Sinopsis Movie Ada Apa Dengan Dosa



JUDUL : ADA APA DENGAN DOSA
TARIKH TAYANGAN : 4 Jun 2020 
PENGARAH : Rahila Ali
PRODUKSI : Pencil Pictures & Records
PELAKON : Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi

WATAK PELAKON 
Ashraf Muslim sebagai Ustaz Aariz
Wanna Ali sebagai Aurora
Fasha Sandha sebagai Siti Zahra
Haris Ismail sebagai Khaliq
Adam Corrie sebagai Yusof Lee 

SINOPSIS ADA APA DENGAN DOSA
Mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri. Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya.

Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini. Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.

Sinopsis Movie Ada Apa Dengan Dosa Sinopsis Movie Ada Apa Dengan Dosa Reviewed by Jejari Menaip on 10:27:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.