Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Mar 3, 2018

Assalamualaikum w.b.t

'Pamanggang Ajaib' Untuk Mak Tersayang!


'Pamanggang Ajaib' Untuk Mak Tersayang! | Sebenarnya dah lama janji dengan mak aku nak order 'pemanggang ajaib' untuknya. Tapi asyik tertangguh dek kerana sedikit sibuk dengan Final Year aku. Hahahaha. Tapi janji tu tetap ingat. Hari jumaat dapat call. Tapi tak sempat nak angkat sebab ada briefing. 

Tut..Tut..Tut..

Aku: Hello, ada apa mak? Ada kelas tadi.
Mak: Saja je. Bila pemanggang nak sampai. 
Aku: Hehehe.. Sabooo noh.

Jadi, lepas dapat call terus usha kat lazada. Aku memang biasa tengok-tengok barang kat lazada je kalau ada yang berkenan nak beli. Cari punya cari ada satu yang menrik perhatian aku "Happycall Double Grill Pressure Pan". katanya barang dari Korea. Baca review pengguna macam okey. Jadi aku decide nak order jelah. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan lain. "Tak semua barang yang murah tu tak berkualiti kan"? Ye ke idok?

Rasanya untuk mereka yang nak cari ala-ala pemanggang ajaib bolehlah dapatkan benda ni. Harga termasuk pos penghantaran hanya RM60.50. Nanti nak suruh nak aku review ok ke tak. Apa-apa pun janji mesti dikotakan! Hahaha. Sekian. 







Feb 21, 2018

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama aku mulakan misi ni. Start penghujung tahun 2017 cahaya kesedaran tu sampai. Hahaha. Hingga sekarang aku berjaya turunkan hampir 10kg. Memandangkan sekarang aku jarang nak update pasal diri dalam blog ni, jadi dengan misi ini aku kembali 'active' untuk bercerita. Sebelum ini segala aktiviti diupdate terus ke laman instagram. Semalam aku baru install kembali instagram setelah hampir sebulan menyepi. Jujur aku katakan hidup sebulan tanpa instagram aku rasa gembira. Entah kenapa. Beberapa fakta yang tidak diketahui kesahihannya: 

"Semakin sedikit kamu terdedah kepada laman sosial, semakin gembira hidup seharian kamu"

Mungkin claim ni valid untuk aku. Jadi, pagi ni aku decide uninstall balik dan nak dapat balik nilai ketenangan tu. Hahahaa. Untuk memotivasikan diri nak achieve 70kg, aku decide nak update aktiviti ni dalam blog. Why not right? 😁😁😁😁




Ini semalam punya cerita. Petang yang panas mengundang aku nak lepak diam-diam dalam bilik. Panas kot. Pukul 6.30 petang bayang kau masih lagi ada. Disebabkan azam nak buang lemak-lemak degil ni aku gagahkan diri. Applause! 😂😂😂😂

Jadi bolehlah 3.2 km. Okaylah daripada langsung tak buat pape. Untuk perkongsian dengan korang, banyak ke apps free yang korang boleh guna untuk lihat performance korang. Boleh je search kat playstore. 

Untuk aku, Strava antara yang terbaik untuk korang gunakan. Simple tak susah. Dah malas nak sembang banyak-banyak. Selamat maju jaya buat diri sendiri dan korang semua. 

Jan 1, 2018

Assalamualaikum w.b.t



International New Year Run Pembuka Tirai 2018 | Selamat tahun baru 2018. Alhamdulillah, masuk awal permulaan tahun masihi. Azam baru? Malas nak berazam lebih-lebih. Moga kehidupan aku bertambah baik je. Tahun ini permulaan yang lebih proactive untuk aku. Pertama kali join run 'International New Run 2018'.  Hajatnya nak tangguh je dulu sebab terasa sibuk dengan preparation untuk final exam - Esok first paper 😰😰. Disebabkan 'Kakak Tersayang' yang payung fee separuh aku tekadkan juga. Hihihi.


Ini merupakan run pertama aku. Sebelum ni jogging pusing-pusing UIA je mampu. Sebelum register ingat nak terus pulun 21KM tapi bila fikir balik mau tak abis aku lari. Jadi, ambil yang 10KM. Alhamdulillah, berjaya tamatkan larian aku dengan masa 1jam 15minit. Oklah untuk yang pertamakan. 



Peserta dilepaskan jam 7.15 pagi. Route yang tidak begitu memenatkan, sebabnya landai. Memang takde bukit. Sebenarnya, bila dah habis 10KM rasa satu kepuasan. Balik run terus lepak makan kat Kak Som restorant Kampung Baru. Akhirnya, Sekali lagi selamat tahun baru 2018 untuk semua. Semoga tahun ini menjanjikan moment yang indah-indah untuk kita semua. InshaaAllah. 



Dec 29, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Kisah Seram Patung Manusia Bergerak | Tergerak untuk aku kongsi satu pengalaman yang pernah dilalui satu ketika dulu. Ramai yang kongsikan kisah mistik disebalik patung boneka yang disimpan di rumah. Kisah aku ini terjadi ketika umur aku 6/7 tahun. Memang dah lama. 

Dulu menjadi kebiasaan untuk bermalam dirumah sepupu aku. Time tu aku ikutkan saja maklumlah kedua-dua kakak aku pon ikut. Kononnya nak tengok filem 'Bollywood'. Nak jagakan cerita, sepupu aku ni memang banyak collection patung, dari teddy bear hingga patung manusia tuh. Aku memang dari dulu jenis yang penakut. 

Time nak tidur, yang tempat tidur tersusun kat ruang tamu. Mula dari pintu masuk hingga ke pintu dapur. Aku pulak dapat tempat tidur yangpaling hujung. Ingat semuanya semuanya baik. Kata orang tua-tua kalau tidur tempat baru memang susah nak lelapkan mata. Aku hampir setiap jam terkejut disebabkan tidur tak nyenyak. Pusing kiri, pusing kanan masih tak dapat posisi yang nyenyak. 

Sekali aku pusing ke bahagian dapur. Sebaik saja pusing mata aku memang bertentangan dengan mata sekor patung yang diletakkan atas meja. Masa tu aku sempat tengok mata patung tu berkelip-kelip tengak aku. Seram wehh. Ni bukan teddy bear tau tapi patung macam annabelle tu. Rambut panjang tapi time tu baju takde kat badan patung tu. 

Aku apa lagi, terus nangis. Sampailah sepupu aku yang sorang bangun tenangkan aku. Tukar tempat tidur baru boleh tidur. Esoknya aku tengok balik patung tu. Dan sampai sekarang memang kat rumah aku takde patung bercirikan manusia melainkan teddy bear. Yang ni pun memang tersimpan rapi dalam plastik hitam dah tak pernah keluarkan. 


Bila dah besar ni aku fikir balik. Mungkin apa yang aku lihat tu bukan sekadar halusinasi mungkin ianya sesuatu yang betul-betul terjadi. Sampai sekarang masih tinggalkan kesan mistik untuk diri aku. 

Dec 2, 2017

Assalamualaikum w.b.t




492,162 Pageviews November 2017 | Sekadar coretan mengenai prestasi blog. Alhamdulillah, Disember datang memulakan tirainya. Sampai ke penghujung tahun, InshaaAllah masih berbaki satu semester untuk dihabiskan sebelum mendakap segulung ijazah. Hahahaha. Ayat makin 'skema' dek kerana jarang aku postkan entri yang memerlukan minda untuk menyusun perkataan


Pageviews blog aku untuk bulan November. Alhamdulillah masih mendaki angka ratusan ribu. Terima kasih buat semua pengunjung. Ikhwan Yusff Blog? Masih seperti dulu walaupun isi perkongsian kian mengecil. Tapi itu janji aku, blog ini masih seperti dulu. Bezanya mungkin daripada segi 'Niche' tetapi identiti masih aku kekalkan. 

Sedikit sisipan, sibuk meyiapkan report untuk final year project. Sebab itu kekadang jarang untuk aku coretan perihal hidup. Kebanyakkan entri berkisarkan drama melayu. Yang tidak memerlukan barisan kata untuk disusun. Heeeheee 😅😅😅😅

Harapan, moga disember ini aku mampu untuk jadi seperti dulu. InshaaAllah Sekian coretan di petang hari minggu! Huahahaha 



Nov 27, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Pandang dan Lihatlah Diri | Sekilas pandang untuk diri sendiri? Cukup walaupun seketika cuma. Monolog diam dengan hati. Luka berdarah kembali ataupun sudah dibaluti. Kekadang dalam hidup kita susah untuk mengenal diri sendiri. Berpura untuk dilihat sakti hinggakan luka dihati dibiarkan bernanah sepi. Satu analogi:

Buah yang diperam ranum mungkin terkandung ulat, 
Begitulah hati, Zahirnya tampak tenang mungkin jiwanya terkoyak-koyak memberontak.

Jadi, luangkan masa, tanya diri sendiri. Kau baik atau sakit? Kalau baik kekalkan kondisi kalau sakit ikhtiar penawar. Lumrah mungkin, adakala kita manusia suka menasihati yang disekeliling sehingga lupa untuk menasihati rohani sendiri. Pandang diri, tak kisah bagaimana bentuk dan warna, bisik dalam-dalam dengan makanan rohani. 




Nov 10, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Roh Sesebuah Lagu : Yang Dulu Vs Sekarang


Roh Sesebuah Lagu : Yang Dulu Vs Sekarang | Dalam melewati umur 23 tahun- Sekadar satu luahan mungkin yang sememangnya lahir jiwa aku sendiri. Terkadang terfikir kemana hilangnya roh untuk lagu sekarang. Jujur aku katakan, jiwa aku terarah kepada lagu-lagu yang bersifat kemelayuan. Banyak makna dan nilai yang terzahir dalam setiap bait lirik yang dituturkan. Lagu Zaman nyanyian SM Salim tetap mengulik jiwa ini. Lagu yang sememangnya memberi gambaran tentang hidup. Dan sampai sekarang aku meminiti semua nyanyian arwahyarham Datuk SM Salim. 




Lirik yang kuat mempunyai rohnya yang tersendiri. Realiti sekarang korang ada rupa confirm boleh jadi penyanyi. Mungkin zaman dah maju, aliran muzik pun kena berubah. Yang sembang arif aku bukanlah si genius dalam bidang muzik. Harapan aku satu, agar lagu sebegini terus terpelihara. Tak jauh tertanam dek kerana revolusi muzik terkini. Sayang kalau terus lenyap menyepi. Tapi, lagu sebegini aku yakin mampu untuk terus diingati oleh masyarakat kita hari untuk sepanjang zaman. 


Sep 21, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Sehari 100k Pageviews !! | Ni boleh dikatakan post sebab terkejut. Berkesempatan buka blog  malam ni. Click pageviews 100,031 sehari. Mahu tak terkejut. Dua kali ganda berbanding semalam. Trend pageviews menaik memang minggu ni aku dok lama perhati tapi tak sangka sampai 100k sehari. Bila selak-selak post memang datang dari Novel Titian Cinta. Mungkin sebab drama yang tengah panas ditayangkan di TV3. 

Jadi, apa yang aku boleh katakan pageviews ni bermusim. Disebabkan drama tengah panas ramai yang asyik google Novel tersebut. Kalaulah hari-hari macam ni mahu sengih sampai ke telinga. Jadi harapnya aku lebih bermotivasi untuk update blog kot-kot banyak income yang masuk.

Bercakap pasal income blog, sedih sebabnya sebelum ni aku jadi publisher untuk Lynk.my tapi diorang terpaksa stop sekejap atas faktor-faktor tertentu. Serious, terkesan jugak sebabnya sepanjang bersama lynk.my ni aku mampu dapat RM200 sebulan. Bolehlah support duit makan time belajar ni. Sekarang tengah dok guna adfoc.us tapi kadar bayaran super duper sedikit kalau nak banding dengan lynk.my. Harapnya ber'rezeki' untuk collaborate dengan lynk.my untuk version terbaru diorang nanti. Hahahaha. Ok done. 😁😁😁 

Aug 24, 2017

Assalamualaikum



Abang dah hantar dia ke kelas tuisyen. Umur 6 tahun, tak nak dia tertinggal nanti; nak masuk tahun 1. 


Sebab ianya satu pengorbanan yang lahir telus dari hati. Entah datangnya terus mengetuk pintu hati. Mungkin ianya sama dengan kehidupan aku walaupun aku dapat rasakan hidupnya itu lebih perih dan berliku. Aku harap pengorbanan yang dia lakukan akan dibalas dengan pengorbanan diakhirnya. Moga kau membesar dan ingat sesuap pengorbanan ni dik! 

