Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Mar 25, 2018


Assalamualaikum w.b.t


5 Waktu Makan Yang Perlu Anda Tahu | Pengambilan makanan mengikut waktu yang sesuai perlulah dititikberatkan untuk mendapatkan badan yang diidamkan. Ramai Antara kita memandang remeh mengenai ‘peraturan waktu’ untuk mengambil makanan. Secara umumnya pengambilan makanan untuk sesesorang boleh dipecahkan kepada tiga pecahan utama. Antaranya ialah:


Ini adalah tiga pecahan yang ‘wajib’ kita ambil sebagai waktu makan. Tapi disebalik tiga pecahan ini tahukah kita waktu yang paling sesuai untuk sarapan, makan tengahari, dan makan malam? Jadi untuk perkongsian kali ini dikongsikan 5 waktu yang sesuai untuk sarapan, Lunch (Makan Tengahari), Minum Petang, Malam malam, dan Snek lewat malam. 





Mar 21, 2018

Assalamualaikum w.b.t

Tips Mengawal Berat Badan Dengan Aktiviti Harian Anda


Tips Mengawal Berat Badan Dengan Aktiviti Harian Anda | Badan yang sihat bermula dengan amalan gaya hidup seseorang. Mendapatkan berat badan yang diinginkan sememangnya bukan satu process yang mudah. Memerlukan tahap disiplin dan pengorbanan yang tinggi. Mungkin pelbagai amalan diet yang boleh dipraktik dalam kehidupan seharian kita. Namun, sejauh mana kesanggupan kita menentukan keberhasilan amalan diet ini. Adakalanya lebih mudah untuk kita ubah cara gaya hidup untuk mendapatkan berat badan yang diingini. Bukan hanya untuk penampilan, penjagaan badan amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Kerana, selalunya berat badan yang berlebihan menjadi faktor kemerosotan kesihata, termasuklah 'penyakit berangkai'.



Jadi banyak yang boleh kita lakukan dalam aktiviti harian kita bagi membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Perkongsian ini adalah secara umum yang mampu menjadi panduan dalam proses penurunan berat badan. Mungkin dapat sama-sama kita amalkan tanpa memberi tekanan kepada badan kita semua. Berikut adalah Tips Mengawal Berat Badan Dengan Aktiviti Harian Anda


Selamat mencuba. Tiada yang mustahil untuk kita ubah. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk kesejahteraan bersama. Hidup anda, anda yang tentukan. 😊😊😊😊😊😊





Jan 3, 2018

Assalamualaikum w.b.t

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah dan Berkesan


Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah dan Berkesan | Masalah jerawat mampu memberi kesan negatif kepada tahap penampilan seseorang. Banyak faktor yang menyumbang kepada tumbuhnya jerawat pada muka dan mana-mana bahagian tempat, antaranya masalah resdung, kulit sensitif dan banyak lagi. Berikut dikongsikan petua mudah untuk hilangkan jerawat anda. **Sekiranya masalah jerawat serius dinasihatkan berjumpa dengan pakar. 

Hilangkan jerawat dengan Kunyit 

Hilangkan jerawat dengan serbut Kunyit

Menggunakan kunyit dikatakan mampu untuk menyelesaikan masalah jerawat. Gunakan kunyit hidup dengan cara tumbuk kunyit dengan sedikit air dan letakkan pada bahagian jerawat anda. Ulang sehingga nampak perubahan. 

Hilangkan jerawat dengan Lemon

Hilangkan jerawat dengan Lemon

Bukan sahaja membantu untuk kuruskan badan, lemon juga mampu untuk menghilangkan jerawat pada tubuh badan anda. Caranya, perah air lemon dan dengan menggunakan tisu letakkan perahan lemon pada bahagian jerawat anda. Biarkan selama 20 minit. 


Hilangkan jerawat dengan bawang Putih

Hilangkan jerawat dengan bawang Putih 

Bawang Putih juga mempunyai kelebihan untuk hilangkan jerawat. Caranya mudah, potong bawang putih dan tekapkan bahagian jerawat. Letakkan selama beberapa minit. 

Hilangkan jerawat dengan Madu 

Hilangkan jerawat dengan Madu

Madu dikatakan mampu untuk menyelesaikan masalah jerawat. Dengan menggunakan 'cutton bud' ambil sedikit madu dan letakkan pada bahagia tubuh yang mempunyai masalah jerawat. 


Terima kasih membaca Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah dan berkesan. Semua bahan-bahan yang dinyatakan mudah untuk didapati dan yang penting semuanya adalah bahan dari alam semulajadi. Untuk mereka yang mahu mencuba, Selamat mencuba. 

