Resepi Tomyam Ayam Mudah dan Sedap



Resepi Tomyam Ayam Mudah dan Sedap | Antara hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Berikut dikongsikan Resepi Tomyam Ayam Mudah dan Sedap untuk anda semua. Selamat mencuba.
Bahan-bahannya:
  • 1 pakej perencah tomyam
  • 1 kiub pati tomyam maggi
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 4 biji tomato
  • 6-7 cili padi
  • 3 batang serai
  • 4 daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • lengkuas atau halia
  • ayam / udang / sotong
  • bunga kubis
  • Lobak merah
  • gula
  • penyedap rasa
  • perencah secukupnya
Cara Penyediaannya:
  1. Kisar 2 ulas bawang merah, 1 batang serai, 1 1/2 tomato, dan 3 cili padi.
  2. Masukkan air untuk buat kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 pakej perencah tomyam.
  4. Masukkan lobak merah sampai setengah empuk.
  5. Bila sudah, masukkan lebihan cili, serai yang dititik, halia yang dihiris, bawang besar, gula, garam, pati ayam, pati tomyam dan perencah secukup rasa.
  6. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.

Resepi asal: http://dapurmalaysia.com/tomyam-ayam/
Resepi Tomyam Ayam Mudah dan Sedap Resepi Tomyam Ayam Mudah dan Sedap Reviewed by Jejari Menaip on 9:27:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.