Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim (Slot Akasia TV3)

 


Tayangan : 28 episod (slot Akasia TV3)
Produser : Jalena Rejab dan Syawal Aiman (Country Universal Sdn. Bhd.)
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera dan Kreatis Medialoka
Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina Amir Sharipuddin, Mustaqim Bahadon, Hafidz Roshdi, Sera Melissa, Diana Dee, Che Kem dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang.

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.


Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim (Slot Akasia TV3) Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim (Slot Akasia TV3) Reviewed by Jejari Menaip on 10:36:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.