Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Nov 13, 2016

Assalamualaikum w.b.t


Bacaan Surah Al-Fatihah dan Maksud Bacaan

Surah yang menjadi alunan yang pertama mungkin untuk kita semua. Sejak daripada kecil kita diajar untuk membaca surah al-fatihah yang menjadi ayat wajib untuk dibaca dalam solat 5 waktu kita. Namun tahukah kita makna setiap ayat yang terkandung dalam surah al-fatihah ini? Jadi marilah kita bersama memahami maksud yang terkandung dalam surah amalan harian kita ini.  Maksud bacaan al-Fatihah untuk kita fahami untuk mencari kusyuk dalam solat. Semoga memberi manfaat dan sesama kita mengambil manfaat ini. InshaaAllah.

Maksud bacaan :

1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Alhamdulillah. Moga bermanfaat dan kita lebih memahami makna surah al-fatihah. InshaaAllah membantu untuk mencapai kusyuk dalam solat seharian kita. Semoga kita semua terpelihara dan dilindungi oleh Allah swt. InshaaAllah.  

Nov 12, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Doa iftitah yang biasa dibaca dalam rakaat pertama solat 5 waktu kita. Namun tahukah kita maksud doa iftitah ini? Jadi, sedikit perkongsian mengenai bacaan doa Iftitah dan maksud bacaan tersebut. Kita sekurang-kurang 5 kali sehari membaca dan mungkin masih belum memahami bacaan tersebut. Moga ianya bermanfaat. InshaaAllah.





Maksudnya:
Allah Maha besar sebesar-besarnya,
Segala puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan Maha suci Allah siang dan Malam.

Ku hadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Allah
dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya sembahyangku,ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan
hanya pada Allah Tuhan seru sekalian Alam.

Sekali-kali tidak aku menyekutukan-Nya.

Dan dengan demikianlah aku ditugaskan,
dan aku adalah dari golongan orang-orang muslim (Islam)

Alhamdulillah. Semoga dengan perkongsian ini kita mampu untuk lebih memahami makna disebalik solat harian kita. Bersama-sama kita kongsikan ilmu dan beramal. InshaaAllah dilindungi dan diberkati kehidupan seharian kita oleh Allah swt. InshaaAllah