Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Oct 2, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Pada Suatu Senja


Pada Suatu Senja. Sedang aku berjalan melewati denai yang memanjang, mata tertangkap sekawan pipit yang galak berterbangan. Aku berbisik, bebasnya engkau wahai sang burung. Melebarkan kepak menyentuh langit nan jingga. Sedangkan aku masih bercelaru menambah, menolak, mendarat soal erti sebuah hidup. 

Sedang leka melihat kebebasan si burung, sergah sang helang gagah perkasa menawan. Aku terfikir, mungkin kebebasan itu memang sementara. Perlahan-lahan belajar membawa diri. Sampai di hujung denai yang lurus, ada cabang yang menanti. Cabang kanan ataupun kiri patut aku lalui? 

Oct 1, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Permulaan Muharam 1438


Awal Muharam 1438. Tahun baru dalam Islam. Banyak yang berlaku tahun lalu. Moga tahun 1438 Hijrah lebih baik daripada tahun yang lalu. Moga tingkah laku lebih terjaga. Kata-kata disusun rapi mengelak berbekas di hati. Secara jujurnya, aku mengharapkan tahun ini ada sesuatu yang aku berjaya untuk hijrah kan. Memang bukan senang untuk berhijrah. Kalau hati tak kuat mampu untuk menyimpang ke lembah yang lama.

Salam Awal Muharam untuk korang semua. Moga yang tercatiti oleh penjaga kanan lebih banyak dari yang kiri. InshaaAllah sesama kita untuk memperbaiki diri untuk sinar yang lebih jelas. Moga niat untuk terus berada di jalan lurus itu dipermudahkan olehNya. 
Assalamualaikum w.b.t

Bicara Ombak Dan Pantai


Bicara Ombak dan Pantai. Moga engkau terus berbicara kemas, berbisik lembut di telinga. Tidak mudah untuk menjadi ombak. Terpaksa berganas ditepian pantai. Tapi itulah ombak. Tak mudah bagi pantai. Bersabar dengan ganasnya ombak. Tapi belajar dari Ombak dan Pantai. Sentiasa bersama. Tidak bermusuhan. Manakan pantai berpisah dengan ombak. Walaupun sentiasa dibadai rakus ombak. Pantai tetap sudi berteman.

Itulah alam. Lumrah yang sudah tertulis. Engkau? Ya, engkau belajar daripada mereka. Persetankan ego nun tinggi menjulang. Yang kalah tak selalunya mereka yang menyerah. Menyerah untuk kebaikkan itu satu pengorbanan bukan?

Sep 23, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Bermain Dengan Perasaan


Satu perkara yang paling engkau takut dan tak suka. Berbisik dari hati untuk mempengaruhi minda. Tapi itu kenyataan. Bila hadir, sekeliling rasa janggal. Engkau cuba untuk terus memujuk perasaan tapi gagal. Dunia bertukar pelik, manusia sekeliling dikatakan binatang! Hidup dalam dunia ciptaan sendiri.

Kau cuba untuk keluar. Mencari cahaya dicelah-celah kesamaran. Tapi tetap gelap. Dalam keperitan dan kegelapan itu, terhulur satu tangan. Perasaan kau terus berbisik : "Perlukah engkau menyambut huluran itu?" 

Sep 19, 2016

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Dekat seminggu tak update blog. Beku, kosong, kaku bila mata menangkap skrin laptop dan jari menyentuh keyboard. InshaaAllah moga segala hal kita diberi kelancaran olehNya. Seminggu beraya kat rumah pulun daging habis-habisan. Moga pagi ini membawa aura yang positif untuk kita semua. 

Pilihan Hari ini :


Pagi ni baru terbaca Kisah Sedih ni. Takziah dan Al-fatihah. InshaaAllah menjadi anak Syurga. 

Sep 6, 2016

Assalamualaikum w.b.t

ikhwan yusuff Blog

Tayang header baru jap. Ya, permulaan tahun ke-3. Alhamdulillah, pejam celik dah tahun ke-3 Degree. 3 Semester yang masih berbaki sebelum mendapat segulung ijazah Kejuruteraan majoring in Materials Engineering. Banyak yang aku dapat hampir 5 Tahun berada di UIAM, 2 Tahun Asasi dan selebihnya Degree. Soalan-soalan panas pun ada juga yang sampai kat telinga. 

Saudara : "Dah habis belajar?"
Aku : "Belum, masih lagi di Uia."
Saudara : "Lama beno belajar. Berapa tahun lagi?"
Aku : "2 Tahun."
Saudara : "Lama, baiklah kerja terus."

**LOL

Antara babak yang aku alami. Kawan-kawan yang sama batch dengan aku time SPM sekarang dah Final Year. Aku setahun tertinggal kat belakang. Bila jumpa, ehhh kau tahun berapa? Berapa tahun lagi tinggal? 2 tahun. **Krik..Krik..

Sebelum, aku decide nak masuk Asasi UIA aku pernah terfikir nak pilih matrik takpun form 6. Sebabnya, cita-cita asal nak jadi cikgu Bahasa Melayu. Sebab tu aku ada perancangan nak masuk form 6. Tapi, bila dah fikir masak-masak Asasi Uia jugak yang dipilih. Cikgu sekolah menengah aku ada cakap : "Kalau awak masuk Matrik dah nak habis dah Blaja."



Apa pun aku bersyukur pilih UIAM sebabnya bila difikirkan banyak hikmah disebaliknya. Moga tahun ke-3 ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InshaaAllah moga hati lebih Sado, Iman lebih kemas berpaut dalam hati. InshaaAllah. ^^

Sep 5, 2016

Assalamualaikum w.b.t


Adakalanya ingin sekali aku hadir ia dalam bentuk kepingan dan cebisan. Kepingan yang mudah untuk ditatang saat mana rindu bersarang. Cebisan yang mudah untuk dibuang jejak, ditumbuk lumat agar dendam kesumat terbalas puas. 

Tapi kepingan tak selalunya lengkap. Tika hilang bertukar cacat. Cebisan tak semestinya lumat, tika teringat pedih menyengat. Jadi, kepingan takkan terus menyinar dan cebisan takkan terus menghilang dalam kelam. Simpan, pahat, padam kepingan dan cebisan kemas-kemas. 




Sep 3, 2016

Assalamualaikum w.b.t


Penghujung 3 Bulan!



Penghujung 3 Bulan. Perasaan? Jujur bercampur-campur. Malas, excited, Sedih, resah, gelisah semua ada. Selamat datang Sem baru, Lecturer Baru, Subjek Baru dan semua yang baru. Moga yang datang hanya yang baik-baik saja. Amin. 

Sep 2, 2016

Assalamualaikum w.b.t





Pernah kesusahan, kekecewaan melanda diri korang? Rasa macam dunia nak berputar 360 darjah. Bila percintaan putus dipertengahan jalan rasa hidup dah takde makna. Mulalah hati berbisik "Baik mati lebih senang". Senang benar hati berbicara. Hakikatnya tahukan kita macam mana mati itu. Cukupkah bekalan amal yang akan dibawa. Itulah kita bila satu masalah yang datang macam-macam idea dan hasutan jahat yang diterima oleh hati. Tapi pernah tak kita terfikir, "mengapa aku tak cari hikmah dalam kepayahan, penderitaan dan kekecewaan itu?". Sebabnya hidup ini satu anugerah untuk kita, tempat untuk menanam sebanyak mana pokok bagi mendapat dan memungut hasil kelak.

Hikmah itu senang konsepnya. Bila dalam diri dah ditanam kemas-kemas setiap yang berlaku ada sebab mengapa ianya berlaku. Mungkin adakala kita memang mudah naik hantu, terlalu beremosi sehingga konsep untuk mencari hikmah ini kita lupanya. Sebabnya kita lalai dari mengingat kita hanya seorang manusia. Kita cuma merancang dan hanya Allah yang menentukannya. Perancangan Allah itu teliti dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Dalam al-quran ada menyebut:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Itulah kasihnya Allah akan hamba-hambaNya. Setiap beban,kepayahan yang kita dapat itu mampu untuk kita hadapinya. Tapi bila diri dah lalai dari mengingati tuhan yang satu, akal tak akan dapat berfikir dengan rasional. Rasa, diri kita yang paling malang. Jiwa berkata macam mana nak hadap semua benda ini. Susah, hati gundah. Mengapa? Sebabya, kita lupa untuk meminta pertolongan dari Allah. 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kata kuncinya mudah. Berbalik kembali kepada landasan yang betul. Cari hikmah pada setiap yang berlaku. Susah-senang kita jangan lupa untuk kita kembali kepada Allah iaitu Tuhan Yang Maha Perkasa. Kerana Dialah tempat kita berharap dan bergantung. Dinyatakan dalam al-Quran:

