May 14, 2018

Resepi Udang Masak Diraja



Untuk peminat menu seafood diluar sana, resepi ini patut dicuba untuk dijadikan sajian bagi membuka selera makan anda semua. Resepi Udang Masak Diraja sangat simple dan mudah dan menjanjikan rasa yang sedap! Berikut adalah resepi udang masak diraja.

RESEPI UDANG DIRAJA
Bahan-Bahan untuk dikisar :4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar
Bahan-Bahan lain :Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat
Cara Penyediaan Udang Masak Diraja
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak dan masukkan serai dan asam keping,masukkan udang. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula/ajinomoto.

1 comment: