Resepi Biskut Semperit Gebu



Bahan-bahannya :

250g butter
150g gula icing
1 biji kuning telur
250g tepung red rose (tepung biskut)
150g tepung kastad
30g tepung jagung
1 sudu teh essen vanila
Manik gula sebagai hiasan

Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung red rose. tepung kastad dan tepung jagung dan ketepikan
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan essen vanila dan terus pukul sehingga begaul sempurna.
  4. Kemudian masukkan dahulu tepung kastad bersama tepung jagung yang telah diayak dan sebatikan. 
  5. Kemudian masukkan pula tepung biskut sedikit demi sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari.
  6. Panaskan oven pada suhu 170'C
  7. Sediakan dulang pembakar dan griskan dengan butter.
  8. Masukkan doh kedalam acuan semperit dan tekan keatas loyang
  9. Buat dalam 2.5 cm panjang and hiaskan dengan manik gula
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 15 minit

Resepi Biskut Semperit Gebu Resepi Biskut Semperit Gebu Reviewed by Jejari Menaip on 3:40:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.