Sep 6, 2017

Aug 25, 2017

Assalamualaikum w.b.t


Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Padi | Review tentang masak lemak; masak lemak berasal daripada tradisi nusantara. Ianya sangat popular di negara rumpun melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Jadi macam mana nak masak Ayam Masak Lemak Cili Padi? Jom mulakan. 


BAHAN-BAHAN AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


  • Ayam (Ikut Kauntiti yang diinginkan)
  • Minyak Masak
  • Serai (1-2 Batang)
  • Bawang Merah (3-5 Biji)
  • Cili Padi (10-15 Biji)
  • Santan
  • Daun Limau Purut
  • Asam Keping 
  • Garam secukup rasa
  • Daun Kesum 
BAHAN YANG DIKISAR 
  • Bawang, Halia dan kunyit dikisar bersama. Jangan terlalu lumat. 😉😉
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak. Bila minyak dah panas masukan bahan-bahan yang dikisar (Bawang+Halia+Kunyit). Tumis sehingga naik bau. 👃👃
  • Masukan ayam kedalam bahan tumiskan. Biarkan seketika untuk sebatikan ayam dan bahan tumisan. Kemudian masukan air. 
  • Seterusnya, masukan santan kepala, serai, daun limau purut, daun kesum dan asam keping. 
  • Tunggu sehingga mendidih dan pecah minyak. (Pastikan anda kacau hingga mendidih).
  • Siap dihidangkan! 💗💗


Assalamualaikum w.b.t

Tips Diet : Minuman Yang Membantu Turunkan Berat Badan | Salah satu faktor berlaku penambahan berat badan disebabkan amalan peminuman seharian. Adalah penting untuk kita kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kadar gula yang banyak. Jadi, hari ini dalam tips diet, kita bincangkan jenis-jenis minuman yang mambantu menurunkan berat badan. 

Pertama - Mengamalkan meminum madu bersama lemon. 
  • Bukan sahaja mampu membantu menguatkan sistem tubuh badan, pengambilan minuman ini dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan. Lemon sangat berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan. Jadi antara ikhtiar yang mampu untuk kita sesama amalkan. 
Kedua - Mengamalkan meminum Green Tea (Teh Hijau)

  • Teh hijau sangat-sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Zat yang terkandung dalam teh hijau membantu untuk membakar lemak-lemak degil dalam badan. Pernah dibincangkan mengenai Kelebihan Teh Hijau sebelum ini. 

Ketiga - Mengamalkan pengambilan Jus Nenas
  • Jus Nenas juga dikatakan mampu memberi kesan yang positif untuk menurunkan berat badan. Ianya mengandungi serat yang tinggi yang mampu membantu dalam process pencernaan. Apa yang menarik mengamalkan jus Nenas dikatakan mampu untuk mengawal nafsu makan. 

Keempat - Mengamalkan pengambilan Jus Epal
  • Pengambilan Jus Epal tidak dapat disangkal dalam membantu menurunkan berat badan. Kelebihan Buah Epal Hijau yang membantu untuk menurunkan kadar kolestrol dalam badan membantu menurunkan berat badan. Jadi, jangan lupa untuk mengamalkan pengambilan jus epal. 

Aug 24, 2017

Assalamualaikum



Abang dah hantar dia ke kelas tuisyen. Umur 6 tahun, tak nak dia tertinggal nanti; nak masuk tahun 1. 


Sebab ianya satu pengorbanan yang lahir telus dari hati. Entah datangnya terus mengetuk pintu hati. Mungkin ianya sama dengan kehidupan aku walaupun aku dapat rasakan hidupnya itu lebih perih dan berliku. Aku harap pengorbanan yang dia lakukan akan dibalas dengan pengorbanan diakhirnya. Moga kau membesar dan ingat sesuap pengorbanan ni dik! 

Berkorban jiwa, kudrat, masa, wang ringgit. Mungkin banyak pilihan yang ada. Tapi paling utama bagi aku berkorban untuk kasih dan sayang kepada keluarga. Puncak yang paling penting untuk digapai. Moga aku menjadi seorang yang sedia berkorban untuk mak ayah. Amin. 



Aug 23, 2017

Assalamualaikum w.b.t




Habis Madu Sepah Dibuang. Satu gambaran yang jelas untuk kamu-kamu yang tidak begitu mendalam maksud 'Menghargai'. Untuk diri sendiri juga ditujukan pesanan ini. Mungkin tatkala kau terasa bahagia dengan apa yang tercapai untuk hari ini, hingga senang sekali hilang untuk beringat kepada jasa sifulan yang pernah tersusah payah lalui jalan hidup engkau. Walaupun kekadangterfikir, tak perlu untuk dia bersusah payah untuk kamu. Tapi, berkuatkan satu dasar 'Kasih sesama manusia' dia hulurkan beberapa jari yang ada agar kau tak tenggelam selamanya. 

Tapi, pelayaran yang atas dasar kasih sesama manusia itu kian pudar untuk kau ingat. Mungkin elok dilontar jauh-jauh. Saja nak lupakan jari jemari yang tak pernah berhenti menghulur. Mungkin dia silap terlalu baik. Mungkin juga silapnya kerna terlalu baik.

Jadi, Hargai Selagi Perlu Kamu Hargai. Sebab aku yakin, cukup engkau ingat- walaupun dengan sebaris kata "Weh kau ingat tak" cukup untuk dia rasa hargai. Tulisan ini untuk semua. Untuk seorang yang bergelar anak kepada kedua orang tuanya, mungkin untuk Sang Ayah dan Emak kepada seorang anak. Mungkin untuk seorang sahabat untuk mengaku - Engkau sahabat terbaik untuk sahabat yang kian dilupa. Sebab aku yakin pasti akan ada satu nada - CUKUPLAH KAU HARGAI KEHADIRAN INI. Ya mungkin itu sudah bercukup sesangat.




Jul 24, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Diet Mudah Menggunakan Telur | Telur merupakan Menu diet yang paling simple untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sekarang aku pon dah tanam azam nak start balik berdiet ni. Sebabnya, pemakanan adalah faktor utama yang perlu kita titik beratkan untuk mendapatkan berat badan idaman. Menu ini boleh dipilih samaada mahu digoreng, direbus dan sebagainya. Berikut adalah beberapa menu diet yang boleh dicuba untuk yang berdiet. 

1- Telur Rebus (Masak separuh atau fully masak)



Nampak simple kan. Rasanya ini adalah menu yang paling senang dibuat sebagai menu diet. Setakat ni, biasanya aku makan untuk time breakfast. Quantiti 2-3 biji untuk setiap hidangan. Boleh tahan hingga lunch. 😊😊

2- Telur Dadar Kosong/ 'berinti'


Menu seterusnya adalah telur dadar. Korang boleh pilih untuk dimasak kosong ataupun ditambah 'inti' kat dalam. maksudnya, letak bawang, garam dan sebagainya. Tapi pastikan bahan yang nak ditambah takkan menganggu diet korang. Then, goreng dengan quantiti minyak yang sedikit. 

3- Telur Bistik 



Biasanya menu ini untuk lunch ataupun dinner. Korang boleh buat berkuah sikit tapi dalam kuantiti yang sedikit. Boleh ditambah ayam dan sayur-sayur. Tapi elak tambah daging okay. Cara nak menyediakkannya cukup senang. Kalau tak tau google. hhihihih

4- Telur Hancur 



Menu yang terakhir, Telur Hancur. Pecahkan telur letak sikit garam pastu letak dalam kuali. Kacau hingga jadi hancur. Sesuai untuk breakfast,lunch ataupun dinner.