Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 37) | Senarai Lagu Layak Ke AJL 37

 


Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 37) | Senarai lagu dan penyanyi yang layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) telah pun diketahui pada penghujung tahun lalu. Kini debaran kian terasa untuk semua penyanyi dan peminat hiburan tanah air dimana AJL 37 bakal bersiaran secara langsung pada 12 Febuari 2023 ini di TV3. Terdahulu, pihak produksi TV3 telah mengumumkan Jihan Muse dan Shery Alhadad sebagai pengacara untuk mengelola Anugerah berprestij ini. 12 lagu daripada berbagai jenis genre bakal dipertandingkan merebut gelaran Juara bagi edisi ke 37 ini.

Apa yang menarik, perebutan Anugerah Vokal Terbaik tampaknya sengit dengan kehadiran penyanyi-penyanyi yang pernah memenangi Anugerah ini untuk edisi-edisi yang lepas. Antara penyanyi yang dijangka mampu meraih Anugerah Vokal Terbaik AJL 37 adalah Ernie Zakri (Lagu Korban), Marsha Milan (Lagu Kembali Terang), Aina Abdul (Lagu Terus Hidup), dan Duo Liza Hanim & Shila Amzah menerusi lagu Bahagiakan Dia.


Siapakah bakal memenangi kategori-kategori di Anugerah Juara Lagu 37 ini? Berikut dikongsikan 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 37. Siapakah pilihan anda?

  1. Khai Bahar - Lagu: Sengsara
  2. Naim Daniel - Lagu: Mainan
  3. Alif Satar & The Locas: Lagu: Anugerah Terindah
  4. Iman Troye - Lagu: Nang
  5. Noki & MK - Lagu: Payung Pelangi
  6. Marsha Milan - Lagu: Kembali Terang
  7. Liza Hanim & Shila Amzah - Lagu: Bahagiakan Dia
  8. Ernie Zakri - Lagu: Korban
  9. Amir Masdi & Dayang Nurfaizah - Lagu: Debu
  10. Shiha Zikir - Lagu: Irama
  11. Joe Flizzow & SonaOne - Lagu: Satu Malam Di Temasik
  12. Aina Abdul - Lagu: Terus Hidup


Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 37) | Senarai Lagu Layak Ke AJL 37 Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 37) | Senarai Lagu Layak Ke AJL 37 Reviewed by Jejari Menaip on 10:09:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.