Novel Cik Buah Hati Encik Sendu Karya Airisz | Baca Online Novel Cik Buah Hati Encik Sendu

 



Tajuk : Cik Buah Hati Encik Sendu
Penulis : Airisz
Harga : RM25.00

Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.

Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.

Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.

Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di sisi. Aku ingin terus hidup!

Lebih menyedihkan, keadaan hidup kami yang susah langsung tak dipeduli oleh adik-beradik belah ayah. Tapi bila sebut soal harta peninggalan arwah ayah, laju saja nak uruskan. Dapat tahu semua harta atas nama aku, mereka buat rancangan sendiri nak kahwinkan aku dengan entah siapa. Habis, adik-adik aku siapa nak jaga?
Untuk membeli secara online boleh direct pm http://www.wasap.my/+60148133825
NOVEL CIK BUAH HATI ENCIK SENDU
Novel Cik Buah Hati Encik Sendu Karya Airisz | Baca Online Novel Cik Buah Hati Encik Sendu Novel Cik Buah Hati Encik Sendu Karya Airisz | Baca Online Novel Cik Buah Hati Encik Sendu Reviewed by Jejari Menaip on 9:47:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.