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Aug 15, 2016

Assalamualaikum w.b.t



Tengok dari pandangan atas macam note book. Apa sebenarnya Bluboo Picasso ni? Bluboo Picasso merupakan Brand electronic yang asalnya dari Negara China. Aku tertarik dengan spec Handset Bluboo Picasso ni. Boleh dikatakan menepati ciri-ciri Handset yang menjadi idaman dan yang penting harganya rendah! Harga yang standard di Malaysia dalam RM400. Jadi ushar di Lazada boleh dibeli dengan harga RM297. Jadi, disebabkan handset aku sekarang dah memang nazak aku decide untuk angkat Handset ni. Daripada RM297 aku dapat pulak diskaun sebanyak RM15. Tengok spec dan features Handset ni:

Spec and Features Bluboo Picasso 



Berpuas Hati dengan Service Dari lazada


Alhamdulillah, ketiga-tiga barang aku order dah selamat sampai. Setakat ni memang aku berpuas hati dengan service yang diberikan oleh pihak lazada. Handset ni pun, ikutkan time line yang diberikan, order akan dijangka sampai 19/Ogos - 25/Ogos/2016. Maksudnya, aku receive order aku lebih awal. Jadi, jangan bimbang untuk berbelanja di lazada.com.my . ^^ 


Aug 12, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman Membeli Di Lazada.com.my


First time aku membeli di lazada dengan cara pemindahan wang. Sebelum ni kalau di Gombak aku guna service COD je, aku rasa lebih selamat dengan cara ni. Disebabkan masih lagi cuti Sem dan area aku ni memang takde service COD aku beranikan diri juga nak buat pembayaran dengan cara Internet Banking. Aku ada juga terbaca, katanya lazada ni kalau bab-bab hantar barang melalui pos banyak juga masalahnya. Tapi tu kata orang, jadi meh sini baca review aku mengenai lazada nak-nak yang masih was-was mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh lazada.

Pengalaman Membeli Di Lazada.com.my


Seperti yang kita sedia maklum, search je apa barang yang korang nak memang bersepah kat lazada dan harganya memang berpatutan. Aku decide nak beli basikal di lazada. Dah lama sebenarnya nak cari basikal ni. Sebelum beli aku email customer service diorang tanya semua barang memang diorang hantar direct ke rumah atau aku yang sendiri kena ambil kat mana-mana tempat yang diorang spesifikkan. Dalam masa 48jam, aku dapat call dari pihak lazada dan staff lazada tu cakap memang semua barang akan terus dihantar ke rumah. Tak perlu risau, siap cakap kalau ada masalah penghantaran hubungi diorang balik. Terjawab persoalan.

Jadi, 4/Ogos/2016, aku angkat sebuah basikal dan Handset Lenovo A1000 untuk mak aku. Harganya juga jauh lebih murah kalau nak dibandingkan jika aku beli di mana-mana kedai. Time line untuk order aku sampai yang pihak lazada bagi antara 06 ogos - 09 ogos 2016. Tup-tup petang 07/Ogos/2016 basikal aku sampai yang dihantar melalui GDex. Cuma Handset tu aku dapat pada petang 11/Ogos/2016 yang dihantar menggunakan pos laju. Diorang place barang memang cepat. Dan mungkin kalau lambat pun disebabkan masalah daripada pihak delivery. Pada yang penting barang yang diorder memang okay takdelah cacat kat mana-mana.

Jadi, jangan takut untuk membeli di Lazada terutamanya takut barang tu tak sampai etc. Kalau ada masalah terus je hubungi customer service diorang. InshaaAllah akan di bantu. Aku rate aku untuk lazada 8/10. Tengah tunggu satu lagi barang yang dijangka akan dapat pada 19 haribulan ni. Sekian. ^^


Aug 10, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Tukar Nama Ester ke Chombi


Apa yang bertukar? Sebenarnya nama anak bulus ni. Masa awal-awal dulu aku namakan dia ni Ester. Tapi bila panggil nama ni, dia buat tak tahu je. Mungkin tak biasa lagi kot. Pastu ayah aku panggil pulak Chombi. Ni macam pengaruh drama Mak Cun. Bila dah biasa panggil Chombi macam comel pula. Jadi daripada nama Ester aku tukar kepada Chombi. 

