Resepi Kuih Talam Pisang | Kuih yang boleh dikategorikan sebagai kuih tradisional yang wajib dicuba oleh semua. Kebiasaannya kuih Talam Pisang ini mempunyai dua lapisan dimana lapisan atas adalah tepung beras dan santan manakala lapisan bawah dibuat daripada bahan utama pisang. Jadi macam mana nak buat respi ini? Berikut dikongsikan Resepi Kuih Talam Pisang untuk anda semua. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Lapisan Atas (Bahan-Bahan)
⏩Santan Pekat (3 cawan)
⏩Tepung Beras (1 1/2 Cawan)
⏩Secubit garam (secukup rasa)
Lapisan Bawah (Bahan-Bahan)
⏩Pisang (1 cawan - Boleh blend)
⏩Tepung Beras (1 Cawan)
⏩Gula (1/2 cawan)
⏩Santan Cair (2 cawan)
⏩Garam secukup rasa
Lapisan Atas (Bahan-Bahan)
⏩Santan Pekat (3 cawan)
⏩Tepung Beras (1 1/2 Cawan)
⏩Secubit garam (secukup rasa)
Lapisan Bawah (Bahan-Bahan)
⏩Pisang (1 cawan - Boleh blend)
⏩Tepung Beras (1 Cawan)
⏩Gula (1/2 cawan)
⏩Santan Cair (2 cawan)
⏩Garam secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN
⏩ Gaulkan semua bahan-bahan lapisan bawah dan tuangkan ke dalam loyang (pastikan anda sapu minyak pada loyang) dan kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana
⏩ Gaulkan bahan-bahan lapisan atas. Untuk mendapatkan hasil yang baik boleh tapis bahan-bahan ni dan letakkan ke dalam kuali (non stick)
⏩ Masak bahan-bahan ini sehingga masak dan pastikan anda sentiasa kacau
⏩ Tuangkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam adunan bahan-bahan lapisan bawah (tips: untuk pastikan kedua-dua bahan melekat boleh cakar-cakar dahulu bahan lapisan bawah sebelum tuang adunan bahan lapisan atas)
⏩ Kukus sekali lagi selama 20 minit dengan api sederhana
⏩ Sedia untuk dihidang. Pasti kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong

Resepi Kuih Talam Pisang
Reviewed by Jejari Menaip
on
4:05:00 PM
Rating:
No comments: