Showing posts with label sembang IT. Show all posts
Showing posts with label sembang IT. Show all posts

May 12, 2016



Assalamualaikum w.b.t

Virus Shortcut pada Pendrive

Pernah korang hadap masalah ni? Tetiba pendrive diserang virus shortcut. Nak Format banyak file-file penting dalam tu. Jadi virus shortcut Remover antara method yang berguna untuk korang dapatkan balik file atau dokumen-dokumen penting dalam pendrive. Cara ni dijamin untuk korang akses file dan dokumen dalam pendrive tersebut tapi tak menjamin untuk terus buang semua shortcut virus ni. Jadi macam nak download Virus shortcut remover?

  1. Virus shortcut remover boleh didownload di [ SINI ]
  2. Cara nak guna senang je. Lepas Download terus Extract File.
  3. Klik pada Icon virus shortcut remover.
  4. Korang boleh pilih nak scan komputer atau pendrive.
  5. Klik Scan. Last delete semua list virus shortcut yang diberi. Selesai. 

Feb 19, 2016


Assalamualaikum w.b.t

CARA NAK BUANG WAJAM ADS
CARA NAK BUANG WAJAM ADS


Sebelum ni aku ada publish satu entri berkaitan virus wajam. Sebelum itu, sedikit pencerahan mengenai wajam. Ia merupakan "adware" dimana laptop / computer korang diserang dengan annoying iklan yang sibuk berterbangan kat korang punya desktop. Jadi seperti yang dijanjikan kali ini aku nak share cara bagaimana nak buang iklan-iklan wajam sekali dengan kawan-kawan si Wajam ni.

Pertama sekali korang pergi ke control panel -> programs and features -> Uninstall a program. Kat sini cari mana-mana program yang berkaitan dengan wajam.


cc: malwaretips.com

Seterusnya bila dah siap uninstall korang download AdwCleaner. Tujuannya untuk pastikan wajam ni betul-betul bersih. Sebabnya bila aku try uninstall di control panel, bila restart/shut down si wajam ni tetap ada. Jadi bila gunakan adwcleaner ni semuanya bersih. [Download ADWCLEANER

Macam mana nak guna adwcleaner ni korang boleh follow tutorial ni : Remove Wajam Ads (Virus removal guide). Sekian. 

Oct 27, 2015


Assalamualaikum w.b.t

BERTUKAR KE TELCO DIGI

Setelah 10 tahun menjadi pengguna setia Celcom akhirnya aku mengambil keputusan untuk beralih untuk menggunakan telco Digi. Mungkin pelbagai sim card(prepaid) telah banyak membuat promosi istimewa untuk pengguna setia mereka tapi hati ini gigih untuk memilih Digi. Sebabnya, tawaran hebat plan internet dengan kadar kelajuan yang meletopp memikat hati ini. Ialah kan, rasanya sekarang kalau handfon tu takde internet memang useless sangat-sangat. Aku dan internet berpisah tiada!

Post ini bukanlah job yang ditawarkan oleh digi untuk aku. Tapi dengan seikhlas hati aku nak review. Hari ini baru topup RM30 untuk membuat langganan internet bulanan dengan data 3gb untuk RM30. Mantap kan? Dapat pula internet percuma 1.2gb untuk 30 hari. Dan juga, 1.5gb internet percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi. Kalau dihitung sebulan korang dapat 5.7gb untuk sebulan. Hebat??

Sebelum ni, aku pengguna setia celcom. Langgan RM25 untuk 1gb. Percuma pun takde. Cuma time birthday je yang dapat call dan SMS percuma, itu pun untuk nombor yang didaftarkan dalam list 8pax. Jadi rasanya aku perlu menjadi pengguna yang bijak. Pilih sesuai tu yang menguntungkan bukan merugikan.