Sebelum ni aku ada tulis pasal Si Chombi ni. Selalu gaduh dengan 2 ekor lagi anak bulus aku. Selalu nak lompat pagar sebabnya nak balik rumah tuan lama dia. Tetiba nak dekat seminggu dia tak makan. Serious kurus gila. Ingat dah tak lama. Jadi ikhtiar terakhir aku bagi minum ubat gamat. Alhamdulillah, sekarang dah okay dan dah makin mesra dengan Si Abu dan Si Uteh. Dah boleh makan dalam satu bekas. Bertambah pokemon aku lagi satu. kihkih

Jul 20, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman Diri : Kisah Ajaibnya Bersedekah


Ajaibnya bersedekah. Alhmadulillah. Sebelum ni aku pernah baca banyak kisah macam mana ajaibnya bersedekah. Jadi kali ini aku ingin kongsikan satu pengalaman yang dialami oleh diri aku sendiri. Nak pendekkan cerita, semalam aku teman kawan aku hadiri interview. Seharian suntuk juga tunggu giliran untuk siap. Interview yang pertama habis dalam pukol 11.00 pagi. Terus bergegas untuk ke tempat interview yang kedua. Tunggu punya lama, temuduga tu siap dalam pukol 2.45 petang. 

Nak solat kat rumah memang tak sempat. Jadi, kitaorang singgah sembahyang kat Masjid tepi jalan. Semua harta benda aku letak dalam drawer kereta. Malas nak bawa. Lepas selesai solat, ditakdirkan ada lebih 60sen dalam poket seluar aku. Jadi aku dermalah duit tu letak dalam tabung masjid yang diletak kat luar.

Leps settle semua benda, bertolak balik rumah. Sampai je kat rumah, ditakdirkan 'Mak Sepupu' aku datang. Bawa Ice-cream. Alhamdulillah rezeki. Tetiba Mak aku hulur RM20. Katanya, upah kira duit syiling dia. Rezeki lagi. Sepupu dan Mak Sepupu aku hulur pulak RM5 sorang 'Duit Raya'. Dalam satu hari aku dapat RM30 walaupun aku 'hilang' 60sen. Itulah ajaibnya sedekah. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. 

Sesungguh sedekah itu tidaklah mengurangkan harta kita tetapi pasti dimurahkan rezeki oleh Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa.


Jul 18, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Tektik Kotor Peniaga Online di Instagram Untuk Dapatkan Followers


Memang tak dinafikan zaman teknologi sekarang dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain memudahkan peniaga Online untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kali ni aku bukannya nak share macam mana peniaga Online boleh dapat ramai follower di Instagram. Tapi nak share tektik kotor sesetengah peniaga online di instagram untuk raih follower yang ramai. Aku kalau bab nak approve peniaga online di Instagram memang susah. Kecuali aku sendiri yang akan follow account diorang.

Alkisahnya, entah macam mana aku baik hati nak approve account (peniaga Online) yang request untuk follow account instagram aku. Takpe aku nak test 'kejujuran' orang ni. Nak tengok samaada dia betul-betul nak follow ataupun sekadar 'di angin lalu'. Dah alang-alang dia nak follow aku pun follow lah balik. Kata orang "orang berbudi kita berbahasa, orang follow kita followlah balik" kihkih. Tapi tak sampai 24jam dia UNFOLLOW aku. Apeni. Sekarang senang, buka je play Store bersepah apps yang boleh korang guna untuk tengok siapa yang unfollow korang.

Lepas ni memang aku takkan approve dah. Kahkah. Walaupun bukanlah follower aku beribu-riban tapi spesis macam gini memang takleh bagi muka. Tak perlu nak buat macam ni untuk tarik ramai follower. Jadi konklusinya, jangan mudah sangat percaya nak approve peniaga online yang request nak follow. Kahkah. Semoga rezeki kau terus bertambah. ^^


Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman Berbekam - Kebaikan dan Kelebihan Berbekam Untuk Badan


Siapa pernah berbekam? Sebenarnya dah lama aku berniat nak berbekam. Cuba ushar service berbekam kat kawasan terdekat tapi 1cup RM10.00. Rasanya macam mahal sangat. Nak jadikan cerita member aku cakap dia nak berbekam dan ada satu page pada facebook yang menawarkan harga promosi 14cup hanya RM50.00. Kalau dibahaggi 1cup dalm RM3.60. Kitaorang Whatsapp 'tokey' bekam ni tanya boleh tak pakej tu nak bahagi 2. Aku 7 Cup dan member aku 7cup. Alhamdulillah boleh.

