmat yang kita ada selama ini. Mungkin kita pernah mengeluh dengan kekurangan yang kita ada. Tapi ada orang diluar sana lebih teruk daripada kita. Jadi keyword utama adalah bersyukur.
  • Mengasihi sesama saudara kita. Adakalanya kita lebih bersikap untuk menjatuhkan seseorang itu. Menaruh perasaan hasad yang menebal dalam hati. Jadi buang jauh-jauh segala perasaan ini kerna kita semua adalah bersaudara!
  • Ada sebab mengapa Allah jadikan kita berlainan nasib. Contohnya ada yang kaya dan ada juga si miskin. Ada yang berkemampuan dan sebaliknya. Cari hikmah di situ. Kita bukanlah menjadi kaya untuk diri kita sendiri. Ada rezeki yang lain dalam rezeki kita itu.








May 3, 2015

Assalamualaikum w.b.t


sky photo: sky z31582631.gif

Pernah kamu bahagia?? Terasa amat bahagia dalam hidup ini. Bahagia satu kata yang subjektif. kau mampu mengungkapkan "Aku bahagia" walaupun hakikatnya derita. Kau mampu bersuara "Kau ini derita hidupnya" tetapi hakikatnya dia bahagia. Jangan pernah kau kata hidup orang lain derita mahupun sengsara kerna mereka yang merasa. Ada orang hidup berduit, rumah berjuta harganya tapi nikmat bahagia itu tidak pernah dirasa. Orang itu hidup susah, duitnya kita melimpah tapi hakikat dia bahagia.

Teringat aku akan satu hadis riwayat imam Muslim: Mafhumnya

Bilanya Allah mengambil seorang yang hidupnya bahagia dibumi lalu dicelupkan dengan satu celupan di dalam neraka. Allah lalu bertanya: "Wahai si fulan pernah kamu merasa nikmat bahagia dalam hidupmu. Si fulan berkata: "Demi Allah aku tak pernah rasa nikmat bahagia dalam kehidupan ini."  
Lalu diambil pula orang yang paling derita dalam kehidupan dunianya dan  dicelup dengan satu celupan di dalam syurga. Lalu ditanya: "Wahai si fulan pernah kamu rasa derita dalam hidupmu. "Demi Allah aku tak pernah merasa derita dalam hidup ini.

Itulah erti bahagia yang menyeluruh. Dunia ini tidak menjamin kebahagia sebenar untuk kamu dan aku kerna hidup di sana adalah lebih utama dan kekal selamanya. Marilah menuai kebahagiaan di dunia dan mengutip buah bahagia itu di akhirat sana.


Mar 2, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin ada yang menganggap berjaya itu umpama satu permainan dalam hidup. Ada orang yang malas belajar berjaya menjadi jutawan tapi sebaliknya berlaku kepada orang yang berpelajaran. Teringat aku akan satu pesanan seorang insan kepada diri ini. Belajar itu perlukan permulaan yang baik. Permulaan itu adalah niat iaitu menuntut ilmu hanya kerana Allah semata-mata tanpa mempunyai sebarang niat yang menentang arus yang betul. Jadi hari ini ingin aku kongsi beberapa pesanan Luqman al-hakim untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Moga membawa manfaat dan dikongsikan bersama kita semua.InshaaAllah.

1] Menyentuh soal akidah kita semua. Tidak terlibat dalam mana-mana perbuatan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Orang yang menyekutukan Allah ini merupakan mereka yang hilang kebergantungan kepada Allah. Tidak memohon sesuatu daripada Allah tetapi mempercayai perkara yang bertanangan dengan akidah yang diajar orang Rasulullah saw. Dan ingatlah perbuatan ini merupakan dosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah swt.

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya:"Wahai anakku kesayanganku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Luqman :31) 

2] Dalam surah luqman menyentuh juga perihal solat. Untuk menjadi seorang yang berjaya solat mestilah dilaksanakan 5 kali dalam sehari. Solat merupakan medium untuk kita berhubung dengan Allah swt. Mengakui diri ini adalah hamba kepada Yang Maha Berkuasa. InshaaAllah Allah menolong insan-insan yang menjaga solatnya.

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya , ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, kepadaKu jua tempatmu kembali." (Luqman:41)

3]Dalam surah luqman juga ada memperkatakan perihal berbuat baik kepada ibu dan bapa. Untuk mendapat keberkatan hidup restu daripada mereka perlu dipinta. Mengikut segala suruh mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah. 

RELEKSI DIRI KITA SEMUA

Jadi berjaya bukanlah hanya diukur dari luar sahaja. Aspek dalaman rohaniah perlulah selari dengan luaran. Menjaga hubungan dengan dengan Allah sebagai pencipta dan Tuhan yang mentadbir sekalian alam. InshaaAllah bersama-sama kita memperbaiki kekurangan yang ada kerana diri kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. InshaaAllah. 

Feb 16, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Tanggal 14 Febuari setiap tahun menjadi tarikh keramat buat pasangan kekasih untuk meyambut kononnya hari kekasih. Hotel-hotel bajet menjadi pilihan utama untuk menyaikan 'sambutan' setahun sekali itu. Kebelakangan ini media massa sibuk melaporkan pelbagai berita menyenai ops Valentine untuk menangkap mana-mana pasangan yang sakan berasmara. Apa yang menyedihkan ramai remaja melayu meraikan valentine ini dengan alasan kononnya mahu menghargai pasangan masing-masing. Adakah ini merupakan satu cara menghargai? Bersekedudukan di dalam hotel-hotel murah tanpa sebarang ikatan. Suka aku memetik satu kata pasangan yang dicekup dalam ops Valentine di Johor: "Baru 10 minit, kami belum sempat buat apa-apa". Adakalanya mahu tergelak membaca alasan-alasan yang diberikan. Persoalan yang bermain di minda aku; jahilkan mereka tentang agama? Mungkin jawapan ini ada dalam diri mereka. Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Mengetahui. Diharapkan dengan perkongsian ini mampu memberi kesedaran kepada kita semua. InshaaAllah.

SEJARAH VALENTINE DAY/HARI KEKASIH
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masihi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.

Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani. Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.
Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
MENYAMBUT HARI KEKASIH HARAMA DISISI ISLAM! 

Berikut adalah keterangan yang diambil dari website majlis fatwa malaysia mengapa menyambut hari kekasih itu haram:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. 

SUMBER: MAJLIS FATWA KEBANGSAAN