Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 - Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang-Hee



Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 - Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang-Hee | Pemain Nombor 1 dunia dalam arena Badminton Kento Momota terpaksa akur selepas tewas kepada wakil daripada Korea Selatan iaitu Heo Kwang-Hee dalam perlawanan straight set  untuk Olimpik Tokyo 2020. Heo Kawang-Hee berjaya mengalahkan Kento Momota dengan keputusan 21-15 dan 21-19 yang menyaksikan wakil Korea Selatan ini berjaya menjadi Juara Kumpulan. Kekalah ini menyaksikan Kento Momota sebagai pilihan utama gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati dimana hanya juara kumpulan yang layak untuk beraksi dalam pusingan ini. Keputusan ini terus membawa pemain Korea Selatan Heo Kwang-Hee terus ke pusingan suku akhir Olimpik Tokyo 2020 lepas mendapatkan 'bye' untuk pusingan pertama kalah mati. Terdahulu mereka berdua berjaya menewaskan pemain dari Amerika Syarikat Timothy Lam.

Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 - Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang-Hee Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 - Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang-Hee Reviewed by Jejari Menaip on 8:59:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.