Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam

 


Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam - Antara drama adaptasi yang bakal mengisi slot samarinda TV3. Menampilkan lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam selaku meneraju utama Drama Tarik Aku Ke Syurga. Drama ini mungkin akan ditonton sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Berikut adalah butiran lengkap Drama Tarik Aku Syurga:

Tarik Aku Ke Syurga

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 
Pengarah: Malek Rahman
Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon: Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati, Keith Foo, Izzendra, Ayra Messi, Esma Daniel, Idzham Ismail, Afzan A.Rahman, Myra Zareil

Watak Pelakon 
Zul Ariffin sebagai Zamri
Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
Esma Daniel sebagai Dato Azman
Lisdawati sebagai Hajah Raudah 
Ayra Messi sebagai Julia
Izzendra sebagai Natasha

Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.

“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”

Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.

 “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”
 
Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu,  Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”

Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”

Adakah Zamri mampu berubah?

Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.

Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?

Atau adakah cinta mengatasi segalanya?


Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam Reviewed by Jejari Menaip on 11:00:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. kalau main jam 10 malam tu memang x dan nak tengok.. hehe. masa tidur.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.