HILANGKAH DAMAI ITU?

Assalamualaikum w.b.t


Kekadang hati selalu berbisik dan akal sentiasa berfikir "akan hilangkah damai ini?".Sejak kebelakangan ini aku selalu terbaca dan melihat dalam media-media massa tentang rusuhan dan perhimpunan di sana sini(luar mahupun dalam).Macam-macam tanggapan keluar dalam benak fikiran.Benar atau hanya sekadar omongan kosong sahaja.Aku bukanlah nak menunding jari salahkan mana-mana pihak.Dan tidak pula mahu sebelahkan mana-mana pihak.Tapi cuba fikirkan sejenak bagaimana kalau kedamaian yang kita miliki ditarik buat  seketika?Pasti hilang segala sinar kebahagian.Lenyaplah segala norma keperimanusian.

Kalau direnung sejenak,saudara-saudara kita di Palestin bermati-matian berjuang untuk mempertahankan tanah air tercinta.Sanggup berkorban menjaga agama yang teragung.Tapi kita?Saling bermusuh-musahan sesama sendiri.Tiada persefahaman antara kita.Diri aku bukanlah baik tapi hanya sekadar luahkan pendapat.Sanggupkah kita menghancurkan sebaris pelangi yang terpapar indah?Meruntuhkan beribu-ribu impian yang terbina tinggi.Menghancurkan nikmat keamanan yang dirasai generasi hari ini.Begitu sukarkah mempelajari erti sebuah keamanan dan kedamaian itu?

Moga kita sentiasa dicucuri rahmat dan dikekalkan keamanan dan kedamaian yang telah kita rasai.Moga kedamaian itu tidak melenyap menjadi sebuah damai yang hilang.Terus lenyap dalam sinar hitam rekaan kita sendiri.Jangan biarkan sebuah kedamaian itu hilang daripada pelukkan ita.

p/s:Aku tulis secara general takde nak kaitan dengan isu sensitif.Mohon memahami.:D
Previous
Next Post »

21 Comments

Write Comments
Dhia Dirham
AUTHOR
December 29, 2013 at 11:00 PM delete

yup jangan biarkan sebuah kedamaian itu hilang daripada pelukkan kita ;)

Reply
avatar
Akeyla Azmi
AUTHOR
December 29, 2013 at 11:21 PM delete

Betul, serious teringat tau kalau ternampak org org yg sokong gaza palestin etc tu semua. Hm bila lah those ppl nk stop T_T


Hmm negara kita ni qila no komen. Hope semua stop and tenang tapi wallahu'alam. Tak tahu dh nk ckp ape. Haih..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
December 29, 2013 at 11:35 PM delete

Mmg betul tu Ikhwan.. sepatutnya kita semua bersyukur & menghargai keamanan yg ada pada kita semua.. jngn nanti menyesali & mengharapkan keamanan spt yg ada skrng di masa bila ianya sudah tiada kerana kita sendiri yg mencemarinya...

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
December 29, 2013 at 11:41 PM delete

Ada pilihan.

1) Sama ada nak terus berada dalam keadaan yg aman namun dlm masa yg sama memejam mata terhadap apa jua yg dilakukan oleh kerajaan.

2) Atau nak suarakan pendapat yg natijahnya mungkin dicop sbg pengkhianat & berakhir dlm penjara. Keluar dari kepompong keselesaan yg mana mungkin akan mengubah masa depan dlm 1001 cara.

Saya pasti setiap negara mempunyai isu kebebasan yg sangat berbeza.

Sama-sama kita renungkan.

Reply
avatar
ikhwan yusuff
AUTHOR
December 29, 2013 at 11:50 PM delete

@Gee Lion
Yeah semua keputusan ad dlam tngn masing2....
Tapi secara generalnya peranan diri sendiri...Sebab apa?semua org selalu menunding salah sana sini tapi satu je point kita lupa nak highlight.Apa peranan kita?Apa yg kita buat?

Reply
avatar
December 30, 2013 at 12:46 AM delete

seharusnya kita semua mensyukuri nikmat keamanan yang selama ini kita ada..

Reply
avatar
Kechek Buzz
AUTHOR
December 30, 2013 at 1:45 AM delete

keamanan kita bukan sahaja fizikal yg terganggu tapi lebih bahaya pun ada iaitu keamanan pemikiran. banyak dah yang tak aman dalam hidup ni.. hmmm

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
December 30, 2013 at 1:51 AM delete

@ikhwan yusuff saya rasa itu yg sedang mereka sedang buat : peranan masing-masing.

dan kita? apa yang kita buat sekarang dan belah mana hati kita berdiri, itulah peranan kita (:

Reply
avatar
ikhwan yusuff
AUTHOR
December 30, 2013 at 7:29 AM delete

@Gee Lion
yup...:)
btw sorry klau isu ni jdi isu yg sensitif for certain people...
apa yg pnting ikutlah cara islam kn......jdkn kisah yg lalu sbga pengjaran...kita tengok dan lihat..

mungkin cara ni yg terbaik..go on..

:DDDD

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
December 30, 2013 at 9:15 AM delete

kadang2 ika pun pelik, bila dah ada kedamaian masih ada segelintir pihak yang nak buat kacau bilau, ika pun tak nak tuding mana2 pihak, tapi secara logiknya, kita semua sukakan kemanan, cuba bayangkan kalau kita di tempat mereka2 yang sedang bergelut untuk mendapatkan kedamaian, sanggup ke kita?

bersyukur itu kan lebih baik :)

Reply
avatar
Mime MF
AUTHOR
December 30, 2013 at 3:08 PM delete

setuju sgt..jgn kita sendiri yg ragut nikmat kedamaian dgn bt benda yang bukan2..walhal org lain bermatian-matian mahukan kedamaian.

Reply
avatar
December 30, 2013 at 5:37 PM delete

Jom buat kempen Remaja Cintakan Keamanan :) Hehehe

Reply
avatar
ikhwan yusuff
AUTHOR
December 30, 2013 at 5:52 PM delete

@Affy Afiqah
betul syukur itu lebih baik..:DD

Reply
avatar
ikhwan yusuff
AUTHOR
December 30, 2013 at 5:53 PM delete

@Dzureen Darwis
:) kempen tpi bermula dgn diri sendiri..:)

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
December 30, 2013 at 9:11 PM delete

@ikhwan yusuff sampai sekarang saya masih terfikir, apakah cara yg terbaik utk menyelesaikan konflik2 ni. padahal sy bukan pemimpin negara pon nak pikir hal2 macam ni.. hehehe..

Reply
avatar