Berkorban jiwa, kudrat, masa, wang ringgit. Mungkin banyak pilihan yang ada. Tapi paling utama bagi aku berkorban untuk kasih dan sayang kepada keluarga. Puncak yang paling penting untuk digapai. Moga aku menjadi seorang yang sedia berkorban untuk mak ayah. Amin. 



Aug 23, 2017

Assalamualaikum w.b.t




Habis Madu Sepah Dibuang. Satu gambaran yang jelas untuk kamu-kamu yang tidak begitu mendalam maksud 'Menghargai'. Untuk diri sendiri juga ditujukan pesanan ini. Mungkin tatkala kau terasa bahagia dengan apa yang tercapai untuk hari ini, hingga senang sekali hilang untuk beringat kepada jasa sifulan yang pernah tersusah payah lalui jalan hidup engkau. Walaupun kekadangterfikir, tak perlu untuk dia bersusah payah untuk kamu. Tapi, berkuatkan satu dasar 'Kasih sesama manusia' dia hulurkan beberapa jari yang ada agar kau tak tenggelam selamanya. 

Tapi, pelayaran yang atas dasar kasih sesama manusia itu kian pudar untuk kau ingat. Mungkin elok dilontar jauh-jauh. Saja nak lupakan jari jemari yang tak pernah berhenti menghulur. Mungkin dia silap terlalu baik. Mungkin juga silapnya kerna terlalu baik.

Jadi, Hargai Selagi Perlu Kamu Hargai. Sebab aku yakin, cukup engkau ingat- walaupun dengan sebaris kata "Weh kau ingat tak" cukup untuk dia rasa hargai. Tulisan ini untuk semua. Untuk seorang yang bergelar anak kepada kedua orang tuanya, mungkin untuk Sang Ayah dan Emak kepada seorang anak. Mungkin untuk seorang sahabat untuk mengaku - Engkau sahabat terbaik untuk sahabat yang kian dilupa. Sebab aku yakin pasti akan ada satu nada - CUKUPLAH KAU HARGAI KEHADIRAN INI. Ya mungkin itu sudah bercukup sesangat.




Jul 24, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Diet Mudah Menggunakan Telur | Telur merupakan Menu diet yang paling simple untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sekarang aku pon dah tanam azam nak start balik berdiet ni. Sebabnya, pemakanan adalah faktor utama yang perlu kita titik beratkan untuk mendapatkan berat badan idaman. Menu ini boleh dipilih samaada mahu digoreng, direbus dan sebagainya. Berikut adalah beberapa menu diet yang boleh dicuba untuk yang berdiet. 

1- Telur Rebus (Masak separuh atau fully masak)



Nampak simple kan. Rasanya ini adalah menu yang paling senang dibuat sebagai menu diet. Setakat ni, biasanya aku makan untuk time breakfast. Quantiti 2-3 biji untuk setiap hidangan. Boleh tahan hingga lunch. 😊😊

2- Telur Dadar Kosong/ 'berinti'


Menu seterusnya adalah telur dadar. Korang boleh pilih untuk dimasak kosong ataupun ditambah 'inti' kat dalam. maksudnya, letak bawang, garam dan sebagainya. Tapi pastikan bahan yang nak ditambah takkan menganggu diet korang. Then, goreng dengan quantiti minyak yang sedikit. 

3- Telur Bistik 



Biasanya menu ini untuk lunch ataupun dinner. Korang boleh buat berkuah sikit tapi dalam kuantiti yang sedikit. Boleh ditambah ayam dan sayur-sayur. Tapi elak tambah daging okay. Cara nak menyediakkannya cukup senang. Kalau tak tau google. hhihihih

4- Telur Hancur 



Menu yang terakhir, Telur Hancur. Pecahkan telur letak sikit garam pastu letak dalam kuali. Kacau hingga jadi hancur. Sesuai untuk breakfast,lunch ataupun dinner. 


Jul 23, 2017

Assalamualaikum w.b.t


Satu hari perasaan ditawan rasa gembira,
Lalu dibisiknya pada si angin,
"Aku gembira wahai angin"
Diberikan gembira itu pergi bersama angin.

