Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa | Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa




JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

EPISOD : 40
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim 
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Fizo Omar sebagai Aidil
Norreen Iman sebagai Qistina
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izzudin
Rahim Jailani sebagai Dato Halim
Khaty Azean sebagai Datin Khadijah 
Khairil Anwar Aman sebagai Dato Raqib
Noorkhiriah sebagai Kak Munah 
Aleza Shadan sebagai Kak Esah
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Farouk Hussain sebagai Kader Salimm
Farah Nadia sebagai Fatin 
Farez Ridzwan sebagai Agil
Fareez Fauzi sebagai Malik
Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
Fiza Thomas sebagai Sally
Munira Iwan sebagai Azminda
Mak Wan Latah sebagai Mak Cik Bibah
Silfeny Osman sebagai Anis 
Puteri Rafasya sebagai Mah 

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.
Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa | Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa | Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa Reviewed by Jejari Menaip on 11:18:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.