Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap



Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap | Pencuci mulut yang sesuai untuk hidangan selepas makan ataupun disajikan untuk makan petang. Berikut dikongsikan Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap untuk anda semua. Selamat mencuba!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin jagung krim 
  • 1 cawan tepung kastard 
  • 1 tin susu cair (400 ml) 
  • 1 cawan gula halus 
  • 2 sudu makan marjerin 
  • 1 liter air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. 
  2. Masakkan sehingga naik wap dan agak berkilat. 
  3. Masukkan ke dalam acuan kecil atau loyang. Sejukkan. 
  4. Sedia dihidangkan.

Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap Reviewed by Jejari Menaip on 2:58:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.