Showing posts with label uia. Show all posts
Showing posts with label uia. Show all posts

Mar 3, 2016


Assalamualaikum w.b.t

Contoh Soalan English Placement Test UIAM



Untuk Contoh Soalan EPT Korang boleh Download dengan klik pada Button Download di bawah:

Post kali ni khas untuk adik-adik yang berjaya menempatkan diri ke Pusat Asasi UIAM. Seperti yang korang sedia maklum, korang semua akan menduduki satu ujian English yang dinamakan English Placement Test (EPT). Jadi ini adalah contoh soalan yang seakan-akan EPT. Bukan 100% tapi adalah banyak persamaannya. Dan contoh ni diambil daripada carian pak cik google. Sebelum tu korang akan hadap 2 task. Task pertama berkaitan graf. Diorang boleh pilih samaada nak bagi line graph, pie chart, ataupun bar graph.

IELTS Writing Samples

IELTS Academic Writing Samples
BAR GRAPH

MODEL ANSWER:

The graphs compare the number of deaths caused by six diseases in Someland in 1990 with the amount of research funding allocated to each of those diseases. It can be clearly seen that the amount of research funding in many cases did not correlate with the seriousness of the disease in terms of numbers of deaths.



In 1990 there were around 0.2 million deaths from AIDS, 0.1 million deaths from leprosy, 0.3 million deaths from tropical diseases, 0.5 million deaths from diarrhoea, 0.4 million deaths from malaria and 1.8 million deaths from TB. These figures can be contrasted with the amount of funding allocated for each disease. In 1990 AIDS received 180 million dollars in research funding, leprosy 80 million dollars in research funding, tropical diseases 79 million dollars in research funding, diarrhoea 60 million dollars in research funding, malaria 50 million dollars and TB 20 million dollars in research funding.



In conclusion it is clear that funding allocation for disease research in Someland is not wholly determined by the number of deaths for which each disease is responsible in a given year.



IELTS
LINE GRAPH

MODEL ANSWER: 

The graph shows the number of cases of X disease in Someland between the years 1960 and 1995. As an overall trend, it is clear that the number of cases of the disease increased fairly rapidly until the mid seventies, remained constant for around a decade at 500 cases before dropping to zero in the late 80s.


  In 1960, the number of cases stood at approximately 100. That number rose steadily to 200 by 1969 and then more sharply to 500 in 1977. At this point the number of cases remained stable until 1984 before plummeting to zero by 1988. From 1988 to 1995 Someland was free of the disease.



In conclusion, the graph shows that the disease was increasingly prevalent until the 1980s when it was eradicated from Someland.




TASK 2

Untuk task 2, biasanya soalan dalam bentuk opinion. Korang kena bagi pendapat korang mengenai topik yang telah diberikan. Biasanya cukup sekadar 4-5 perenggan, kalau boleh jangan lebih daripada 4-5 perenggan ni. Untuk pengolahan perenggan:


Perenggan pertama: Introduction
Perenggan ke-2, ke-3, ke-4 : Isi-Isi korang (Pendapat korang) 
Perenggan terakhir: Conclusion 


Contoh-contoh soalan:

  • Some say that the internet is making the world smaller by bringing people together. To what extent do to you agree that the internet is making it easier for people to communicate with one another.
  • In many countries children are engaged in some kind of paid work. Some people regard this as completely wrong, while others consider it as valuable work experience, important for learning and taking responsibility. What is your opinion on this?
  • Internet when used as a source of information, has more drawbacks than advantages. To what extent do you agree with this statement?




Feb 27, 2016


Assalamualaikum w.b.t

PERSEDIAAN UNTUK KE PUSAT ASASI


Entri kali ini khas untuk adik-adik yang bercadang ataupun telah mendapat tawaran ke pusat asasi di mana-mana pusat asasi pengajian tinggi Malaysia. Mesti korang kusut, serabut, cuak,etc berkaitan persediaan apa yang patut dibuat sebelum selamat menjalani kehidupan di tempat yang baru. Jadi meh sini 'abang' nak bagi sikit perkongsian dengan korang semua. Sebelum nak ingatkan korang mungkin entri ni bias untuk bakal-bakal student asasi UIAM (CFSIIUM). Apa yang perlu dibuat sebelum ke pusat asasi?

1. Pastikan korang lengkapkan semua borang-borang yang berkaitan dan lisatkan semua dokumen yang dikehendaki. Part ni korang perlu alert untuk memastikan takde sebarang masalah semasa proses pendaftaran. Biasalah masa nak daftar tu confirm ramai orang. Jadi untuk mengelak daripada sebarang perkara yang menyusahkan korang siapkan semuanya dirumah anda. Untuk menjadikan ianya lebih sistematik sediakan satu fail untuk letak segala borang dan dokumen yang dikehendaki semasa pendaftaran. 