Dec 2, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Tips Penjagaan Luka Bersunat


Tips Penjagaan Luka Bersunat | Musim cuti sekolah sinonim dengan 'aktiviti berkhatan/Bersunat'. Biasanya ramai ibu bapa mengambil peluang untuk 'khatankan/sunatkan' anak teruna mereka. Jadi aspek penjagaan selepas bersunat perlulah dititiberatkan oleh para ibu bapa untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersunat. Berikut adalah Tips Penjagaan Luka Bersunat yang mungkin dapat membantu ibu bapa dalam proses penyembuhan luka bersunat anak-anak. 

Tips Penjagaan Luka Bersunat

Semoga Tips Penjagaan Luka Bersunat ini mampu membantu para ibu bapa untuk penjagaan anak-anak mereka. Terima kasih kerana membaca Tips Penjagaan Luka Bersunat. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ



Oct 26, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Tips Kuruskan Badan Untuk Dapatkan Berat Ideal


Tips Kuruskan Badan Untuk Dapatkan Berat Ideal | Mengimpikan berat badan yang ideal? Namun masih buntu mencari jalan yang sesaui untuk merealisasikan masalah ini. Tidak dapat dinafikan memilik berat dan susuk tubah yang normal banyak membantu daripada banyak segi sama ada 'appearance' kita segala luaran dan khususnya untuk dalaman yang melibatkan kesihatan. Satu laporan yang dikeluarkan - 'Malaysia's Obesity Rate Highest in Aisa". Jadi satu tamparan yang hebat untuk kita khususnya rakyat Malaysia untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. 

Mungkin banyak tips yang telah dibincang daripada pelbagai sumber mengenai tips kurangkan berat badan. Jadi untuk korang yang masih dalam usaha menurunkan 'kadar lemak' boleh perlahan-lahan diambil untuk jadikan rujukan. Jadi kali ini admin tampil untuk memberi sedikit tips turunkan berat badan. 

1- Cekalkan Niat Untuk Turunkan Berat
 πŸ‘€Perkara pertama yang perlu disetkan dalam 'kamus diet' anda. Niatkan untuk betul-betul nak kurus. Bermula dengan niat yang betul korang pasti akan ada kesungguhan untuk lakukannya. Jadi setkan niat korang terlebih dahulu. Rekodkan short-term atau long-term berat yang korang nak achieve. Mungkin boleh wujudkan hashtag tertentu e.g: #RoadTo70 bagi memberi semangat untuk anda. 

2- Kawal Pemakanan dan Pengambilan Gula


πŸ‘‰Tak salah untuk korang makan makanan kegemaran anda. Tapi perlu beringat. Mulut kata nak kurus tapi hakikatnya makanan d tidak dijaga. Hasilnya sia-sia usaha anda nak kurus. Terdapat pelbagai menu diet yang diketengahkan sekarang contohnya diet rendah karbo tinggi protien, diet seimbang, etc. Kaji diet yang sesuai untuk kawal pengambilan makanan anda. 

3- Rajin untuk Aktifkan Diri (Bersenam)
πŸ’ͺBanyak aktiviti yang boleh dianggap bersenam yang dapat mengeluarkan peluh. Cari masa untuk diselitkan dalam 'kesibukkan' jadual harian anda. 

4- Pengambilan Fat Burner
✌Ini adalah optional untuk korang amalkan. Mungkin ada yang tidak berminat dengan pengambilan suplemen bagi membantu process penyingkiran lemat. Apa yang penting, untuk yang decide nak guna any supplement, pastikan ianya tidak membahayakan kesihatan anda dan mendapat kelulusan daripada KKM. 

Ini antara tips yang mampu untuk korang ikut. Tips yang paling utama jaga pemakanan anda. Sebabnya daripada pemakanan turun ke badan. Hihihi. Terima kasih kerana membaca Tips Kuruskan Badan Untuk Dapatkan Berat Ideal. Selamat maju jaya bagi mereka yang dalam process turunkan berat. 


Oct 25, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Tips Menghadiri Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Tips Menghadiri Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) | Tips kali ini khas untuk diri sendiri dan untuk anda semua yang bakal menghadiri temuduga. Persediaan yang rapi diperlukan untuk memastikan jawatan yang dipohon berjaya. Bukan sahaja persediaan untuk mental sebegitu juga dengan fizikal. Gabungan dua element ini sangat penting untuk kita kelihatan bersedia sewaktu proses interview. Berikut adalah beberapa tips yang dapat diikut untuk menghadiri temuduga permohonan kerja.

PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM DAN SESAMA TEMUDUGA SPA
  1. Pastikan anda cari dulu lokasi temu duga sebelum hari sebenar anda perlu menghadirinya. Ini bagi mengelakkan anda tersesat atau tiba lewat pada hari berkenaan. Anda perlu sampai ke lokasi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Kelewatan adalah perkara yang paling tidak boleh diterima dalam temu duga. Jika ia tidak dapat dielakkan, sila hubungi dan maklumkan mengenai kelewatan anda
  2. Kaji dan kenali jenis temu duga pekerjaan yang anda akan hadiri. Buat persediaan dan berlatih untuknya. Namun, jangan menghafal atau terlebih berlatih hingga cara anda menjawab nanti kelihatan dibuat-buat. Semak soalan lazim temu duga yang terdapat dalam panduan temu duga.
  3. Beri salam hormat kepada penyambut tetamu atau pembantu syarikat tempat anda memohon kerja. Di sinilah anda dapat menampilkan tanggapan pertama (first impression) yang baik.
  4. Bawa salinan resume untuk dirujuk penemuduga. Lebih baik jika anda sertakan bersama portfolio kemahiran kerja anda.
  5. Jika diberikan borang permohonan kerja, isi dengan kemas, lengkap dan tepat.
  6. Beri salam kepada penemuduga dan sebut pangkat atau gelaran mereka – Cik, Puan, Encik atau Dr. Jika tidak pasti, tanyakan kepada penyambut tetamu.
  7. Buat eye contact yang baik dengan penemuduga.
  8. Tunjukkan anda sangat berminat bekerja di syarikat itu.
  9. Elakkan berbicara mengenai topik yang kontroversi.
  10. Pastikan pendapat bernas anda disampaikan dengan baik dan disokong dengan fakta supaya mampu dimengerti oleh penemuduga.
  11. Tunjukkan apa yang anda boleh lakukan untuk syarikat berbanding apa yang boleh anda peroleh daripada mereka.
  12. PERBUATAN YANG DILARANG SESAMA MENGHADIRI TEMUDUGA
  1. JANGAN mengunyah gula-gula getah ketika sesi temu duga.
  2. JANGAN terlalu bergantung kepada borang permohonan dan resume untuk menampilkan kebolehan anda. Tidak kira bagaimana hebat pun anda dari segi akademik untuk jawatan yang dipohon, anda masih perlu mempromosikan diri di hadapan penemuduga.
  3. Berjabat tangan dengan `kemas’ dan yakin. JANGAN bersalam dengan tangan yang basah.
  4. Tunggu sehingga anda dipelawa untuk duduk dan betulkan postur serta `bahasa badan’ anda. Duduk tegak, JANGAN gugup dan tunjukkan wajah bersedia dan berminat sepanjang tempoh temu duga.
  5. JANGAN cuba-cuba untuk berjenaka ketika ditemuduga.
  6. JANGAN merokok walaupun si penemuduga mengajak anda berbuat demikian. Elakkan juga merokok sebelum menghadiri temu duga supaya badan tidak berbau. Segarkan nafas anda.
  7. JANGAN gunakan bahasa pasar, slang atau kata-kata seperti ‘uh’, `hmmm’ dan sebagainya.
  8. JANGAN bercakap terlalu lemah-lembut. Suara yang bertenaga menggambarkan keyakinan.
  9. Miliki keyakinan dan tenaga yang tinggi tetapi JANGAN keterlaluan.
  10. JANGAN pula tunjukkan anda teramat memerlukan pekerjaan hingga sanggup menerima apa-apa jawatan pun.
  11. JANGAN mengulas apa-apa yang negatif mengenai bekas majikan, penyelia atau teman sekerja.
  12. JANGAN sesekali menipu. Jawab pertanyaan panel temu duga dengan jujur dan padat. JANGAN berikan jawapan yang meleret.
  13. Tekankan mengenai pencapaian anda. JANGAN bercerita perkara negatif mengenai diri sendiri.
  14. JANGAN berikan jawapan yang terlalu ringkas seperti ya atau tidak. Bila perlu, sokong jawapan anda dengan sedikit penerangan dan contoh. Ceritakan perkara yang dapat menyerlahkan bakat, kemahiran dan kesungguhan anda.
  15. Buktikan bahawa anda ada membuat kajian mengenai syarikat dan industri yang ingin diceburi bila menjawab soalan.
  16. JANGAN berbicara mengenai masalah peribadi atau keluarga.
  17. JANGAN jawab soalan dengan berkata sesuatu seperti “Itu soalan yang bagus..”. Anda boleh mengambil masa untuk memikirkan jawapan dengan mengulang semula soalan atau meminta penemuduga mengulang soalan. Tidak mengapa jika anda mengambil masa sejenak sebelum menjawab soalan.
  18. JANGAN jawab sebarang panggilan telefon bimbit ketika sesi temu duga. Pastikan anda sudah senyapkan atau matikannya.
  19. JANGAN terburu-buru bertanyakan hal gaji, cuti, bonus atau faedah sehingga anda benar-benar menerima tawaran kerja itu tapi sentiasa bersedia jika ditanyakan soalan sebegitu.

