Jun 12, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Running Man Episode 354 Eng Sub


Running Man Episode 354 Eng Sub | Running Man is a South Korean variety show; a part of SBS's Good Sunday lineup, along with Roommate. It was first aired on July 11, 2010. This show was classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows focused in an urban environment. The MCs and guests complete missions in a landmark to win the race. The show has since shifted to a more familiar reality-variety show concept focused on games.


Jun 11, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Product Review :  Himalaya Protein Shampoo Repair & Regeneration Membantu Masalah Rambut Gugur


Product Review :  Himalaya Protein Shampoo Repair & Regeneration | Siapa dah pernah cuba produk ni? Review kali ini secara ikhlas yang timbul dari hati. Rasanya tak salah untuk berkongsi sesuatu yang baik dan berkesan untuk semua. Seriously, antara Shampoo yang bagus untuk korang amalkan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut disamping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Aku antara yang mengamali masalah rambut gugur yang memang serious. Rasanya, kalau tak cegah 2,3 tahun lagi boleh jadi versi upin ipin, hehehe

Jadi, banyak solusi yang aku cuba. Antaranya, mengamalkan pengganu produk Himalaya yang berasakan herba sesuai untuk sesiapa yang ada masalah berkaitan rambut; tak kira rambut gugur, rambut botak dan sebagainya. Alhamdulillah, dah sebulan menggunakan Shampoo protein dari produk himalaya, nampak perubahan pada masalah keguguran rambut. 

Kelebihan Himalaya Protein Shampoo Repair & Regeneration 

  • Perfect for dry, fizzy or hair damaged from blow-drying, brushing and chemical treatment
  • Intensive Conditioning from the root to the tip repairing
  • Regenerating your hair and protecting it from future damage


Jadi, dengan adunan herba-herba pilihan masalah berkaitan rambut pada dikurangkan. Tak salah untuk korang cuba sebab harganya sangat-sangat berpatutan bersesaui dengan kesan daripada penggunaan produk ni. Apa yang penting berterusan menggunakannya. 

Macam mana nak dapatkan Himalaya Protein Shampoo Repair & Regeneration? 

Korang boleh je berkunjung di mana-mana cawangan watsons yang berhampiran. Memang ada jual kat situ. Harga ikut saiz yang korang pilih. Tapi.. Ada yang lagi senang. Terus je ke laman utama Lazada. kat situ korang boleh pilih. Harga pun sangat-sangat cun dengan banyak diskaun yang diberikan ataupun terus je klik pada link di bawah :








Jun 10, 2017

Assalamualaikum w.b.t




Aku antara yang suka hidup dalam kenangan, hidup memikirkan suatu masa depan yang samar. Banyak persoalan yang masih aku cari jawapan. 🍃🍃 

Teroka sebuah buku yang dibeli 4tahun lepas. Tidak terusik. Kemas. Melewati satu per satu helaian. .
Tertarik dengan tajuk:

HANYA UNTUK HARI INI

Bagai memberi sebuah jawapan yang aku cari selama ini. mungkin.

Petikan: " merancang dan bekerja dengan apa yg ada di tangan, tanpa bimbang hal² yg tidak menentu atau terbayang dalam angan².

Yang ditangan itu REALITI, sementara yang ada dalam angan-angan itu hanyalah ilusi.

Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yg samar- 'MASA LALU yang memori dan MASA DEPAN yang ilusi.

Hidup sebenar ialah HARI INI yang realiti.

Apa pun terima kasih untuk kenangan yang hanya untuk jadi peneman. 😊😊😊
Assalamualaikum w.b.t

Novel Online : Semusim Rindu Karya Aleya Aneesa


SINOPSIS SEMUSIM RINDU KARYA ALEYA ANEESA



Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?






Jun 7, 2017

May 26, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Ramadan Kareem buat semua pembaca tika ini. Dah lama tak publish apa-apa entri mengenai diri. Siang bertukar malam, dah masuk bulan rahmat untuk seisi alam. Bagaimana terlalu banyaknya janji Allah yang diberikan untuk bulan Ramadan. Banyak yang ingin aku perkatakan, tapi otak berkarat untuk 'generate' struktur ayat yang sesuai. Mungkin dah lama tak menulis.. Mungkin

Banyak yang aku lalui untuk tahun 2017, banyak benda yang ingin diluahkan. Tapi masih tiada sebarang permulaan untuk aku bicarakan. Hahaha. Lumrah mungkin.

Sebelum terus kelaut, lari daripada tajuk asal eloklah ak berpatah balik. First time degree tak dapat sambut puasa pertama kat rumah. Mak aku call macam acah-acah sedih juga. Ehh.. Hahaa. Biasanya sebulan penuh dirumah. InshaaAllah berkesempatan seminggu balik, banyak benda yang ada dalam list apa yang perlu dibuat. Selepas tu, sambung intern. 

Jadi, selamat berpuasa untuk korang semua! Jangan ponteng tau. Hahahhaa. Semoga bulan ini kita mampu mengejar sebanyak mana pahala yang terdaya. Wasslam ~ikhwan yusuff