2. Sediakan gambar berukuran passport yang cukup. Kalau boleh sediakan banyak sikit. Sebabnya untuk memudahkan korang. Manalah tahu time daftar tu tetiba ada borang tambahan yang memerlukan korang untuk lampirkan sekali dengan gambar.

3. Perkakasan: Baju, seluar, baldi, iron, dan seangkatan dengannya. First baju dan seluar, korang agaklah banyak mana baju yang korang perlu bawa. Rasanya cukup untuk pakai seminggu. Lepas tu basuhlah untuk dipakai minggu-minggu seterusnya. Baldi, kalau korang taknak bawa dari rumah pon takpe, sebab biasanya korang boleh dapatkan baldi di kiosk-kiosk yang terdekat. Iron? Rasanya lelaki jarang sangat nak gosok baju. Kalau pempuan mungkin digalakkan untuk bawa iron. Tapi biasanya tentu salah sorang roommate korang dah bawa. Jadi pandai-pandailah share dengan diorang. Satu lagi bantal. Jangan lupa untuk bawa bantal dan cadar. Memang benda ni tak disediakan untuk korang. Hanya katil dan tilam sahaja yang ada. :)

4. Yang ni khas untuk student asasi UIAM. Biasanya korang akan ada 3 exam time minggu sua kenal (ta'aruf week). Yang pertama English Placement Test(EPT), Arabic Placement Test(APT) dan tilawah test. Untuk yang EPT korang bolehlah ushar soalan muet. Biasanya ada 2 bahagian; yang pertama karangan mengenai graf. Korang kena describe graf tu menaik, menurun, mendatar. Bahagian kedua karangan mengenai opinion. Untuk APT, rasanya bagi student yang ada background arabic tak susah. Untuk korang yang langsung tak pernah belajar arab satu je yang boleh buat iaitu redho. Hihihi (Aku dulu tinggal kosong macam tu je). Tilawah test korang kena baca al-Quran. Biasanya Ustaz akan ambil mana-mana ayat dari quran. Korang biasanya akan baca 2-3 ayat je. :D

5. Laptop. Jika tanya pendapat aku ianya satu pilihan. Nak bawa pun okay takde pon okay. Sebabnya, untuk peringkat asasi assignment takdelah banyak yang memerlukan korang untuk guna laptop. Kalau ada pon korang boleh je pergi guna komputer yang disediakan di lab-lab komputer. Tapi kalau ada ianya satu bonus untuk korang.


6. Duit/perbelanjaan?? Mungkin korang perlukan sedikit pencerahan. Setiap pelajar samaada di matrikulasi ataupun asasi korang akan diberikan elaun oleh KPTM yang berupa wang poket. Biasanya RM250 sebulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang untuk cukup satu sem dalam RM1100++. Jadi pandai-pandailah berjimat-cermat. 


Mar 7, 2015







Assalamualaikum w.b.t




Perhatian : Sebarang pertanyaan boleh ke entry : Q&A Pusat Asasi UIAM 2017 disebabkan entri ini terdapat banyak komen dan terpaksa menunggu loading yang sangat lama. Jadi saya susah nak reply komen korang. Jadi untuk memudahkan sila ke halaman yang dinyatakan di atas. Terima Kasih. 



Entry kali ini khas buat adik-adik lepasan SPM yang merancang untuk menlanjutkan pelajaran korang semua ke mana-mana pusat asasi. Entry ini bias sedikit untuk Pusat Asasi UIAM. Pertamanya tahniah buat korang semua dengan kejayaan yang digapai untuk result SPM. Sebelum tu tengok sikit kurikulum di UIAM.

Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada :
(i) Kursus Wajib Universiti yang mengandungi kursus-kursus dalam bidang :
(a) Bahasa Inggeris
(b) Bahasa Arab
(c) Pengajian Islam
(ii) Kursus Wajib Kulliyyah (Fakulti)
Kursus ini ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan ianya dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah.
(iii) Kursus Umum - Komputer
Kursus ini diwajibkan kepada semua pelajar. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan dalam pengendalian dan penggunaan komputer.

NOTIS: SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT UPDATE TERKINI (TAHUN 2016)


Senarai Asasi Di UIAM :



  1. Asasi Sains Kemanusiaan (Y0140)
  2. Asasi Bahasa Inggeris (Y0150)
  3. Asasi Bahasa Arab (Y0151)
  4. Asasi Ekonomi dan Sains Pegurusan (Y0200)
  5. Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (Y0300)
  6. Asasi Undang-undang (Y01600)
  7. Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam (Y0707)
  8. Asasi Sains Hayat (Y0010)
  9. Asasi Sains Fizikal (Y0020)
  10. Asasi Sains Kesihatan Bersekutu (Y0030)
  11. Asasi Kejururawatan (Y0031)
  12. Asasi Farmasi (Y0060)
  13. Asasi Pergigian (Y0070)
  14. Asasi Perubatan (Y0080)
  15. Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer (Y0400)


Untuk Mengelak daripada masalah loading pada page ini, Korang perlu download syarat kelayakan ke asasi UIAM dengan klik button "Download Now" di atas. Sebarang pertanyaan yang relevan boleh dibuat. Terima kasih.







Mar 1, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Tengok keywords blog banyak menyentuh perkara berkaitan UIAM. Salah satunya bahasa arab. Sedikit pencerah buat adik-adik yang berhasrat dan berminat untuk memilih UIAM sebagai pusat pembelajaran korang semua. Jadi wajib ke belajar/ambik bahasa arab ni? Jawapannya adalah WAJIB korang semua mempelajari bahasa arab melainkan ada bukti kukuh korang master dalam bahasa arab. Wajib itu tu bukan maksudnya berdosa kalau korang tak ambik tapi ianya merupakan salah satu syarat kelayakkan untuk sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli keluarga UIAM. Sebenarnya bukan bahasa Arab saja yang korang wajib ambik tapi bahasa Inggeris juga korang wajib ambik. Maksudnya kat sini, bila menjejak kaki ke UIAM tak kira samaada korang nak sambung asasi ataupun nak sambung degree(budak diploma/STPM); korang semua 'semestinya' akan berdepan dengan ujian bahasa arab dan bahasa Inggeris. Kat sinilah tahap penguasaan anda semua dinilai megikut level masing-masing. Kalau memang ada yang master bolehlah terus skip daripada belajar bahasa arab atau pun English!

Kalau bab bahasa arab, khas buat student science,engineering, architecture etc korang tak perlu risau sebab bukannya korang belajar sesuatu yang advance. Maksudnya cukup setakat level 2. Lepas tu lepas. Belajar pon benda-benda yang asas. Hafal perkataan untuk bina ayat. Kalau yang bernasib baik level 1 boleh terus exit. Jadi bolehlah jimat masa sikit. Exam pon formatnyalebih kurang macam PMR. Jadi tak perlu nak risau sangat!Chill.

p/s:Sebarang pertanyaan boleh drop comment.InshaaAllah akan cuba untuk dijawab!




Sep 27, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah.Ucapan syukur yang mendalam kepada Yang Maha berkuasa dengan segala limpah kurniaan yang diberikan. Rasanya dah lama aku tak menulis mengenai diri sendiri dalam blog ni. Mungkin takde apa yang ingin di ceritakan. Jadi hari ini saja nak mengukir cerita mengenai diri. Cewah.Bukan selalukan.Apa-apa pun layan aje....


Kuliyyah of Engineering.
Klasik bukan reka bentuk bangunan ni? Atas sana tu adalah bangunan kuliyyah untuk semua budak-budak engineering. Kalau tak salah aku, kawasan yang paling luas dalam universiti. Terdetik rasa bersyukur sebab dapat masuk UIAM. Alhamdulillah. Sedikit perkongsian, UIAM merupakan universiti yang ke-6 terbaik kat Malaysia. Satu pencapaian yang baik sebab top 5 universiti di Malaysia adalah research universiti. 

Selingan je kat atas tu. Apa-apa pun setiap unviersiti ada kelebihannya masing-masing. Bila masuk je dalam kawasan Uia korang dapat rasakan berada dalam satu negara kecil. Sebab apa? Sebab pelajarnya juga banyak daripada luar negara. Nak-nak lalu depan masjid, dapat diperhatikan. Dapat juga merasa duduk oversea.Hahahaha.Poyo!
Masjid UIAM. Titik tengah dalam Universiti

Masjid ini menjadi titik tengah kepada setiap bangunan yang ada di dalam kawasan UIA. Tempat tu memang strategik. Dan setiap hari jumaat lelaki memang diwajibkan menunaikan solat jumaat dan semua pelajar perempuan dialu-alukan untuk mengikuti khutbah yang disampaikan oleh khatib. Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak abadikan dalam blog ni. Tapi semuanya dah hilang sebab handset aku kena virus dan semua gambar-gambar dah hilang.

InshaaAllah,mungkin lain masa aku akan terus update 'gambar-gambar' lain(bajet macam artis) dan buat review sikit padal UIA ni. Sebablah masih dalam proses kenal-mengenali.Sekian.. :D