Terima Kasih kerana membaca Tips Menghadiri Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang penting lakukan sehabis baik. Jawab segala persoalan dengan tenang. Percaya dengan kebolehan diri anda. Selamat maju jaya buat semua calon-calon yang bakal menghadiri temuduga. 



Sep 7, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal | Sekarang aku dalam usaha mengamalkan pengambilan cuka epal disebabkan kelebihan dan khasiat cuka epal ini. Mungkin ramai yang dah tahu Kelebihan cuka epal terutamanya untuk membantu menurunkan berat badan. Jadi, jom kaji sikit kelebihan dan Khasiat cuka Epal untuk Tubuh Badan.  


1) Mampu membantu pesakit Kencing Manis untuk mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu meningkatkan sensitiviti reseptor insulin.
  • Satu Kajian menunjukkan Asid asetik dalam Cuka Epal mampu merencatkan aktiviti enzim-enzim pencernaan karbohidrat iaitu maltase, sucrase, lactase dan amalase. Kesannya, tidak banyak karbohridrat yang dapat diserap oleh usus sekali gus mengurangkan peningkatan paras gula dalam darah.
2) Membantu mengurangkan kadar Kolestrol
  • Peningkatan rembesan hempedu dan metabolisme lemak di dalam hati mampu mengurangkan kolestrol dalam badan.
3) Membantu menurunkan Berat Badan
  • Asid asetik terkandung dalam cuka epal mampu membuatkan seseorang merasa kenyang walaupun hanya mengambil kuantiti makanan yang sedikit. 
  • Membantu melambatkan pengumpulan lemak dalam badan.
4) Membantu membuang toksik dalam badan
  • Melancarkan fungsi hati untuk mendetokfikasikan toksik
  • Asid asetik dalam cuka epal mampu bergabung dengan toksin dalam darah untuk menyahtoksinkannya. 
5) Membantu melegakan batuk dan resdung
  • Kandungan Asid Asetik dapat membantu mencairkan mukus dan bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria yang terkandung dalam saluran pernafasan. 





Jun 28, 2016

Assalamualaikum w.b.t


Cara Buang Bintik Kolestrol Sekitar Mata



Siapa pernah alami bintik-bintik kecil di bahagian kelopak mata dan bawah mata? Bintik-bintik ini kelihatan seperti bonjolan kecil macam jerawat. Tapi bila kita nak 'picit' memang sakit. Ada yang menyatakan bintik ini dikenali sebagai bintik kolestrol terhasil akibat paras kolestrol dalam bandan. Betul ke? Aku pun tak tahu. Hihihi. Aku pun pernah alami bintik-bintik kolestrol ni. Tumbuh begitu banyak di bahagian kelopak mata. Ada juga kalau orang yang jenis concern ni tanya: "Pesal tak buang jerawat kat mata kau tu?? "

Jawapan aku: "Bongok ni bukan jerawat. Hahahaha. Lol. Hahaha. Serious, rasanya kalau lelaki okay lagi kot. Kalau perempuan yang kena macam ni mahu tak sakit hati. Satu hari tak nak keluar rumah. Hihihihi. Jadi aku nak kongsikan cara nak buang biji kolestrol ni tanpa perlu keluarkan kos yang mahal yang penting korang kena konsisten dengan pengambilannya. Apa benda tu??


Buang Bintik/Biji Kolestro dengan pengamalan Teh Hijau


Ahamd Green Tea



Inilah antara produk yang aku guna. Alhamdulillah. Sekarang dah takde lagi. Apa yang penting korang memang kita amalkan minum Teh Hijau. Beli je mana-mana 'brand' yang ada kat pasaran sekarang. Aku guna "Ahmad Green Tea". Mungkin banyak produk-produk yang berupaya untuk cegah dan buang benda ni. Kalau yang berkemampuan bolehlah beli tapi untuk 'golongan yang bajet' macam aku boleh try minum Teh Hijau. 

Bintik kolestrol tu akan 'gugur' sendiri. Bila korang ambil bintik ni memang  'seketul' dia jatuh. Memang ada isi macam jerawat. Jadi untuk mereka yang nak cuba bolehlah try consume Green Tea. InshaaAllah berkesan. Apa yang penting "Jimat" "Kurang Kos" dan "Berkesan". Selain daripada ni, teh hijau memang banyak kelebihan dan keistimewaannya. Korang boleh baca Kelebihan dan Manfaat Teh Hijau.