Habis hilang gembira,
Bersarang perasaan dengan rasa gundah yang terperih rasanya,
Lalu bisiknya sepi
"Angin bawalah perasaan gundah kecewa ni berlalu bagaimana engkau berlalu pergi"
Harapnya si anign mampu untuk menolong walau hanya tika detiknya,
Harapannya hanya itu sampai ternaoktah. 







Jul 19, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Kisah seorang yang kecewa,
Mungkin hari ini dia kecewa,
Kecewa dengan hidup,
Kecewa dengan kekasih yang diangkat setia,
Kecewa dengan sebuah persahabatan yang dikata utuh,

Tapi inilah realiti,
Mungkin kita bakal melewati kisah ini,
Sebab aku rasa tiap daripada kita pernah berkawan dengan perasaan kecewa,
Harapnya esok kecewa itu beransur hilang,
Harap.

Jul 8, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Incident yang berlaku dengan mata aku. Lepas balik kerja (Intern) janji dengan akak aku nak jumpa. Macam biasa memang duduk kat KL ni kitaorang fully utilize public transport. Nak jalan mana-mana memang akan guna public je. Lepas tunai hajat nak makan ayam goreng McD, kitaorang jalan-jalan kat area jalan TAR dan sekitar masjid Jamek. 

Tengok jam dah nak dekat pukul 6 pergi KLCC kejap nak singgah solat. Dalam LRT dari Masjid Jamek ke KLCC memang ramai gila orang kat dalam tu. Sebabnya time tu LRT yang 2 koc, jadi memang berhimpitlah laki pempuan dalam tu. Nak sampai stesen KLCC dah macam lega sikit. Ada sorang Pak cik ni (Tengok Muka Macam Melayu) bukan main nak bertempek dengan Sister sorang ni. Fisrt, aku ingat ayah dia sebab memang dan berusia. Tapi, bila sister ni beralih tempat, pak cik ni pon makin rapat. Sumpah kesian kat perempaun ni. Aku sempat tengok pak cik ni, senyum melerek dia. 

Jadi, ini salah satu gangguan yang mungkin dihadapi oleh golongan Hawa samaada secara sedar atau tak sedar. Jadi buat, adik-adik, akak-akak, mak cik-mak cik tolong perhatian jarak anda dengan golongan yang suka mengambil kesempatan. Jangan jadikan diri anda semua mangsa keaadaan yang senang-senang lelaki dajjal diluar sana untuk amik kesempatan. Jadi, Golongan Hawa Tolong Berwapada Dalam LRT. 

Jul 2, 2017

Assalamualaikum w.b.t


Dah lama tak menulis berkaitan performance blog Ikhwan Yusuff. Jadi malam ni nak up cite pasal pageviews blog ni untuk bulan Jun. Alhamdulillah, lepas campur adukkan banyak niche berhasil juga dapatkan ratusan ribu pageview untuk sebulan. Sebelum ni, 50,000 rasanya susah nak dapat. 

Kenapa pentingnya pageview ni? Sebenarnya depend pada blogger sendiri macam mana diorang letakkan tahap kepentingan pageview. Ada orang tak kisah, asalkan minat untuk menulis tu ada dah kira okay. Bagi aku sendiri, sebelum ni memang tak berapa cakna pasal pageview. Malas nak fikir sangat tapi pageview antara yang menjadi penyumbang untuk aku bersemangat nak berblog. Dalam masa yang sama mampu untuk menjana sedikit income bulanan. Alhamdulillah, untuk sebulan aku mampu raih RM200 kalau setiap hari ada entri/update blog nih.



Untuk June 2017, blog ni mampu kumpul 329,850 kunjugan. Satu pencapaian tertinggi buat blog aku. Sangat-sangat tak sangka. Salah satu faktor yang menjadi penyumbang adalah entri-entri pasal drama dan live streaming. Tapi, kalau up sahaja entri macam ni sebelum tentu aku mampu untuk dapat pageview macam gini, dengan bantuan page facebook sendiri angka ratusan ribu dah tercapai. Sekian


Terima kasih sudi membaca entri ini. Moga kalian dirahmati olehNya ~Ikhwan Yusuff.

