Resepi Masak Lemak Pisang Muda



Resepi Masak Lemak Pisang Muda | Antara masakan tradisional yang menjadi pilihan sebagai hidangan makan tengahari. Berikut dikongsikan Resepi Masak Lemak Pisang Muda untuk anda semua. Selamat Mencuba

Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g pisang emas muda 
  • 15 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
    (Semua cili api, bawang merah & kunyit hidup dikisar bersama)
  • 1 cawan santan cair 
  • 1 cawan ikan bilis 
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak) 
  • 3 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas pisang dan potongkan mengikut cita rasa. Rebuskan 
    sehingga lembut dan tuskan. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan pekat. 
    Kemudian didihkan. 
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau supaya 
    tidak pecah minyak. Renehkan sehingga mendidih. 
  4. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

RESEPI ASAL : https://myresipi.com/recipes/masak-lemak-pisang-muda-69cbfa50-9759-482e-be32-c65131769002

Resepi Masak Lemak Pisang Muda Resepi Masak Lemak Pisang Muda Reviewed by Jejari Menaip on 2:50:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.