Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati Lakonan Amar Bahrin dan Isyariana

 


JUDUL : HATI YANG DIKHIANATI
EPISOD : 40
TARIKH TAYANGAN : 12 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang 
SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Malek Mccrone, Shah Iskandar, Arena Iman, Syamim Farid, Sahronizam Noor, Fazlina Ahmad Daud, Afifah Nasir, Reza Shah, Mas Anizan, Rosnah Johari, Razak Ahmad, Najua P Ramlee, Lan Siro, Manan Holieou, Afiq Muiz, Adam Malek, Nabil Aqil, Qistina Khaled, Hasmira Azmi, Harminder Sigh, Zaki Azeman, Farra Zainuddin, Norazlina ismail, Nik Ramly 

WATAK PELAKON 
Isyariana sebagai Lisa
Amar Baharin sebagai Zuhri Elyas
Mona Allen sebagai Maria
Zamarul Hisham sebagai Iskandar
Syamim Farid sebagai Athira (Tyra)
Sahronizam Noor sebagai Dato Ghafar
Shah Iskandar sebagai Imran
Mia Nasir sebagai Syaz
Afifah Nasir sebagai Bell 
Arena Iman sebagai Mawar
Najua P Ramlee sebagai Rubi

LAGU TEMA (OST) 
Vida - Isyariana & Dean Eiman 
Biru Malam - Chubb-E Amir Masdi 

SINOPSIS HATI YANG DIKHIANATI
Setelah pemergian bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.

Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri ditempuh ranjau.
Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati Lakonan Amar Bahrin dan Isyariana Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati Lakonan Amar Bahrin dan Isyariana Reviewed by Jejari Menaip on 10:50:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.