Jul 1, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Masih ramai yang dalam mood raya. Jadi Salam 7 Syawal buat semua silent readers yang berkunjung. Pageviews blog pun masih lagi beraya tak berapa nak meriah. Hahaha. Semua sibuk makan ketupat, rendang, kunjung mengunjung. Baguslah kalau macam gitu. Budaya yang patut dan perlu dipupuk dan dipertahankan. Jangan time raya sibuk nak hadap laptop memanjang! Hehehe 

Jadi, macam mana raya korang? Raya sakan? Nak memeriahkan blog aku ni saja nak update peristiwa hari raya untuk tahun 2017 yang aku 'tempoh'. Secara keseluruhan raya yang paling penat. Hahaha. Sebab apa? Jom layan kejap.

1- Satu Syawal Bersama Keluarga dan Sanak Saudara.




Alhamdulillah, masih berkesempatan menyambut raya dengan wajah-wajah kesayangan seorang Ikhwan Yusuff. Seperti raya yang lalu perkara pertama adalah snap gambar Family. Rasanya tiap tahun gambar style macam ni. Nanti rajin aku compile sekali. Hahaha. Sebelum ni aku ada cakap menu pagi raya mak nak masak nasi minyak dan laksa penang tapi bertukar last minute atas permintaan ayah aku untuk kekalkan Niche Nasi Dagang tu. Jadi menu pagi raya adalah NASI DAGANG!

Seperti tahun sebelumnya, pagi raya memang menjadi tradisi untu berkumpul kat rumah sepupu sepapat. Walaupun tak semeriah dulu-dulu tapi aktiviti ini memang takkan hilang. Habis pusing-pusing rumah, jumpa yang sebelum ni tak jumpa. Maklumlah raya antara masa yang sesuai untuk kita rapatkan yang jauh dan lebih eratkan yang dekat.



Antara tempat berkumpul geng kampung dulu-dulu. Padang tempat bermain sesama kawan sekampung. Jadi aku ilhamkan kenangan ini untuk dikenang tibanya suatu saat nanti. Kata orang walaupun suasana yang berubah tapi tempat inilah menjadi saksi erti sebuah persahabat yang diharapkan kekal hingga penghujung. How time flies!

2-Wedding Kakak Sulong Hari Raya Ke-4.


Sumpah ini yang paling penat. Antara sebab keluarga aku takdelah sakan beraya tahun ni. Pertamanya, tahniah untuk kakak sulong aku dah sah menjadi 'Bini' orang. Ucapan aku, moga berbahagia hingga ke akhir hayat, menjadi isteri yang taat kat suami. Apa pun, pagi raya ke 3 aku demam pulak! Pakej sekali dengan pening kepala. Alahai. Tapi tetap kena letak kat tepi kejap. Pagi tu, aku kopek buah kelapa hampir seratus biji. Nasib ada orang kampung yang tolong. 


Hari kejadian lagilah tak menang tangan. Topup lauk pauk untuk para jemputan yang datang. Buat air, angkut pinggan gelas semuanya sekali. Sampai aku sendiri tak sempat nak bergambar. Hahahaha. Tapi takpelah, asalkan event ni berjalan lancar. 




Esok Pagi Hari raya ke 5 aku bertolak balik ke Kuala Lumpur. Hari Raya ke 6 dah start intern balik. Akhirnya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin

Jun 20, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Sempat Throwback kisah raya dengan member aku. Bagaimana meriahnya malam raya, pusing-pusing satu kampung meraikan penat lelah berpuasa sebulan. Itu dulu. Macam mana aku define perkataan raya itu. Tapi ada betulnya kan? Bila member aku cakap dah tak semangat nak raya weh! Tak sama dah macam kecil-kecil dulu. Aku mencelah. 

Dahlah tu. Zaman kita berlalu. Dah masuk 20an, bagilah budak-budak bawah kita yang rasa perkara sama yang kita rasa pulak.

Itu kata aku. Tapi jauh tersorok dalam hati rindu raya dulu-dulu. Daripada pemerhatian raya-raya yang lepas memang jauh beza. Dulu takdenya budak-budak (sekolah rendah) beraya dengan  motosikal, semuanya guna kaki. Pusing satu kampung lagi tak abis takkan balik. Itu dulu, inilah masa sekarang, Realiti yang perlu kita terima. 

