Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton??

 


Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton?? | Drama fenomena yang berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi memberi bayangan drama ini bakal menemui penonton untuk musim ke 3. Menerusi musim pertama dan kedua, drama 7 Hari Mencintaiku yang diadaptasi daripada novel karya novelis terkenal Siti Rosmizah berjaya menambat hati penonton ditambahkan lagi dengan lakonan mantap semua pelakon-pelakon drama ini seperti Shukri Yahya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi. Berikut adalah teaser 7 Hari Mencintaiku 3 yang dimuatnaik menerusi akaun youtube Drama Sangat Official yang memberi bayangan pelakon utama Khuzairi (shukri Yahya) yang terlibat dalam kemalangan dan warkah daripada Pak Samad.

 

Ramai peminat tidak sabar untuk mengikuti plot drama untuk musim ketiga ini. Apa yang pasti pihak Siti Rozimah menerusi akaun instagram menyatakan segala skrip telah pun siap dan mengharapkan agar semua peminat sabar dan tidak membuat andaian sendiri mengenai Drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini yang bakal disiarkan. 

FENOMENA BAKAL TERCIPTA LAGI 7 HARI MENCINTAIKU 3
❤️❤️❤️
.
@dramasangat @tv3malaysia. Karya Novelis best seller Siti Rosmizah 7 Hari Mencintaiku 3 di Slot Akasia TV3.
.
Warkah dari Pak Samad buat anak2, menantu2 dan isterinya. Tapi jgn buat apa2 andaian dari warkah ini. Jgn kata Pak Samad meninggal...atau apa2 jua andaian dari cerita ini.
.
Saya juga minta tak perlu beri apa2 idea utk sambungan cerita ini sebab cerita 7 Hari Mencintaiku 3 telah pun siap. Cuma tunggu untuk dibuat skrip saja. Apa juga idea2 diberi saya amat hargai.
.
NANTIKAN DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 DENGAN PLOTING DAN CERITA YG LAGI MENCABAR PELAKON2 HANDALAN KITA.



Apa yang lebih menarik, pihak Media Prima bersama Syarikat SR One Sdn Bhd telah mematerikan MOU untuk kerjasama menerbitkan drama daripada novel-novel dibawah naungan SR One Sdn Bhd. Ini merupakan satu langkah yang baik dan sememangnya diharapkan oleh peminat-peminat drama tempatan. Jadi sama-sama kita nantikan kerjasama hebat ini.
Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton?? Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Menemui Penonton?? Reviewed by Jejari Menaip on 10:23:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.