Jan 18, 2015

Assalamualaikum w.b.t


CARA INSTALL WHATSAPP PADA TABLET
CARA INSTALL WHATSAPP PADA TABLET 

Setelah mencuba beberapa hari akhirnya dapat juga aku install whatsapp pada tablet cap ayam aku ni. Jadi untuk mereka-mereka yang belum mengetahui tutorial install whatsapp dalam tablet korang bolehlah cuba cara ini. Mungkin boleh digunakan untuk semua jenis tablet (kecuali brand Apple). Cara ini langsung tidak menggunakan perkhidmatan playstore yang ada dalam handset korang semua. Kerana whatsapp dicipta khas untuk smartphone sahaja.

1] Langkah pertama pergi ke Setting > Security > [Tick] unknown sources
2] Download file Whatsapp di Whatsapp apk.
3] Install file yang di download dan tunggu sehingga proses installation selesai. 

Credit to :Here

4] Langkah seterusnya seperti biasa masukkan nombor telefon korang. Verify code diminta. Boleh ambik code daripada mesej yang dihantar oleh pihak whatsapp ke nombor telefon korang.[ Mungkin sesama langkah ini korang diminta untuk install file whatsapp yang lateset. Terima dan Install sahaja]
5] Selesai.Jadi korang boleh miliki Whatsapp pada tablet korang semua.Selamat mencuba!

Mungkin ada yang tertanya, macam mana nak simpan nombor phone sedangkan simcard tiada dalam tablet. Korang tak perlu bimbang sebab semua nombor phone boleh disimpan menggunakan email korang semua!
Assalamualaikum w.b.t


'Interface' utama CM launcher 
Pernah korang semua dengar mengenai CM launcher? Bagi seorang pengguna smart phone mahupun tablet penggunaan luancher berperanan besar untuk memastikan kelancaran handset selain menjadikan handset kelihatan lebih cantik. Mungkin ada diantara kita lebih suka mungkin launcher yang telah tersedia di dalam handset masing-masing. Jadi hari aku ingin kongsikan sedikit mengenai launcher ini. Bagi pendapat aku sendiri CM launcher merupakan satu aplikasi yang begitu mesra pengguna khususnya buat pengguna smart phone hari ini. "Interface" yang begitu menarik; apa yang pasti ringan dan laju. Mungkin ada sesetengah launcher yang menarik tapi adakalanya terlalu berat yang menyebabkan handset kita cepat 'hang' tapi tidak untuk launcher ini. Saiz yang kecil sangat sesuai untuk pengguna smartphone. Sebagai seorang pengguna smartphone  memiliki 'interface' yang kemas dan teratur merupakan elemen yang penting bagi memastikan kelancaran sistem yang ada. Selain memudahkan kita sebagai pengguna untuk 'berinteraksi' dengan handphone kita semua.





Susunan semua aplikasi
Selain itu, features penyusunan aplikasi juga diperkenalkan oleh CM launcher. Maksudnya disini setiap aplikasi yang ada dalam handphone anda semua telah disusun kemas oleh sistem launcher ini. Contohnya; satu file untuk game, satu file untuk Media; dan satu file untuk laman sosial (facebook,twitter,Instagram). Dalam sistem pengelasan ini, pengguna tidak perlu untuk menekan butan menu sebalik hanya slide kepada interface lain untuk kemana-mana aplikasi. Cara ini lebih mudah dan efisyen kerana memudahkan kita sebagai pengguna. Selain itu booster untuk handset juga disediakan apabila kita menggunakan CM launcher ini. Apa yang menarik lagi korang tak perlu bersusah payah mencari wallpaper yang sesuai kerana berpuluh-puluh wallpaper yang cantik dan sesuai disediakan untuk korang semua. Jadi mungkin boleh cuba menggunakan launcher ini. Jom. Rating Untuk launcher ini aku bagi sebagai pengguna memberi [****(*/2)] 4.5 bintang! [p/s:Launcher ini hanya sesuai digunakan untuk handset.Tablet tak boleh!]