Untuk diri aku pon sama, banyak yang berubah. Tapi ada satu benda tak berubah untuk selalunya. Malam raya! Hihihih. Sekeluarga masuk dapur tolong mak masak menu untuk pagi raya. Biasanya, mak aku tiap raya menu wajib nasi dagang. Bau aroma dia waktu malam tu betul-betul menusuk! Hihihihi. Tapi tahun ni tukar menu pulak. Kata mak aku, buat benda yang simple je tahun ni. Busy nak buat persedian kakak sulong aku nak kahwin! Jadi aku request "Nasi Minyak" dan "Laksa Terengganu Penang". Tengoklah macam mana. 

Raya tahun ni takdelah sakan sangat, 4 hari cuti. Boss masih tak bagi kata putus untuk extend cuti satu hari. Harap dapatlah. Intern je kot boss.. Hahahaha. Apa yang korang rindu time nak raya ni? Saja nak tahu. hihi


Jun 10, 2017

Assalamualaikum w.b.t




Aku antara yang suka hidup dalam kenangan, hidup memikirkan suatu masa depan yang samar. Banyak persoalan yang masih aku cari jawapan. 🍃🍃 

Teroka sebuah buku yang dibeli 4tahun lepas. Tidak terusik. Kemas. Melewati satu per satu helaian. .
Tertarik dengan tajuk:

HANYA UNTUK HARI INI

Bagai memberi sebuah jawapan yang aku cari selama ini. mungkin.

Petikan: " merancang dan bekerja dengan apa yg ada di tangan, tanpa bimbang hal² yg tidak menentu atau terbayang dalam angan².

Yang ditangan itu REALITI, sementara yang ada dalam angan-angan itu hanyalah ilusi.

Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yg samar- 'MASA LALU yang memori dan MASA DEPAN yang ilusi.

Hidup sebenar ialah HARI INI yang realiti.

Apa pun terima kasih untuk kenangan yang hanya untuk jadi peneman. 😊😊😊

May 26, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Ramadan Kareem buat semua pembaca tika ini. Dah lama tak publish apa-apa entri mengenai diri. Siang bertukar malam, dah masuk bulan rahmat untuk seisi alam. Bagaimana terlalu banyaknya janji Allah yang diberikan untuk bulan Ramadan. Banyak yang ingin aku perkatakan, tapi otak berkarat untuk 'generate' struktur ayat yang sesuai. Mungkin dah lama tak menulis.. Mungkin

Banyak yang aku lalui untuk tahun 2017, banyak benda yang ingin diluahkan. Tapi masih tiada sebarang permulaan untuk aku bicarakan. Hahaha. Lumrah mungkin.

Sebelum terus kelaut, lari daripada tajuk asal eloklah ak berpatah balik. First time degree tak dapat sambut puasa pertama kat rumah. Mak aku call macam acah-acah sedih juga. Ehh.. Hahaa. Biasanya sebulan penuh dirumah. InshaaAllah berkesempatan seminggu balik, banyak benda yang ada dalam list apa yang perlu dibuat. Selepas tu, sambung intern. 

Jadi, selamat berpuasa untuk korang semua! Jangan ponteng tau. Hahahhaa. Semoga bulan ini kita mampu mengejar sebanyak mana pahala yang terdaya. Wasslam ~ikhwan yusuff 

Feb 18, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Terasa baru ada ruang untuk bernafas. Weekend minggu ni memang aku manfaatkan untuk berehat panjang. Mana tidaknya, minggu yang bagi aku paling memenatkan. Penat fizikal tambah mental. Perah keringat otak untuk mencari idea product yang boleh dihasilkan melalui 'waste' dan yang penting ada hubungkait dengan application sebagai 'Material Engineer'.

Alhamdulillah, aku dapat ahli kumpulan yang bagus-bagus. Kredit kat korang semua! Jadi kami comeout dengan idea untuk hasilkan cement Board daripada Rice Husk (Sekam padi) + Buangan daripada kelapa Sawit (EFB Fiber). Harap semuanya berjalan lancar. Kalau rajin aku akan update process yang kitaorang buat. 😤😤😤

Akhir... Selamat Berhujung Minggu Untuk Korang Semua! Sekian