Sebelum try takut juga sebabnya aku tak ingat nak tanya samaada diorang juga 'pisau bedah' (Untuk Toreh) atau 'Pen jarum' (Tak tahu panggil apa! kihkih) untuk keluarkan darah. Sebabnya, 'kata orang' yang main toreh-toreh ni sakit. Bayangkan, lepas toreh tu dia main sedup-sedup pulak. Kahkah. Nasiblah dia pakai pen. Takdelah sakit. Serius, Langsung tak sakit!

Kebaikan Berbekam Untuk Badan  


  • Boleh membersihkan darah dan meningkat aktiviti saraf tulang belakang
  • Membaiki aliran pembuluh darah.
  • Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
  • Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah. 
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.


Jul 15, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Si Ester nama kucing yang baru aku bela. Kucing yang sedia ada kat rumah 2 ekor dan kedua-duanya jantan. Jadi, disebabkan aku nak kekalkan keturunan yang ada memang dah lama aku mencari kucing betina untuk acah-acah jadi peneman buat 2ekor bulus ni. Semalam, kawan kakak aku whatsapp tanya nak kucing ke tak. Sebabnya, sekarang mak kepada si Ester ni bunting. Bulu Si Ester ni boleh tahanlah. Tapi lepas bawa balik rumah, 3 ekor ni suka pula nak gaduh sesama 'diorang'. 

Si Ester


Jadi, korang tahu macam mana nak biasakan kucing dengan tempat baru dan kucing yang sedia ada kat rumah? Mungkin aku katakan, Si Ester ni masih baru. Tak biasa lagi dengan sekeliling dia. Tengok dulu seminggu ni macam mana, kalau tak boleh berbaik dengan Si Uteh dan Si Abu terpaksalah bagi balik kat tuan dia. Aihhhss

Si Abu dan Si Uteh


Sekarang aku terpaksa kurung dulu Si Ester. Pagi ni lepas sekejap. Tapi dia sibuk nak lari. Adushh. Kucing kat rumah aku memang duduk kat luar rumah. Memang syarat mak aku kalau nak bela kucing takleh bela dalam rumah. Kalau korang ada tips bolehlah kongsi. ^^

Jul 14, 2016

Assalamualaikum w.b.t


Misi 500,000 Tercapai!



Alhamdulillah. Misi Kumpul duit raya 500k tercapai! Ehh. Lawak hambar. Hahaha. Misi tunggu pageviews ke 500,000 terlaksana. Alhamdulillah. Last aku tengok semalam 499,100++. Buka blog pagi ni dah 500,300. Target penghujung tahun ni nak panah angka 1Juta pulak. Kahkah. Walaupun nampak macam mustahil. Hahaha.

pageviews 500K


Moga semangat nak berblog semakin 'molek' time cuti yang bersisa 2 bulan ni. Masih dalam perancangan nak tukar domain sendiri. Aku try ushar NetKL harga RM45.00 untuk setahun. Korang tahu kat mana nak beli domain yang lebih murah? Meh kongsi. ^^



Jul 13, 2016

Assalamualaikum w.b.t



500 000 pagevews



3 Tahun 6 Bulan 17 Hari menunggu angka ke 500 000. Bermula dengan zaman gelap, berpindah ke zaman pertengahan dan masih mencari jalan untuk terus maju ke zaman kemodenan. Aku menunggu angka pageviews ke 500 000. Walaupun ramai yang dah gapai 1 Juta tapi aku tetap gembira nak jejak angka setengah Juta ni. Serius, bukan mudah nak capai apa yang ada sekarang. Bergerak sebagai sebuah blog peribadi. Semua aku update pasal sesuatu yang berkaitan dengan diri. Sebelum aku ambil keputusan untuk pelbagaikan niche blog duniakita94.blogspot.com.

Kenapa duniakita94 sebenarnya? Aku sendiri main letak je url blog bila pertama kali cipta blog ni. Angka 94 kat belakang tu sempena aku kelahiran aku 1994. InshaaAllah, suatu hari nanti mungkin akan wujudnya domain www.ikhwanyusuff.com. 

pageviews terkini

Total pageviews terkini 499,013. Jadi sempena 'menyambut' kedatangan angka 500 000 ni, untuk korang yang sudi singgah kot-kot terjumpa dengan angka ni boleh printscreen dan PM kat facebook aku ikhwan yusuff. InshaaAllah akan dapat sesuatu daripada aku.